TIPS MEMILIH KASUT TUMIT TINGGI


dah tau kesan buruk akibat pemakaian kasut tumit tinggi tapi tetap jadik pilihan untuk wanita bergaya.. nah !! kakak bukak cerita mak mak bedah hari ni.. hahaha~ kalau melibatkan tuntutan kerja, okay la lagi tapi kalau suka-suka nampak bergaya, korang menempah risiko BAHAYA pada tulang korang.. 



korang tau tak ?

ada kajian mengatakan 90% wanita yang memakai kasut tumit tinggi mengalami masalah lenguh-lenguh serta bengkak pada kaki yang mungkin disebabkan kasut tersebut tak mampu menampung posture kaki dengan baik.. bila korang pakai kasut tumit tinggi ni, tumit lebih tinggi dari kaki bahagian depan kan ? maksudnya berat badan akan dibebankan pada hujung kaki bahagian depan.. nah !! punca dah dikenalpasti.. hee~


berani btol kan wanita kalau nak cantik.. tu baru bab lenguh-lenguh, sakit sendi ape bagai tu.. belum lagi cerita bab osteoperosis, payudara kendur, sakit tulang belakang ape bagai tu.. hee~



FAKTA SI PEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI



1 : tumit terbaik

  • tinggi tumit yang sesuai untuk kaki adalah sekitar 3 - 5 cm.. pada ketinggian ini kaki masih berada dlaam zon selesa dan tak terlalu sakit.. kira ngam la kan 3 - 5 cm tu.. yang 150cm dapat la nikmat tinggi sikit.. hee~
2 : rasa panas pada kaki
  • bila berdiri terlampau lama dengan kaki bersarung kasut tumit tinggi tetiba kaki rasa panas jek.. pernah rasa tak ? pernah tak ? haa.. rasa panas tu disebabkan tekanan suhu dalam kasut membuatkan rasa terbakar pada tumit kaki..
3 : berlari ?
  • berlari dengan mengenakan kasut tumit tinggi ? JANGAN dibuat.. mudah mendatangkan kecederaan pada kaki terutama bahagian tumit dan lutut.. paling tak boleh nak terima ianya boleh menyebabkan artritis.. nah !! 
4 : berat berlebihan
  • kaki terpaksa menahan berat badan setiap kali korang pakai kasut tumit tinggi.. tak kira la berapa inci pun.. semakin berat badan korang, semakin besar bebanan yang kaki perlu tampung.. hee~ sebab tu kalau berbadan besar tak digalakkan berkasut tumit tinggi.. kesian kaki tu..
TIPS MEMILIH KASUT BERTUMIT


  • pilihlah yang tak terlalu tinggi.. 
  • gunakan setidak-tidaknya TAPAK yang tinggi 2 - 3 cm.. tak de la korang terbeban dengan kesakitan wlaalupun seharian korang beraktiviti..
  • pilihlah alas kasut yang lembut dan mampu menjaga kulit supaya tidak tercedera..
  • jangan jadikan kasut tumit tinggi sebagai rutin.. pakai bila perlu jek.. kalau ada pape aktiviti yang memerlukan korang berkasut tumit tinggi, pakai sekejap jek.. lepas tu pandai-pandai la carik selipar jepun ke hape.. hee~
  • pernah cuba letakkan kaki lebih tinggi dari badan ketika baring ? haa.. itu paling best untuk rehatkan kaki lepas seharian berkasut tumit tinggi..
RISAUKAN DENSITI TULANG SEMAKIN LONGGAR ?
90% PESAKIT OSTEOPEROSIS ADALAH WANITA..



LOVE ;

No comments:

Powered by Blogger.