PERBEZAAN ANTARA UBAT DAN VITAMIN

Mesti ada antara kita, kalau sakit makan ubat.. Kalau sakit kepala makan panadol.. Hee~ Ade tak ? Ade tak ? Korang tau tak apa beza ubat dengan vitamin ? 


Biasanya kalau anak-anak kita demam, otometik kita bawak g klinik, amik ubat klinik kan ? Kan ? Kebiasaannya plak doktor akan bagi salah satu antara 2 jenis ubat :



1 : PARACETAMOL lebih popular dengan panggilan PANADOL.. 
  • Ada berpuluh-puluh pengeluar ubat ni dengan menggunakan nama antaranya PROGESIC dan UPHAMOL tetapi masih nama kimia asalnya adalah paracetomol..
  • Dos ubat yang disyorkan adalah mengikut berat badan anak-anak..

2 : DICLOFENAC / IBUPROFEN lebih popular dengan panggilan VOLTAREN / VOREN / BRUFEN..
  • Mempunyai ciri-ciri mengurangkan kesakitan termasuk menurunkan suhu badan..

Tapi kalau tanya pendapat Pengedar Shaklee macam kakak, kakak akan cadangkan Vitamin C - Vitalea For Children - Nutriferon..

Walaupun ubat dan vitamin mempunyai rupa fizikal yang sama, boleh jadi bulat - lonjong - petak - bewarna - warni tetapi perubatan dan nutrisi adalah dua dunia yang berbeza.. Ape plak beza ubat dan vitamin ni ? Masih tak jelas eh ? Hee~




UBAT
  • Tidak menyumbang bahan-bahan berkhasiat
  • Merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat 
  • Mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakan boleh kekal dalam badan
  • Bertindak baik hanya secara berasingan
  • Berkemungkinan membawa maut
  • Bertindak cepat dan menakjubkan
  • Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukannya merawat punca sakit
  • Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang merbahaya ke arah tindakan sampingan
  • Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda
  • Ubat sebenarnya boleh menghasilkan penyakit




VITAMIN
  • Semulajadi dan penting kepada tubuh badan
  • Membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim
  • Tidak menimbulkan kesan sampingan
  • Healing crisis adalah proses penyembuhan dan bersifat sementara
  • Bertindak lebih baik
  • Baik diambil bersama makanan
  • Sentiasa SELAMAT
  • Tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang
  • Bertindak secara beransur-ansur ( perlahan-lahan ) dalam jangkamasa yang panjang.. Ia kebiasaanya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan dan kejayaannya
  • Bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit 
  • Tidak memerlukan pengawasan yang rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan
  • Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan supplemen oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman ( pencernaan ) yang lemah
  • Menguatkan sel-sel daripada serangan kuman, bakteria dan virus
  • Melambatkan proses kemunduruan ( kelemahan organ berfungsi dengan baik ) didalam badan
Kakak biasa dengar cakap cakap orang..

"Kalau dah ada ubat, nak buat apa makan vitamin ?"
"Buat apa makan vitamin, ubat dah cukup.."
"Saya tak sakit la.. Buat apa nak makan vitamin ?"
"Tak payah nak membazir beli vitamin.. Ubat klinik murah, cepat elok plak tu.."
"Vitamin mahal kot.. Orang yang jual vitamin ni amik untung jek.."


Hee~ Mesti korang salah sorang kan ? Kan ? Kakak berkongsi pasal vitamin sekadar ilmu yang kakak dah pelajari melalui praktikal - testimoni - pembelajaran - pembacaan dan kakak sendiri adalah pengguna vitamin.. Nah !!

Dalam dunia vitamin, vitamin sendiri bersifat MENCEGAH SAKIT sebab sel badan kita memerlukan nutrisi yang betul untuk menjadi sihat dan efektif.. 

Sebagai contoh : KANSER : vitamin ( vivix Shaklee ) berfungsi untuk membaiki semula DNA sel yang rosak seterusnya mengecutkan saiz kanser.. Nah !! Best kan vitamin..

Kalau dalam dunia perubatan pula ubat sendiri bersifat MERAWAT PENYAKIT kerana ubat mengandungi dadah yang akan bertindak dengan cepat menyerang virus dan mematikan simptom penyakit.. 

Sebagai contoh : KANSER : Pembedahan berfungsi untuk membuang sel-sel yang telah mati dan dirosakkan oleh sel kanser..

Berbeza bukan dunia per-UBAT-an dan per-VITAMIN-an.. Hee~

REALITI

Hakikatnya tubuh kita mudah dijangkiti pelbagai penyakit bila kekurangan zat nutrisi yang baik.. Bila ada kecelaruan antara nutrisi seimbang pada diet pemakanan ia akan menajdi ruang untuk radikal bebas atau virus masuk ke dalam tubuh badan kita sekaligus menyebarkan penyakit..

Nak contoh lagik ?

DIABETES : Ia berlaku kerana pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula ( karbohidrat ) padahal sepatutnya kita kena kurangkan pengambilan karbohidrat sebaliknya melebihkan pengambilan protein dan serat.. Sebab tu untuk pesakit diabetes ni, walaupun doktor dah bagi ubat dlaam masa yang sama doktor tetap memberi cadangan makanan harian untuk pesakit tersebut..

UBAT KE VITAMIN ? YANG MANA SATU NI ?

Terpulang kepada anda.. Hee~ Tepuk dada tanya hati.. Mencegah lebih baik dari merawat.. 




No comments:

Powered by Blogger.