TIPS PENJAGAAN KESIHATAN KETIKA JEREBU
Jerebu datang tanpa diundang.. Nah !! Pesakit asthma / asma sila hati-hati dan bawak selalu inhaler anda ye.. Bermacam kebarangkalian boleh terjadi bila keadaan sekeliling kita tak bersih dan sihat..
APA ITU JEREBU ?
- Fenomena yang disebabkan oleh kewujudan terlampau banyak pertikel kecik yang tidak boleh dilihat secara kasar dan ianya terapung di udara..
- Partikel-partikel tersebut mungkin terjadi secara semulajadi ataupun dari kesan sampingan daripada aktiviti manusia..
- Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh mengurangkan pancaran cahaya Matahari ke Bumi..
- Impaknya : Jarak pandang menjadi terhad dan terganggu..
PUNCA-PUNCA JEREBU
- Pembakaran secara terbuka
- Asap dari kilang
- Asap dari kenderaan

INDEKS PENCEMARAN UDARA ( IPU )
- IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus iaitu 10 mikron dan ke bawah serta beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon..
- IPU digunakan sebagai garis panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan..
NILAI STATUS IPU
- 0 - 50 : Baik
- 51 - 100 : Sederhana
- 101 - 200 : Tidak Sihat
- 201 - 300 : Sangat Tidak Sihat
- 301 - 500 : Bahaya
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap pesakit berisiko tinggi iaitu :
- kanak-kanak
- orang tua
- pesakit asthma / asma
- pesakit bronkitis
- pesakit radang paru-paru
- pesakit jantung
- alahan
- mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah ( kawasan terdedah )


TANDA DAN KESAN JEREBU TERHADAP KESIHATAN
- Gatal-gatal kerongkong dan batuk-batuk
- Sukar bernafas atau sesak nafas
- Mata pedih dan berair
- Hidung berair dan kerap bersin
- Gatal-gatal pada kulit
- Sakit dada
TIPS PENJAGAAN KESIHATAN PADA MUSIM JEREBU
- Minum air masak dalam kuantiti yang banyak..
- Kurangkan aktiviti luar..
- Gunakan topeng muka ( penutup hidung ) apabila berada diluar..
- Pilih topeng muka yang benar-benar membantu menapis udara seperti N95 Face Mask..
- Bawa bekal dari rumah kerana makanan dari rumah lebih selamat dan bersih..
- Tutup semua pintu dan tingkap ketika berada di rumah..
- Jangan merokok..
- Pastikan rumah sentiasa bersih..
- Membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar..
No comments: