KENTUT VAGINA MENGGANGGU URUSAN HARIAN

September 09, 2015

Oppsss.. Cerita dalam kain yang wanita segan nak tanya suami atau doktor, rela dan sanggup berhadapan sensorang lepas tu stress dan rasa rendah diri.. Cane tu ? Hee~ Jom kakak kongsikan sedikit perihal tentang kentut vigina..


1 : Vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj.. Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing dan dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin.. Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya..

2 : Keadaan ini berbeza dengan situasi yang berlaku pada usus besar yang mana bakteria dalam usus besar bertindakbalas mengeluarkan gas yang dikenali sebagai kentut.. Maka dalam keadaan normal, vagina sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah fistula ( lubang penyambung ) antara rektum ( usus besar ) dengan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj.. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke dalam faraj..

3 : Kebanyakan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia ( labia majora ), angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj.. Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.. Lebih memburukkan keadaan apabila wanita berkenaan mengangkat hadas iaitu membasuh bahagian kemaluan mereka dan airterperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut..  Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin..

4 : Keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing ( kencing dedas ).. Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah SAW bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas, mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil, atau melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini ( bukan menyumbat faraj ).. Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj.. Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj..


HUKUM DAN IMPLIKASI KENTUT FARAJ

Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj ( qubul ) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut :

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya” 
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari..



Berdasarkan hadis di atas, secara jelas Rasulullah SAW memberitahu bahawa keluar angin boleh membatalkan solat.. Oleh sebab itu, wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut ;
  1. Berdehem selepas membuang air kecil
  2. Membasuh kemaluan dengan sempurna
  3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih
  4. memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat
Penulis : Dr Rosediani Muhammad
( Pakar Perubatan Keluarga, 
Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, 
Kubang Kerian, Kelantan )


APA KATA KAKAK 

Alfalfa Complex Shaklee yang bertindak sebagai kacip fatimah moden dapat membantu merawat dari dalam mengenai permasalahan kentut vigina ni.. Sebab.. Haa.. Dah kata kacip fatimah kot.. Nak bayangkan apa lagik kan kalau untuk mengetatkan segala urat ape bagai tu.. Hee~ Kandungan nutrien yang tinggi dalam Alfalfa mampu mengembalikan kesihatan keseluruhan tubuh.. dah ada Alfalfa ni tak payah tercari cari lagi jamu serapat, krim rapat, jamu anak dara dan macam2 jamu lagi yang kena “sumbat” ape bagai..

LOVE ;

You Might Also Like

0 comments

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS