APA TUJUAN SYARIKAT MLM ?
Bila sebut jek MLM ramai orang Melayu kita melompat dan bertegas MLM hanya menindas orang.. Siapa percaya dan sertai kumpulan MLM rugi sesangat la konon nya.. Comelkan ? Hee~ Jom kakak borak sikit pasal MLM..
Ini ke yang korang fikirkan ?
"MLM adalah singkatan perkataan bagi Multi Level Marketing yang juga dikenali dengan network marketing dimana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.. Ia sama juga seperti seorang wakil jualan yang juga disebut sebagai alhi, pengedar, rakan kongsi atau persatuan bagi mendapatkan pelanggan dan merekrut serta melatih tenaga jualan untuk mendapatkan pelanggan.."
Syarikat MLM yang terkenal di Malaysia..
"Apabila Dr Forrest C. Shaklee, dan dua lagi anak beliau , Forrest Jr. dan Lee Shaklee, membuka Shaklee Corporation pada tahun 1956, bagi tujuan memasarkan makanan tambahan , mereka telah mewujudkan satu pelan pemasaran untuk membantu sesiapa sahaja menjana pendapatan berdasarkan prestasi/kerja mereka serta prestasi pasukan jualan mereka (downline). Model perniagaan baru dipanggil “Multi Level Marketing.” Ini adalah satu model baru dan belum digunakan oleh syarikat-syarikat atau operasi milik keluarga ketika itu" - sumber
Menurut petikan dari blog Ustaz Zaharuddin menjelaskan beberapa perkara tentang MLM dari hukum syarak.. Nah !! Lagi sekali kakak tekankan perkara di bawah telah dilakukan oleh leader-leader Shaklee ye..
- Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya ( seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya ).. Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah.. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana ( modal )..
- Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah..
- Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja..
- Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya.. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang ( money game )..
- Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya..Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian.. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah.. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna..
- Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'.. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha.. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan..
- Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat..
- Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas.. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan..
- Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi..
Dan dengan itu.. Kakak berbangga mengumumkan MODAL permulaan untuk mulakan sistem MLM adalah sebanyak RM 68.90 SAHAJA.. Tak perlu buat loan di mana-mana bank ataupun bergolok gadai untuk mendapatkan modal permulaan.. Hee~ Ade tak MLM yang mana modalnya serendah itu ? * manede !! *
Korang tau tak ?
Kalau kakak menaja seorang downline, kakak tak dapat pape bonus pun.. Kalau kakak tak buat sales, tapi downline kakak ada sales ; kakak tetap tak dapat pape bonus.. Cuma cara untuk kakak dapat bonus adalah sama-sama buat sales dengan downline kakak.. Istilah dia senang jek.. Aku buat sales ; aku dapat bonus..
Korang tau tak ?
Setiap bulan Shaklee tak pernah gagal / terlambat / ter--delay bayar bonus kami !! Dan sistem pembayaran bonus adalah jelas dan tanpa agenda terselindung.. Segala proses pembayaran bonus dan info promosi akan diberitahu.. Bonus akan dibayar setiap 15hb, ye.. Tengah bulan, time poket tengah kering kot.. Syok kan ? Berapa bonus yang Shaklee bagi ? Nak berapa ? Kalian tetapkan..
Korang tau tak ?
Shaklee tak pernah gunakan mana-mana individu sebagai duta.. Haa.. Tak tau ? Nih kakak nak bagi tau nih.. Shaklee tak pernah membayar / menggaji mana-mana individu untuk menjadi duta produk sebaliknya kami ; SID yang ada ni adalah "duta rasmi' syarikat.. Iklan kat media pun tak de.. Korang tak pelik ke ? Hahaha~ Dari Shaklee bayar mahal-mahal untuk iklankan produk, baik Shaklee kekalkan momentum macam sekarang dengan membayar pelbagai imbuhan untuk SID yang perform.. Dah banyak tau imbuhan yang Shaklee sediakan dah hampir kesemuanya bertaraf 5 bintang.. Sekarang dah tau kan ? Hee~
Shaklee tak pernah gunakan mana-mana individu sebagai duta.. Haa.. Tak tau ? Nih kakak nak bagi tau nih.. Shaklee tak pernah membayar / menggaji mana-mana individu untuk menjadi duta produk sebaliknya kami ; SID yang ada ni adalah "duta rasmi' syarikat.. Iklan kat media pun tak de.. Korang tak pelik ke ? Hahaha~ Dari Shaklee bayar mahal-mahal untuk iklankan produk, baik Shaklee kekalkan momentum macam sekarang dengan membayar pelbagai imbuhan untuk SID yang perform.. Dah banyak tau imbuhan yang Shaklee sediakan dah hampir kesemuanya bertaraf 5 bintang.. Sekarang dah tau kan ? Hee~
Korang tau tak ?
Sebelum kakak gigih mempromosikan Shaklee, kakak dah consume beberapa supplement Shaklee.. Pertama tamanya adalah Alfalfa Complex dan Lecithin.. Nah !! Set kurus paling bajet.. Dan masa kakak consume set kurus bajet tu, kakak berjaya menurunkan 5 kg dalam tempoh 2 bulan.. Lepas pantang #CEOaina, badan kakak bagai dipam-pam sampai berat naik mendadak ke 65kg ko !! Gile tak seram ?? Kakak mula mempromosi apa yang kakak makan sampai dapat kekalkan berat badan seperti masa anak dara dulu.. Ada jiran-jiran yang menegur kakak.. Apa lagi kan ? Sharing is loving gitteww-- Tak kan nak kurus dan cantik sensorang..
Korang tau tak ?
Kalau kami, SID ni ade kelas tambahan ke, ade task yang nak diselesaikan ke.. Kami boleh bawa anak, suami, mak, ayah hatta bibik sekalipun kami boleh hangkut.. Hee~ Shaklee adalah bisnes bersama keluarga.. Tiada istilah mencari rezeki dan ketepikan keluarga..
Korang tau tak ?
Kami, SID ni dok asyik pergi kelas tambahan free jek.. Nah !! Tak payah berhabisan duit untuk membayar segala kelas yang disediakan.. Eh !! Ada kelas agama sekali tau.. Hee~
Kami, SID ni dok asyik pergi kelas tambahan free jek.. Nah !! Tak payah berhabisan duit untuk membayar segala kelas yang disediakan.. Eh !! Ada kelas agama sekali tau.. Hee~
Nah !! Inilah Shaklee yang kakak bangga-bangga kan selama ni.. Hahaha~ Bukan sekadar Multi Level Marketing picisan tetapi telah berjaya merubah kehidupan dan ekonomi lebih dari sejuta rakyat Malaysia..
LOVE ;
No comments: