I-CITY SHAH ALAM ; TARIKAN PELANCONG DI NEGERI SELANGOR

by - September 21, 2015

Ahad malam Isnin hari tu kami berempat ( kakak + enciksuami + #duanur ) jenjalan jenguk atok dengan opah #duanur.. Hee~ Rindu gak ah sebab dah nak seminggu tak jumpa kan.. Maka tengah free sikit tu singah la jap jenguk.. Kemain la happy #duanur melanyak atok dengan opah haa.. Balas dendam namanya.. 


Dah pukul 10.30 malam.. So kami pun beransur la balik sebab kakak nak siapkan 8 entri sebab nak cuti panjang kat kampung.. Hee~ Kot la ade followers rindu entri kakak merepek ( perasan sket ) Hahahah~ Tapi #duanur buat hal.. Merengek tak nak balik.. Kakak dengan encik suami bincang-bincang la bawak dorang gi jalan..


Disebabkan esok ( isnin ) encik suami kakak cuti.. Hahahah~ Kita carik tempat mencabar sket la.. I-CITY !! Yeay !! Dah cantik weyh.. Tak macam dulu.. Kali ni pergi sana memang tak menyesal la.. Syok lagi nak repeat nanti haa..

FIRST : Kena carik peta.. Nah !! Kakak amik kat website I-CITY.. Kalau tak de peta nih, korang boleh sesat sebab boleh tahan kusut gak tempat dia dengan crowd lagik.. Hee~ Lepas tu ade dua - tiga - empat jalan bertangga.. Haa.. Masa tu nanti korang akan rasa sakit hati sebab penat.. Hahahah~


SECOND : Pilih la mana korang nak pergi.. Hee~ Kami ikut kaki jek, tak de plan nak ke mana, sekadar habis masa sampai jam 12 malam.. Jalan berlenggang, kami singgah arked dulu.. Tak main sangat pun sebab masa tu tak beli I-CARD lagik..


I-CARD kami !!

Satu kad ni boleh pakai untuk seberapa ramai yang nak.. Kalau ko ade 10 orang ahli keluarga, tak payah 10 kad.. Tapi satu nih untuk semua.. Sistem top-up macam Touch n' Go tu.. Haa.. Gitu le konsep nye.. Senang ? Boleh la.. Tapi korang kena tau la berapa baki point yang ade dalam kad tu.. RM 1.00 = 1 point.. Senang nak ingat kan ?


Dan balik jek terus kakak on laptop, register untuk benafits yang dorang sediakan.. Confirm guna nama encik suami sebab harijadi beliau nak dekat.. Mana tau la kan dapat pape voucher.. Hee~ Syok ah !!


Rata-rata game untuk bebudak kena guna sampai 5 point.. Sila topup lebih sket kalau anak ramai.. Hee~


#duanur naik FUNRIDE.. 5 point sorang.. Okay la.. 5 minit menan tu berpusing, ada yang kata sekejap, tapi pada kakak lama gak tu.. Sebab dia berpusingkan, pening kot nak berlama-lama.. Maka.. Terpancarlah senyuman diwajah dua saham syurga kakak.. Hahahah~


Tak tau nak kemana.. Jam dah 11 lebih.. Dorang tutup pukul 12 tengahmalam.. Kitorg lengah-lengah la berjalan dalam tu.. 

THIRD : Sila cek jadual waktu dorang beroperasi.. Kalau korang nak enjoy sehari suntuk main kat sana la.. Palaing tak korang boleh tetapkan masa berapa lama nak main satu satu permainan yang ade.. 

Nih jadual yang kakak amik dari website dorang..


FORTH : Sila cek kat website pasal promosi yang dorang tawarkan sebab harga tiket online lagi murah berbanding walkin.. Nah !! Promosi dorang.. Harga pun patut patut.. Tak mahal sangat.. Sila bawak anak anak berkubang dari bukak sampai la nak tutup.. Hee~ 


FIFTH : Makan dari rumah.. Kalau korang plan nak g kejap kejap jek, baik makan dari rumah sebab makanan kat sana CONFIRM mahal dan kurang berbaloi.. Tapi okay la ade KFC dengan Subway yang memang harga dorang sama-rata seluruh negara.. Hee~ Mana la tau kot korang nak singgah restoren ke.. Kalau tak korang, mungkin anak-anak yang merengek nak.. Ada KFC pun lebih-dari-baik sebenarnya.. Kami dah siap siap makan masa dengan atok dan opah #duanur tadi.. Kat sana memang nak g main jek..

SIXTH : Parking tak mahal.. Sekali masuk RM 10.00 jek.. 

Syok gile berjalan dalam suasana lampu cemgini.. Haish--




YA !! Kami akan repeat untuk waterpark nanti.. Hee~ Tunggu entri nanti eh..

Klik http://i-city.my/ untuk singgah website dorang..

Selamat bawak anak anak bercuti !! 
Kasik la dorang rehat lebih sket, cuti sekolahkan..
Hee~


LOVE ;

You May Also Like

0 comments