KEPENTINGAN VITAMIN C SUPAYA TIDAK MENGGANGU RUTIN HARIAN

April 02, 2016

nah !! orang kata kalau nak cantik kena makan vitamin c kan ? tapi korang peka ke tak dengan pengambilan vitamin c ni ? ke main bedal jek asalkan buah oren dah la.. hee~ tak.. vitamin c bukan dari buah oren jek tau tapi banyak lagi tumbuhan yang memberi sumber vitamin c untuk tubuh badan kita.. naa.. kena study sikit la kan kalau tak memang tak tau.. hee~

selain untuk kecantikan, vitamin c sangat penting untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh badan terhadap serangan penyakit dan virus.. haa.. kakak ade baca satu petikan dari seorang doktor tapi tak ingat la plak ape nama nya.. hee~ 

"kalau kita sakit yang berkaitan dengan sistem imun, tak perlu makan ubat tapi cukup setakat ambil vitamin c sebagai pengganti ubat.."

syok kan ? dengan lambakan pelbagai jenama tak mustahilkan kalau korang nak dapatkan sebotol dua.. klaau nak harapkan mengopek buah satu persatu memang kurang rajin la kan.. hee~ 

jom kita tengok ape lagi manfaat vitamin c ni..

MANFAAT UTAMA VITAMIN C


1 : MEMBENTUK KOLAGEN
  • Merangsang pembentukan kolagen.. kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan..

2 : MEMPERBAIKI SIMPTOM PENDARAHAN
  • Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar..

3 : PENINGKATAN SISTEM IMUN
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema..

4 : MEMERANGI KANSER
  • Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan..

5 : MENCANTIKKAN KULIT
  • Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi.. pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat..

6 : MEMPERBAIKI INSOMNIA
  • Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan..

7 : MENGEKALKAN KOLESTEROL SIHAT 
  • Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi..

SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN C :

  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia ( vitamin C penting utk pembentukan kolagen )
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss ( bukan kurus sihat tapi kurus yang tak sihat, lemah dan kusam )


MAKANAN YANG MEMBEKALKAN VITAMIN C

nah !! ni antara makanan yang membekalkan vitamin c..


nanti korang g carik tau.. penat jek kakak mencarik gambau ni nak tepek kat sini ha.. nak kasik keje korang senang.. hahahah~ carik la ye lepas tu amalkan.. tu pun kalau tanak tua sebelum usia la.. kalau tak, tak dapat la kakak nak menolong nye pun haa.. 

LOVE ;

You Might Also Like

0 comments

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS