BAHAGIAN 1 : KAITAN BULAN PENUH DENGAN PARASIT

April 09, 2016

bila sebut jek pasal bulan penuh, mula la ade yang tebayangkan Drakula hisap darah.. kan ? ala-ala cerita Twilight gittew-- tapi ni tak sama lansung, jauh berbeza.. kakak pun tak tau selagi kakak tak selongkar rahsia alam part ni, dah belajar baru percaya.. rupanya.. pada tiap kali bulan penuh, parasit dalam tubuh badan kita pun ikut membiak.. pffftttt-- bunyik macam menakutkan tapi tu la tu.. sebab dia membiak dalam diam kan.. mana nak tau..

parasit ni ade yang baik, ade yang jahat.. dia macam mikroorganisma yang lain sebab dia jugak ade kitaran kehidupan yang sama iaitu mengawan - membiak.. semua tu berkaitan dengan fenomena bulan penuh ni..


selalunya bila bulan penuh ni, parasit akan mula bergerak mencari tempat yang sesuai untuk proses persenyawaan dan bila bulan penuh betul betul penuh, parasit ni mula mengawan dan membiak dalam tubuh badan kita.. antara makanan parasit ni gula putih.. ala.. gula yang kita buat bancuh air teh o tu.. hee~ gula tu laa.. sebab tu la pengambilan gula putih ni kena kawal kalau tak berjoget joget la parasit dalam badan kita sebab seronok dapat makan free.. hee~

kalau perasan kan, anak-anak kita lebih mudah selesema, batuk, demam sebab badan anak-anak sedang berusaha melawan parasit yang tengah membiak.. dan kalau kes kes macam ni berlaku, sebagai mak abah kena la bantu anak dengan cara yang natural seperti menaikkan dos vitamin dan mandikan anak dengan air mandian EPSOM SALT campur dengan perahan lemon..

kalau dalam Islam pun, kita digalakkan berpuasa sunat pada setiap Hari Putih iaitu ketika bulan mengambang penuh ( 13, 14 & 15 haribulan ) ianya bertujuan untuk menjadikan badan kita lebih sihat dan bertenaga, merehatkan perut dan melawan parasit yang menumpang selama ni..

Kalendar Hijrah
nah !! boleh download kalendar Hijrah kat SINI

firman Allah SWT dalam surah Ali 'Imran ayat 190 :
“sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda ( kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah ) bagi orang-orang yang berakal” 

sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oIeh Muslim bermaksud : 
“sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Subhanahu Wata’ala. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. OIeh itu, apabila melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala’ kegelapan”.


LOVE ;

You Might Also Like

0 comments

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS