PROJEK BEG SEKOLAH

"BERAT SAMA DIPIKUL.. RINGAN SAMA DIJINJING.."
"CUBIT PAHA KANAN.. PAHA KIRI TURUT SAKIT.."

pernah susah ? bawak beg sekolah buruk - koyak - bertampal ? hee~ perasaan time tu.. perasaan..

terlampau banyak peribahasa yang memberi bayangan untuk kita saling membantu meringankan beban sesama kita.. paling senang nak hadam dan terasa.. tak tau la kakak nak explain cemana sayunya hati ni bila ada sesetengah anak kita yang sepatutnya bersekolah tapi mak ayah tak mampu.. sedangkan nak sekolah pun tak mampu, inikan plak nak beli serba baru untuk menenmpuh alam persekolahan..

tak dapat kakak nak explain perasaan tu..

kalau kita ni dok la fikir "bila tah dapat beli handbag PRADA original" tapi ada anak kat luar sana asyik fikir.. "tahun depan sekolah dapat ke tak beg sekolah baru.." haish.. * lap airmata jap * hee~

sehubungan dengan itu.. secebis rasa kasih yang masih bersisa, kakak dan team sedang mempergiatkan PROJEK BEG SEKOLAH bagi membantu golongan yang betul-betul memerlukan.. tak kira la dari faktor apa keperluan tu, selagi kami mampu kami akan usahakan.. in shaa Allah.. 




kami memerlukan sokongan anda yang kat luar sana untuk memberi sedikit senyuman diwajah anak-anak yang kami pilih nanti.. antara sumbangan yang kami perlukan :


  • beg sekolah baru
  • beg sekolah terpakai
  • alat tulis
  • baju sekolah
  • tenaga
            dan
  • share artikel ini
itu lebih dari cukup dan tak mampu kami balas.. tapi kalian tau akan apa ganjarannya.. hee~ tak payah la kakak nak cerita apa ganjaran yang korang akan terima kelak.. korang boleh hubungi FOCAL person yang tersenarai dalam list kat bawah ni eh.. deadline untuk kami sebagai FOCAL person untuk kumpul kesemua hasil sumbangan selewat-lewatnya pada 13 Disember 2015.. sebab bermula 14 Disember tu, kami akan mulakan sesi agihan sumbangan..

yang ade bintang comel gile siut tu bahagian kakak.. hee~


kalau korang faham betapa berertinya hari pertama bersekolah dengan beg sekolah baru, korang akan faham betapa kami sensitif.. bukan untuk buka ruang untuk anak-anak terpilih bergaya tanpa mengukur pada badan sendiri, tapi senyuman yang akan terpancar di wajah mereka nanti.. 

tak ternilai weyh..
tu pun kalau korang faham laa..

#projekbegsekolah
Fanpage : Projek Beg Sekolah

No comments:

Powered by Blogger.