TIPS PENJAGAAN KESIHATAN KETIKA JEREBU

Jerebu datang tanpa diundang.. Nah !! Pesakit asthma / asma sila hati-hati dan bawak selalu inhaler anda ye.. Bermacam kebarangkalian boleh terjadi bila keadaan sekeliling kita tak bersih dan sihat.. 

APA ITU JEREBU ?

  • Fenomena yang disebabkan oleh kewujudan terlampau banyak pertikel kecik yang tidak boleh dilihat secara kasar dan ianya terapung di udara..
  • Partikel-partikel tersebut mungkin terjadi secara semulajadi ataupun dari kesan sampingan daripada aktiviti manusia..
  • Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh mengurangkan pancaran cahaya Matahari ke Bumi..
  • Impaknya : Jarak pandang menjadi terhad dan terganggu..

PUNCA-PUNCA JEREBU

  • Pembakaran secara terbuka
  • Asap dari kilang
  • Asap dari kenderaan


INDEKS PENCEMARAN UDARA ( IPU )

  • IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus iaitu 10 mikron dan ke bawah serta beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon..
  • IPU digunakan sebagai garis panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan..

NILAI STATUS IPU

  • 0 - 50 : Baik
  • 51 - 100 : Sederhana
  • 101 - 200 : Tidak Sihat
  • 201 - 300 : Sangat Tidak Sihat
  • 301 - 500 : Bahaya

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap pesakit berisiko tinggi iaitu :
  • kanak-kanak
  • orang tua
  • pesakit asthma / asma
  • pesakit bronkitis
  • pesakit radang paru-paru
  • pesakit jantung
  • alahan
  • mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah ( kawasan terdedah )


TANDA DAN KESAN JEREBU TERHADAP KESIHATAN

  • Gatal-gatal kerongkong dan batuk-batuk
  • Sukar bernafas atau sesak nafas
  • Mata pedih dan berair
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Gatal-gatal pada kulit
  • Sakit dada

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN PADA MUSIM JEREBU

  • Minum air masak dalam kuantiti yang banyak..
  • Kurangkan aktiviti luar..
  • Gunakan topeng muka ( penutup hidung ) apabila berada diluar..
  • Pilih topeng muka yang benar-benar membantu menapis udara seperti N95 Face Mask..
  • Bawa bekal dari rumah kerana makanan dari rumah lebih selamat dan bersih..
  • Tutup semua pintu dan tingkap ketika berada di rumah..
  • Jangan merokok..
  • Pastikan rumah sentiasa bersih..
  • Membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar..




No comments:

Powered by Blogger.