BENTAN SEMASA DALAM PANTANG

by - June 11, 2015

Bentan ? e.. ape tu ? zaman moden gini ade gak ke bentan ape bagai ni ? tengok mat saleh tu hoccay jek.. tak de pantang ape bagai pun.. tak de dengar cerita dorang bentan pun..



hahahah~


Ade gak kakak borak dengan kawan-kawan pasal bentan ni.. macam-macam cerita kakak dapat.. ade tu teruk sangat sampai kaki bisa-bisa.. ade tu makan la ape pun.. tak bentan pun.. elok jek..



TAPI..



TOLONG jangan ambil ringan pasal bentan ni.. ye la.. badan kita ni nak pakai lama kan ? selagi bernyawa selagi tu la nak pakai badan ni.. dah tentulah nak sihat.. kan ?



Jom kita borak kejap dengan masalah bentan ni..



Masalah bentan ni sellau dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin.. lebih -kurang-sama-dengan kalau leka sikit dan melanggar pantang dia berisiko mengalami sakit-sakit dibahagian tertentu.. ada tu dah nak hujung-hujung pantang tu kena plak bentan.. haa.. mana silap tu ??



TANDA DAN SEBAB BENTAN :

  • makanan sejuk
    • kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda
  • terlanggar benda keras
    • bendul, tersepak batu
>> kalau mengalami keadaan seperti itu, susah sebenarnya ibu nak sihat dengan segera.. ada yang sampai berminggu-minggu.. lamakan ?



JENIS BENTAN :
  • bentan urat
    • badan menjadi lemah macam demam..
    • bisa-bisa urat dan sendi badan..
    • menggigil kesejukan walaupun waktu tengahari..
    • seluruh otot badan terasa kekejangan..

      ** rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini..
  • bentan urat peranakan
    • sakit dibahagian air-ari sehingga mengakibatkan tumpah darah..
    • ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat benda berat, tersepak bendul ( kesan pada ibu jari kaki )..
    • jatuh terduduk atau terhempas..
  • bentan urat besar ( pinggang )
    • urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang..
    • biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean..
    • Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan terhencut-hencut..


CEMANA NAK ELAK BENTAN ?

  • jaga diri..
  • banyakkan berehat..
  • jangan terlalu aktif membuat kerja rumah..
  • tak perlu mengangkat benda-benda berat termasuk mandikan bayi..
  • minta bantuan dari orang sekeliling..
  • jaga kebersihan..
    • luka bersalin kalau tak dijaga dengan baik boleh mengakibatkan jangkitan kuman pada jahitan..
  • jaga pemakanan..
    • pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan..
    • makan makanan yang sihat dan berkhasiat..
    • tak perlu berDIET ketika dalam pantang..


You May Also Like

0 comments