AJAR ANAK MAKAN MAKANAN BERKHASIAT

November 06, 2015

anak dah masuk 6 bulan ? haa.. memang dah sesuai nak bagi anak makan makanan pejal kan.. hee~ kalut la cuba macam-macam resepi dan pelbagai teknik memperkenalkan kat anak jenis-jenis makanan yang ada.. haa.. jangan dikawal sangat CUKUP kalau korang boleh control 5 element ni..




1 : MAKANAN SIHAT

  • seawal 6 bulan, sesi perkenalan anak dengan makanan pejal sangat penting.. biar anak kenal sayur-sayuran terlebih dahulu.. jangan bagi anak rasa benda manis, sebab anak lebih cenderung menolak sayur-sayuran.. haa.. tu kena seimbang.. kenalkan dengan sayur dulu, lepas tu selang beberapa minggu ajar plak rasa manis buah-buahan..

2 : IBU DULU
  • kanak-kanak adalah pemerhati yang terbaik.. dorang cepat mengikut apa yang ibu ayah lakukan.. dah kalau ibu ayah cerewet bab makan, kebarangkalian anak-anak cerewet juga tinggi.. jadi.. jangan salahkan si kecil kalau dia tiba-tiba memilih makanan ya..

3 : HIAS MAKANAN
  • sekarang ni dah macam-macam trend bento.. haa.. ada macam-macam gaya, bentuk dan karekter.. buat la cantik sikit dan warna warni.. anak lebih cepat tertarik pada makanan yang cantik.. kalau ada masa lebih sikit tu.. buat persembahan kat depan anak, kenalkan jenis sayuran dan buahan yang digunakan untuk menu.. cam best kan ?

4 : KAWAL PENGAMBILAN CECAIR
  • tak kira la dari sumber apa sekali pun, samada susu atau air masak.. korang kena kawal.. dah kalau anak kenyang dengan air jek, bila masa plak dia nak makan.. kan ? bila anak lapar, berikan makanan bukan minuman.. tau.. tau..

5 : KHASIAT PEMAKANAN
  • karbohidrat, protein dan lemak perlu seimbang.. haa.. elakkan beri si kecil dari satu sumber jek.. nanti anak tak dapat khasiat yang sepatutunya untuk tumbesaran yang sihat.. nak senang, rujuk jek piramid makanan.. hee~ tak susah kan ?
anak korang sembelit ?
boleh rujuk sini untuk lebih info..


anak korang pick eater ?
baca kat sini dan dapatkan tips serta testimoni..


You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS