CARA PALING MUDAH DAN MUJARAB MENGURANGKAN KOLESTEROL DALAM BADAN TANPA PENGAMBILAN UBAT SINTETIK

February 11, 2015



Pernah tengok tak tanda putih putih gitu kat bawah mata ? Takutkan kalau-kalau bintik tu muncul kat muka kita sendiri. Bintik putih tu adalah disebabkan kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan. Opppssss-- Korang ade tak ? Jangan buat gurau dengan kolesterol ye sebab kolesterol boleh jadik pembunuh dalam diam ( saluran darah tersumbat ---> sakit jantung )

Jangan ingat orang berbadan besar jek ada masalah kolesterol TAPI orang kurus pun ada masalah yang sama.

BINTIK KOLESTEROL

1 : xanthoma
  • Adalah lebihan lemak yang terbina di bawah kulit yang boleh muncul di mana-mana sahaja pada badan seperti di siku, lutut, tangan, kaki, sendi, tendon dan punggung. Kebiasaannya ia muncul pada warga tua dan orang yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam darah.

2 : xanthelasma
  • Bintik Kolesterol boleh berbeza dari segi saiz, ada sangat kecil dan ada yang lebih besar dari 3 inci. Biasanya dalam rupa seperti lebihan daging berwarna putih atau kekuningan, kadang-kadang ada juga yang kelihatan kemerahan atau berwarna merah jambu. Bintik kolesterol ni tidak menyakitkan tapi boleh menggangu penampilan wajah seseorang kalau ada banyak kelihatan di kelopak mata atau di muka.

PUNCA KOLESTEROL TINGGI

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseoran itu mempunya kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh badan.

1. Pemakanan

  • pengambilan makanan berlemak tanpa kawalan

2. Keturunan
  • boleh juga diwarisi dari mak / ayah kepada anak-anak

3. Hati tidak berfungsi dengan betul
  • salah satu organ yang bertindak balas dengan kolesterol tidak normal dan terusan menghasilkan kolesterol dalam tubuh badan

Maka, jom ubah gaya pemakanan dengan mengurangkan garam, bahan perasa ( MSG ), makanan segera, makanan proses dan minuman berkarbonat.


BAGAIMANA MENGURANGKAN KOLESTEROL DALAM BADAN ?

Menurut pakar pemakanan, amalan pemakanan yang sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan lengkap seperti bijirin penuh serat, sumber protein yang betul, sayur-sayura juga buah-buahan yang mengandungi serat dan antioksidan dapat membantu menurunkan / mengurangkan paras kolesterol dalam darah.

Antaranya ialah :


1. Makanan berbijirin dengan serat yang tinggi

  • Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik ( LDL ) dari dalam tubuh dan serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembunagan susu perkumuhan harian.
  • Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.
  • Oat mempunyai betagukan yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik kita boleh menggantikan nasi lemak ( sedap tu.. hee~ ) dengan segelas susu suam bersama oat.

2. IKAN DAN ASID LEMAK POLI TIDAK TEPU OMEGA 3
  • Asid lemak tidak tepu yang tekandung dalam ikan dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan dan kerana itulah kita disarankan untuk makan pelbagai ikan ( sumber protein ) sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Disamping itu Omega 3 juga berfungsi menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.
  • Antara ikan yang tinggi kandungan lemak tidak tepu ini adlaah ikan laut dalam seperti tuna, salmon, cencaru sardin dan kembung. 

3. KEKACANG BADAN, WALNUT, PISTACHIO DAN SOYA
  • Kajian menunjukkan sesetengah protein jenis kekacang mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak ini membantu menjadikan dinding pembuluh darah yang sihat dan bebas daripada pelekatan kolesterol.
  • Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung.
  • Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Sebaiknya, bersederhana dalam pengambilan jenis kekacang ini.
  • Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu dan tempe.

4. BUAH-BUAHAN KAYA ANTIOKSIDAN MENGANDUNGI VITAMIN A, C DAN E
  • Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.
  • Panduan penjagaan lemak dan kolesterol mestilah saling berkaitan dengan prinsip pemakanan sihat mengikut piramid makanan Malaysia.
Jadi, jom kita sama-sama kawal pemakanan dan aktiviti seharian kita. Penyakit kalau dah bertapak dalam badan memang susah nak dirawat tapi tak mustahil kalau kita jumpa penawar. Kan ? Jangan lupa !! Mencegah lebih baik dari merawat.

You Might Also Like

4 comments

  1. wahhh baru tahu bintik bintik putih tu.alhamdulillah takde :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ nasib tak de dik.. dapat la tepek mekap cecantik.. kalau ade sgt merisaukan.. kan.. kan..

      selamat bercantik-cantik !!

      Delete
  2. Replies
    1. thank you maria !! sudi gak singgah.. hee~

      Delete

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS