BOLEHKAH DIABETES SEMBUH SEPENUHNYA ?

March 30, 2017

Diabetes ialah sejenis penyakit dimana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin dikeluarkan secara tidak berkesan yang mengkaibatkan paras glukosa dalam darah tidak normal dan jika dibiarkan akan menyebabkan komplikasi yang serius.. tapi !! BOLEH KE DIABETES SEMBUH SEPENUHNYA ? em.. macam tak yakin kan dengna tajuk.. hee~ jom explore !!





insulin ni ibarat "kunci' untuk buka pintu kepada gula ( glukos ) nak masuk ke dalam sel kita dan terang-terang la kan sel badan kita memerlukan gula sebagai makanan.. kang kalau tak de gula kang mana plak nak datang tenaga untuk bekerja kan..

insulin akan kawal kadar kemasukan gula ke dlaam sel dan bila sel dah cukup keperluan gula, insulin akan kunci pintu sel.. gula tak bleh la nak masuk lagi.. kalau kita makan lagi banyak banyak gula tapi sel CAKAP dah cukup dah gula tu, itu la jadiknya gula dok dalam darah.. haa.. sebab tu kita kena hadkan pengambilan gula dalam diet sehari-hari.. kalau lebih.. tu la tu..

bagi pengidap diabetes jenis 1, badan dorang memang tak boleh hasilkan insulin ataupun insulin yang dihasilkan tak cukup.. dia macam bilik ada 20 tapi kunci ada 6 jek.. 6 orang jek boleh masuk bilik tu lagi 14 orang dok la berlegar-legar kat luar bilik.. haa.. apa plak jadik kalau dok berlegar-legar kat luar bilik ? penat - letih - pitam.. macam tu jugak la bila gula tak bleh masuk ke dalam sel badan kita tapi berlegar-legar dalam salur darah kita.. tak seimbang..

yang jenis 2 pulak terjadi bila 20 bilik tadi, kunci pun ada 20 tapi silap kunci.. patut nak bukak bilik guna kunci bilik tapi bleh plak guna kunci kereta.. no ! no ! no ! mana mau nak terbukak.. jadik.. semua orang tak boleh masuk dalam bilik ( gula tak bleh masuk ke dalam sel )

keadaan camni akanjadikan kadar gula dlaam darah kita jadi tinggi.. bila gula dalam darah tinggi mula la macam-macam masalah kesihatan singgah dan bermastautin.. antaranya :

  • pandangan kabur
  • gangguan berat badan
  • jangkitan pada kulit
  • luka lambat sembuh

JENIS DIABETES

Jenis SATU atau diabetes yang bergantung pada insulin :
  • selalu terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja
  • hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
  • disebabkan kekurangan insulin
  • biasanya mempunyai kaitan dengan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang menhidap diabetes

Jenis DUA atau diabetis yang tidak bergantung pada insulin :

  • Selalu berlaku di kalangan orang dewasa ( 40 tahun ke atas ) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
  • Biasanya boleh dikawal dengan hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat.
  • Disebabkan oleh kekurangan insulin atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan.
  • Biasanya mempunyai kaitan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang menghidap diabetis.


RISIKO DIABETES

Sesiapa sahaja boleh mendapat diabetis tetapi sesetengah orang lebih mudah mendapat diabetis. Faktor risiko diabetis ialah :

  • Kegemukan
  • Kurang aktiviti fizikal seperti senaman
  • Faktor pemakanan seperti :
    • - Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan 
    • - Pengambilan serat yang tidak mencukupi 
    • - Kurang zat makanan di peringkat awal umur 
    • - Kelahiran yang tidak cukup berat
  • Sejarah keluarga yang menghidap diabetis
  • Umur
  • Kumpulan etnik  

GEJALA DIABETES

  • Kerap dahaga
  • Kerap kencing
  • Susut berat badan walaupun berselera makan
  • Terasa letih atau lesu
  • Luka dan cedera yang lambat sembuh
  • Gatal-gatal terutamanya di bahagian kemaluan

KOMPLIKASI DIABETES

Diabetis yang tidak dirawat atau dikawal dengan baik akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius. Komplikasi diabetis yang biasa adalah :

  • Penyakit buah pinggang
  • Serangan jantung
  • Buta
  • Koma atau tidak sedarkan diri
  • Stroke / angin ahmar
  • Penyakit saraf
  • 'Gangrene' atau tisu mati  

PENCEGAHAN DIABETES

Diabetis, terutama Jenis II, biasanya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan yang boleh dicegah dengan :

  • Mempunyai berat badan normal. Insulin tidak berkesan bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan. 
  • Makan pelbagai jenis makanan.
  • Elak makanan berlemak, pilih yang rendak lemak.
  • Makanlah mengikut umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
  • Makan lebih buahan, sayuran, kekacang dan bijirin.
  • Makan mengikut kebiasaan tetapi sedikit. Elak snek atau makanan ringan selepas makan.
  • Bersenam selalu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 – 30 minit setiap kali.  
ada 13 tahun untuk 'repair'.. hee~

BOLEHKAN DIABETES SEMBUH ?

Diabetis tidak boleh disembuh, tetapi boleh dikawal. Untuk mengawal diabetis, kadar glukosa dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar yang biasa ( normal ). 6 faktor ni perlu dititik beratkan :
  • Ubat.
  • Pemakanan sihat.
  • Penjagaan berat badan.
  • Bersenam selalu.
  • Elakkan jangkitan.
  • Vitamin.

haa.. ade yang terkait tak ? hee~ semoga tak de la ye sebab kalau boleh kakak nak kesemua pembaca blog kakak ni clean and clear dari segala penyakit kronik.. tapi kalau ada, lekas-lekas la berubat dan cari jalan penyelesaian sebelum melarat lebih jauh.. haa.. yakin !! setiap penyakit pasti ada ubat.. yakin tak ? hee~ sila yakin !! 



You Might Also Like

2 comments

  1. InshaAllah kalau kita ikut pemakanan yg sihat.. dan dengan izin Allah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! tapi makin kita tua, makin banyak sel dalam badan kita rosak.. sebab tu kena repair sel sel tu untuk sihat.. hee~

      Delete

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS