5 SEBAB KENAPA KAMI SUKA BERCUTI KE MELAKA

May 12, 2016

ini serius punya kepam ni.. hee~ entri sebulan lebih yang lepas, yang konon kakak nak buat review pasal hotel yang best kat Melaka nih ha.. pakej tempat makan yang korang kena pegi.. lepas tu biasa la.. blogger suam suam kuku ni, bukan ade followers pun.. jadik dia punya mood nak menaip cantik cantik dengan bahasa orang faham tu lemau sket * cheh !! cheh !! cheh !! * gitu laa.. tapi nih kakak tebus balik la ni..

tiap tahun, Melaka mesti jadik destinasi wajib dalam kalendar cuti cuti kami.. sebab ? ntah.. tak tau.. tapi kakak memang suka pergi Melaka.. hahahah~


1 : PERJALANAN 2 JAM JEK
  • hah.. jarak perjalanan sebenarnya memainkan peranan penting kat kakak yang ade dua orang anak yang tengah tak reti dok diam * ye.. #duanur laa.. hee~ * dah kalau dalam kereta pun dorang boleh main bola, cemana plak gaya nak perjalanan jauh kan.. memang tak la--
  • kalau ikutkan Google Map, tak sampai pun 2 jam tapi kitorg ni banyak pit stop.. hee~ lagi lagi R&R Seremban.. makanan dia banyak weyh.. rambang mata.. sebab tu la jadik 2 jam.. 

2 : TEMPAT MAKAN BEST
  • ini jugak punca utama kenapa kami wajib ke Melaka setahun sekali.. haa.. kalau korang nak tau, port makan kat Melaka berterabur.. korang g jek kat search bar Google, TEMPAT MAKAN BEST KAT MELAKA.. dan sila pening kepala nak memilih dan rasa sejuta rasa frust sebab tak sempat nak g try semua tempat.. hee~ kakak selalu rasa cam tu tiap kali g Melaka..
  • tempat wajib kami ? haa.. dah tentu la ASAM PEDAS ORI ABG PIE, kat Bukit Cina * kedai makan ni tepi jalan jek.. kalau korang dekat ngan hotel Emperror tu, memang senang la nak jumpa *.. dah la ikan dia seme fresh, tambah pulak murah.. yang memang nak bercuti dan jaga bajet, kakak memang rekomen g sini..
tak de gambar la.. ade pun gambar asam pedas dia jek.. gambar kedai tak de.. hee~ sebab malam gelita tambahan perut lapau.. memang tak sempat nak fikir ape laa.. tapi korang boleh Google jek.. nanti banyak la cerita pasal ASAM PEDAS ORI ABG PIE ni..


3 : SENANG NAK CARI HOTEL YANG MURAH MURAH
  • kebanyakan hotel besar besar ni ade kat tengah bandar.. serius.. korang pusing mana pun, korang masih kat Bandar Melaka.. hee~ nampak tak betapa compactnye Bandar Melaka ni.. sebab tu kakak suka gi sana.. tak payah jalan jauh * lately Melaka dah pandai jem, kereta kemahen la ramai.. jenuh weyh.. dan panas.. * kakak ni memang kaki shopping tak memerlukan tenaga yang banyak untuk pusing pusing banyak kali.. haa..
  • korang g jek kat TRIVAGO tu.. klik link SINI nanti korang cek la hotel ikut bajet korang.. enapa bayo mahal ? TRIVAGO kan ado.. hee~


4 : BANYAK TEMPAT TUMPUAN PELANCONG
  • korang pernah fikir tak "ape yang pelancong luar suka sangat kat Melaka ?" hee~ tiap kali pergi Melaka korang mesti nampak lambakan pelancong * ini mat minah saleh, mat minah jepun tau.. bukan bangla ke nepal ke.. hee~ * ye.. tempat menarik dia kemahen banyak weyh.. maksudnya, kalau korang g Melaka, 3 hari 2 malam.. memang ade jek aktiviti yang korang nak buat.. serius..
  • korang boleh pegi :
    • Menara Taming Sari..
    • lambakan muzium kat Melaka ni..
    • Zoo Melaka lagi kecik dan ade ketapi.. bangsa malas berjalan macam kakak memang akan pegi la.. hee~ ade Night Safari jugak.. korang naik lori berpagar, haiwan plak berkeliaran.. 
    • pantai yang masih belum terjejas.. serius cantik.. tapi kakak dah tanak lepak pantai.. kalau lalu takat amik angin pantai jek laa.. 
    • pub dan bar.. serius.. kat Melaka memang berterabur pub / bar.. kalau korang nak g, g la.. hee~
    • Masjid Selat.. subahanallah.. serius cantik.. cantik.. kakak firstime masuk, menitik airmata macho kakak * tetunai hajat nak solat kat Masjid Selat tu * 
    • dah ade street art kat Melaka.. ala.. dinding conteng conteng tu.. kat Jonker Walk.. ini korang kena pergi.. hee~ kakak dah lama tak pergi sebab #duanur mata rambang.. kang seme dia nak..
    • lantai kaca kat The Shorea.. hee~ tak sempat naik lagik sebab encik suami tanak.. mahal katanya.. tapi nanti nak g jugak..
    • Dataran Klebang.. pergh !! dah cantik weyh tempat ni.. dulu.. tak secantik ni.. serius.. 
serius.. banyak lagi tempat yang kakak mungkin tak taip kat sini.. korang Google jek la nanti.. hee~


5 : RUMAH NENEK
  • mak kakak berasal dari Melaka.. hee~ kat Alor Gajah.. rumah nenek masih kuat ade kat sana nun.. cuma tak de penghuni.. sejak arwah atok pergi, nenek dah duduk kat Melaka.. haa.. tu pun salah satu punca kenapa Melaka..
  • tempat kakak jatuh bangun lepas tu jatuh lagi.. dan bangun balik.. kena tengok tempat tu selalu biar kakak tak lupa masa kakak kat bawah dulu * ini tragis dan memories.. hahahah~ * kadang ade member tanya "kenapa nak kenang seme tu ?" kena weyh.. kena.. biar kakak tak lupa asal kakak kat mana.. tempat tersadung batu dan jatuh kat mana.. tempat yang kakak kenal erti hidup..
pheeewww--pada kakak.. Melaka memang best dan tetap best.. hee~ lenlain mana yang kecik kecik punya hal tu, biasa la.. jem, ramai orang.. tu tanda Melaka makin maju..

korang orang Melaka ? hee~ share ah sket ape yang best lagik kat Melaka yang kakak kena buat.. mana tau lepas nih boleh masuk dalam entri..

nah !! singgah SINI jugak.. kakak ade cerita pasal Melaka jugak.. hee~ serius.. tak bley move on la pasal Melaka nih..


You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS