ADAB MENJADI TETAMU YANG DISUKAI TUAN RUMAH

July 05, 2016

cecece-- kejap jek dah habis 30 hari berpuasa kan ? esok dah raya !! yeay !! hee~ rasa macam laju sangat masa perputar.. tup tup dah nak raya.. rasa macam tak ready lagi nak raya nih.. hah ? ye ke ? * ye.. serius.. * korang cemana ? dah ready nak singgah jenjalan raya kat rumah sedara mara / jiran tetangga ? kalau belum, korang mesti belum ready bab ADAB jugak..

amalan kunjung mengunjung memang dah jadi amalan kita sejak zaman nenek moyang dulu lagik.. tapi.. dalam Islam sendiri telah menggariskan adab adab yang perlu kita ikut untuk mengelakkan kedatangan kita sebagai tetamu tidak mengganggu tuan rumah..



1 : BUAT TEMUJANJI
  • sebelum berkunjung, buat temu janji dengan tuan rumah.. dia macam bagitau la tujuan kita nak singgah, pukul berapa, hari apa seme tu.. ini adalah untuk mengelakkan kita sebagai tetamu singah kat 'rumah kosong'.. hee~ tuan rumah g jenjalan plak..

2 : NIAT YANG BAIK
  • kalau dengan berkunjung ke rumah sedara mara / jiran tetangga untuk carik 'bahan', hentikanlah ye.. hee~ tak baik tu.. 
  • Rasulullah SAW bersabda ;
    "bahawasanya seorang laki laki mengunjungi saudaranya di kampung lain, maka Allah SWT mengutuskan seorang malaikat kepadanya dlaam perjalanannya.. ketika telah bertemu, malaikat itu bertanya kepadanya 'kemana engkau hendak pergi ?' dia menjawab 'aku ingin mengunjungi saudaraku di kampung ini..' malaikat itu berkata lagi ; 'adakah bagimu satu nikmat yang hendak engkau kejar ?' dia menjawab ; 'tidak.. aku mencintainya kerana Allah..' malaikat itu berkata lagi, 'sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada mu, bahawasanya Allah mencintai mu sebagaimana engkau mencintainya kerana Allah..'.." -- HR Muslim

3 : MENGUCAPKAN SALAM DAN MEMINTA IZIN
  • firman Allah SWT :
    "hai orang orang yang beriman, janganlah kamu masuk rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.. yang demikian itu lebih baik bagi mu agar kami ( selalu ) ingat.." -- HR Bukhari dan Muslim
  • hadith nabi Muhammad SAW :
    "sesungguhnya disyariatkan meminta izin adalah kerana untuk menjaga pandangan.." -- HR Bukhari dan Muslim
  • dengan ketukan yang tidak menggangu :
    "kami di masa Nabi SAW mengetuk pintu dengan kuku.." -- HR Bukhari

4 : PULANG APABILA DISURUH
  • Allah SWT berfirman :
    "jika kamu tidak menemui seorang pun di dlamanya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin.. dan jika dikatakan kepadamu 'kembali ( saja ) lah, maka hendaklah kamu kembali.. itu bersih begimu dan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.." -- QS An - Nuur [ 24 ] : 28

5 : TIDAK KERAP BERKUNJUNG
  • tak payah la kerap sangat jadi tetamu.. kesian tuan rumah tu ooi.. dah la muka korang lepas tu korang lagik.. hee~ orang kata kalu bunga dicium hari hari lama lama membusuk juga.. jadilah seperti bunga baru sentiasa kembang dan mekar berbau wangi..
  • "berkunjunglah sesekali atau sekali waktu nescaya kalian akan saling mencintai.." -- HR al-Baihaqi, al-Bazzar, ath-Thabrani

6 : MEMILIH WAKTU YANG TEPAT UNTUK BERKUNJUNG
  • sebagai teamu, korang kena la pandai set masa untuk membuat kunjungan.. em.. jangan plak singgah waktu awal pagi - tengahari - tengah malam sebab kesemua masa tu tuan rumah nak reaht.. mungkin bersama keluarga.. dan sangat tidak sesuai untuk terima tetamu.. sebab tu korang tetap kena rujuk ADAB NOMBOR 1 : BUAT TEMUJANJI untuk jadi tetamu supaya tuan rumah ready untuk terima tetamu..

7 : MENUNDUKKAN PANDANGAN
  • dah kalau jadik tetamu tu, kan lah jaga pandangan.. jangan meliar jek perhatikan semua perkara kat dalam rumah tu.. haa.. kena hati hati hal ni sebab ade sesetengah perkara / benda kat rumah tuan rumah mungkin luar dari jangkaan penilaian kita.. hee~
  • "Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.." -- QS Mu'min : 19

8 : DUDUK DI RUANG YANG TELAH DISEDIAKAN
  • kebiasaannya tuan rumah akan jemput tetamu untuk berborak / nikmati hidangan kat ruang tamu ataupun ruamng makan.. kan ? ye.. bersebab juga.. kalau tuan rumah jemput 'di situ'.. maka 'di situ' lah tempat nya.. jangan plak tetamu ni memangdai nak pindah pindah tempat dan memilih tempat ikut sedap rasa sendiri * ingat.. korang tu tetamu.. hee~ * mungkin tuan rumah nak jaga privasi atau aurat mereka tidak tersingkap.. kan ?

9 : JANGAN MENINGGIKAN SUARA
  • kalau dah tetamu tu buat la cara tetamu.. jangan plak dok tinggi tinggi suara ke hape ke.. mungkin nada yang tinggi tu mengganggu orang lain..
    "dan lunakkanlah suaramu.." -- QS Lukman : 19

10 : JANGAN MENCURI DENGAR ATAU MENGINTAI
  • hee~ orang kita memang suka ni.. senang cerita "penyibuk".. tak payah la pasang telinga dan mata untuk carik bahan.. tak manis.. apatah lagi kalau berniat buruk..

11 : JAGA TINGKAH LAKU ANAK ANAK
  • frasa "tak pe.. anak tu kecik lagi.." boleh memberi impak yang besar terhadap tumbesaran anak anak.. haa.. dah kalau jadi tetamu tu, sila jaga anak sendiri ye.. jangan la sampai berlari sana sini, terjerit terlolong, bergusti, pecahkan perhiasan, rosakkan perabot.. bukan tuan rumah jek rasa kurang selesa tapi sikap negatif yang tertanam kat dalam diri anak anak tu akan menjejaskan tumbesaran mereka nanti.. jadi.. KAWAL TINGKAH LAKU ANAK MASING MASING.. kakak memang tak la.. tak kira tempat kalau #duanur tak behave memang kena.. hee~ 

12 : TIDAK BERLAMA LAMA KETIKA BERKUNJUNG
  • dah kalau sampai lima nam jam kat rumah orang, korang ghase ape ??? siap terkencing terberak bagai.. tergolek terlentang seme.. cis !! bukan tuan rumah jek tak selesa, tu mau tetamu lain yang nak menyinggah dengna tujuan yang baik pun jadik tarik muka.. kena la faham ye.. jangna smapai tuan rumah boean dan halau korang dengan cara paling halus.. hee~ malu weyh..

13 : TIDAK BERGANJAK PULANG KECUALI DIIZINKAN OLEH TUAN RUMAH
  • kalau nak datang boleh bagitau, nak balik pun cakap la kat tuan rumah.. "ton.. aku nak balik ni.. lama sangat plak aku kat rumah ko ha.. dah kenyang pun ni.." hee~ itu CONTOH ayat jek tau..
    Rasulullah SSAW bersabda : "apabila salah seorang dari kalian mengunjungi saudaranya lalu dia duduk bersamanya, maka janganlah dia bangkit sehingga saudara tersebut mengizinkannya.." -- HR ad-Dailami

14 : RINGAN TULANG
  • memang la tuan rumah akan sediakan semua kat depan korang tapi ape salahnya berbasa basi sikit membantu.. lepas minu, kemaskan balik dulang hidangan, hantarkan kat dapur ke.. tapi mintak izin dulu la sebab ade jek tuan rumah yang tak suka tetamu masuk kat sesetengah ruang kat rumah dia.. hee~ yang penting niat korang tu..

15 : BERTERIMA KASIH
  • dah kalau tuan rumah menyambut korang dengan baik, makanan sedap sedap, siap dapat duit raya.. maka bersyukurlah.. maniskan lah mulut ut sikita dengan ucapan TERIMA KASIH yang ikhlas.. hee~

amacam ? okay tak ? jom la sama sama kita jaga adab sebagai tetamu.. tak susah pun kan ? tapi tak tau la memang korang jenis redah jek.. tak pernah nak hiraukan perasaan orang lain.. hee~ walaupun bukan waktu raya, boleh jek aplikasikan bila bila masa yang sesuai.. Islam kan mudah dan indah.. tak gitu ?

esok nak raya weih !! kakak nak merendang kejap.. hee~

You Might Also Like

1 comments

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS