5 JENIS MATERIAL TUDUNG YANG HIJABISTA PERLU TAHU SUPAYA NAMPAK HELOK MASA OOTD

Bila cakap pasal tudung, paling tak dalam simpanan seorang wanita pastinya ada lebih dari 20 helai yang terdiri dari pelbagai jenis material. Hah. Tu korang baca sambil menggangguk kan ? Hahahahah~


Tudung Fazura

Ada banyak faktor kenapa kita pilih tudung tersebut dan antaranya adalah disebabkan material, jenis tudung, jenama dan juga harga. Tapi kalau kakak lah, pemilihan tudung bergantung kepada dua faktor iaitu :

  • Material
  • Harga
Lenlain faktor boleh tolak ansur lagi lah. Hee~


JENIS-JENIS KAIN TUDUNG YANG ADA DIPASARAN


Kalau ikutkan, ramai je tak tau nak buat pilihan material apa yang sesuai dengan bentuk muka. Ye lah. Bentuk muka kita semua berbeza kan – ada yang bujur, bulat, bersegi dan warna kulit juga berbeza sekaligus memberi kesan terhadap material tudung yang dipilih.

Cara untuk tahu material apa yang sesuai adalah dengan mencuba beberapa jenis material yang berbeza dengan warna yang berbeza sehingga mendapat kepuasan dan terpaksa berdiri depan cermin dengan ayat :

 

“ya !! tudung cam ni lah ngam dengan aku.. kena beli lagi !!”

Hahahaha~
Berikut kakak sediakan beberapa jenis material tudung yang hijabista macam korang perlu tahu.

 

1. COTTON

  • Berasal daripada serat kapas yang membolehkan kulit bernafas dengan baik. Kain kapas merupakan fabrik yang sangat sesuai dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia. Antara ciri-ciri lain untuk kain cotton adalah :
    • Mudah menyerap
    • Sedikit keras dan sejuk
    • Tak boleh direndam lama ( merosakkan material )
    • Tidak mudah ronyok
    • Boleh dicuci basah dan cucian kering
  • Ada pecahan lain pula untuk jenis-jenis kain cotton yang ada dipasaran seperti :
    • Cotton Paris
    • Cotton Jepun
    • Cotton Silk
    • Cotton Minyak
    • Cotton Biasa

2. CHIFFON

  • Material yang diperbuat daripada sutera, kapas dan fiber sintetik ini mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Walaupun ia bersifat mudah tembus, ada banyak tudung dipasaran yang dihasilkan menggunakan fabrik chiffon. Berikut merupakan jenis-jenis kain chiffon yang ada :
    • Chiffon Sutera – Sesuai untuk dijadikan tudung dan shawl tetapi harganya sedikit mahal dan memerlukan penjagaan rapi. Fabrik ini juga hanya boleh dicuci menggunakan cucian kering.
    • Chiffon Georgette – Gabungan fabrik chiffon dan georgette yang lebih mudah dijaga juga boleh didapati dengan yang lebih murah.
    • Chiffon Goldline
    • Double Chiffon
    • Chiffon Plain
    • Printed Chiffon
    • Chiffon Crepe
    • Voscose Chiffon
    • Cerutti Chiffon
    • Paris Chiffon
    • Blend Chiffon

Shawl Mudah Bentuk


3. LYCRA

  • Pernah viral dahulu tentang fabrik ini yang dijadikan pelbagai jenis tudung termasuklah tudung berbentuk segi empat. Tapi korang tau tak LYCRA ada banyak jenis ? Hee~ Ya !! Lycra mempunyai pelbagai jenis yang membezakan jenis-jenis ini adalah HARGA. Berikut merupakan jenis-jenis Lycra yang ada dipasaran :
    • Lycra Strechable – Mudah diregangkan dan apabila diregangkan tidak berlakunya tetasan benang pada fabrik. Ia mudah menyerap peluh, tahan lasak, ada banyak pilihan warna dan penjagaan fabrik yang mudah.
    • Lycra Cotton – Sedikit nipis, 100% mudah serap air, sejuk apabila dipakai, strechable, tahan lasak dan tidak tembus cahaya.
    • Lycra Nipis – Mudah tembus cahaya, tidak sesuai dijadikan tudung kerana material yang sedikit keras, tidak menyerap air walaupun strechable.

4. ULTRAFINE VOILE PREMIUM

  • Material paling best untuk buat tudung kerana fabrik Voile sangat seimbang dari segi kekerasan dan kelembutan menjadikan ia mudah bentuk. Walaupun dah banyak jenama tudung yang menggunakan Voile berikutan harga mampu milik, tak salah kalau korang nak try masuk pasaran dengan jenama sendiri. Kan ? Hee~


5. SATIN

  • Sukar untuk digayakan tapi ramai peminat material satin ni. Kenapa ? Sudah tentulah material ini nampak mewah dan didatangkan dengan pelbagai warna. Jangan kata TIDAK – mesti ada barang sehelai tudung satin dalam koleksi korang. Kan ? Hee~ Tapi untuk mereka yang baru nak mula menggunakan tudung satin ni, kena pandai pilih dan korang kena pastikan bahagian dalam tudung bersifat matte dan tidak licin. Kalau tak sepanjang harilah tudung asyik melurut je.
  • Ada banyak jenis satin, antaranya :
    • Pearl Satin – Tidak tebal, tidak nipis, sejuk dan sangat sesuai dijadikan shawl.
    • Satin Maria – Elegan, eksklusif, nampak mahal, agak tebal, warna shining di luar dan matte di dalam, kebiasaan founder tudung jadikan material Satin Maria sebagai tudung bawal.
    • Satin Maxmara – PREMIUM dan mempunyai tekstur yang lembut, tidak panas, flowy, berkilau dan banyak sangat pilihan warna yang ada dipasaran. Tetapi korang kena tahu, bila jenis kain premium ni korang kena lah basuh manual ya ; jangan main campak je dalam mesin basuh. Jahanam. Hee~
    • Satin Silk – Ada banyak jenis dengan kepelbagaian warna. Ada tebal dan mudah dibentuk serta nipis yang flowy.
    • Satin Venus – Sejuk, nipis tetapi tidak terlalu see through, sesuai dijadikan pelbagai jenis tudung.
    • Satin Crepe – Sangat sesuai dijadikan shawl ( bawal tak sesuai tau !! ), stretchabel dan mudah dibentuk kerana ia tidak melekap di muka.

Dalam koleksi kakak, ada kesemua material di atas tapi tu lah. Dari segi penjagaan kena hati-hati dan tak boleh cuai, nanti material rosak menangis tak berlagu. Hahahaha~


Fesyen Tudung Terkini
Ini yang berlipat, ada beberapa yang sedang basuh dan bersangkut. Hee~


Cara kakak tampil kemas dengan pelbagai jenis kain tudung ? Kalau dulu memang lah comot sebab tak pandai lagi tapi sejak sejak dah pandai ni, comot adalah pembantu setia kakak.

Sejenis yang lasak dan tak reti duduk diam, kadang-kadang kopi tertumpah, cili sos kena bucu tudung dan itu belum lagi kesan mekap pada tudung. Stress rasa.


COMOT - YOUR HIJAB BESTFRIEND


Tapi itu dulu lah.

Untuk membentuk awning tudung dengan baik dan mengikut bentuk muka, kakak menggunakan Hijab Spray dari comot HQ yang langsung tidak menginggalkan kesan keras macam pakai lilin ( Ooooooooppppssss—kantoi pernah guna lilin.. hahahah~ ) tapi macam tak gunakan pape pun. Selamat pada kulit dan selamat pada fabrik.


Pengeras Awning Tudung

Kalau kesan kesan mekap atau tumpahan cuai tu, kakak akan spray je Magic Stain Remover kat tempat yang kena kesan lepas tu gosok sikit dan lap dengan wet tissue. Siap !! Walaupun ia menghilangkan kesan sementara tapi okay lah. Instant dan balik tu barulah basuh bersungguh mengikut jenis material yang sesuai.


Siapa kata nak jaga penampilan sebagai hijabista itu susah ?
comot dah bagi jalan ni.


LOVE ;
ATIE ADNAN

12 comments:

  1. Yeahh akhirnya saya tahu pasal tudung ...

    ReplyDelete
  2. Tak sangka jenis-jenis tudung tu sangat menarik untuk saya baca. Yelah.. lelaki kan tengok semua tudung nampak sama je.. so ni boleh la study-study sikit

    ReplyDelete
  3. LH selalu akan pilih cotton, crepe atau shawl biasa sahaja. Tak daya lah nak pakai yang lain, mesti tak sesuai. Lepas ni boleh try pakai spray comot ni pula

    ReplyDelete
  4. Hahaha cute je nama dia comot. Saya nak bagi kat member sorang ni, dia kalau makan memang suka tumpahkan air la, baju kena kuah la..

    ReplyDelete
  5. I’m not yet a hijabista. So I don’t know what kind of tudung fabric is good for ootd. In fact, styling tudung pun i x reti. Btw, thank you for sharing this knowledge. Dpt I blaja something from reading this post.

    ReplyDelete
  6. susah juga nak faham ke'detail'an jenis2 kain tudung ni.

    Setiap jenis, berbeza cara rupanya

    ReplyDelete
  7. Banyak jenis tudung.. Yang penting bior tudung terbentuk elok je.. Bgus ni spray macam lilon.. Tudung licin pakai spray tu elokla la dia erk

    ReplyDelete
  8. Lama tak pakai tudung bawal. Hehe sekarang nak cepat pakai shawl je. Kena grab ni satu simpan

    ReplyDelete
  9. wah produk baru..x sabar nak cuba...mmg part ni perempuan paling stress

    ReplyDelete
  10. Nasib kita bukan Hijabista hehehehehe tak perlu nak fikir pasal tudung ok.... Orang perempuan memang begitu bab tudung sangat cerewet sangat...

    ReplyDelete
  11. Banyak jugak jagaan kena tahu ya. Banyaknya koleksi tudung yang kamu ada ni! Boleh bergaya berlainan tiap2 hari gini.

    ReplyDelete
  12. tau material , kena tau kualiti tudung juga hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.