VIRUS KAKI TANGAN DAN MULUT

August 04, 2016

baru baru nih naik lagi kes virus KAKI TANGAN DAN MULUT ( HFMD ) kat notification FB kakak.. em.. mula tu rasa nak biau kan jek.. malas nak ulas.. tapi lama lama tu rasa macam "tanggungjawab aku untuk tengok orang lain sihat".. hahaha~ keje penting tu.. bukan senang tau sebab ade jek mak pak yang rasa anak dia dah habis sihat dah.. ade--




berbalik kepada kes HFMD tu..

PUNCA

  • ia berpunca dari virus enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 ( COX A16 ) dan Enterovirus 71 ( EV 71 )..
  • penularan melalui sentuhan lansung dengan cecair hidung, air liur, lepuh ( blister ) dan najis kanak kanak yang dijangkiti serta sentuhan lansung pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus..
  • mereka yang dijangkit akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti :
    • demam
    • ulcer ( luka dalam mulut )
    • ruam atau lepuh pada tapak tangan dan tapak kaki

LANGKAH LANGKAH MENCEGAH
  • menjaga kebersihan persekitaran..
    • penularan jangkitan HFMD memang berkait rapat dengan faktor kebersihan diri dan persekitaran..
  • ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak kanak yang ada simptom HFMD mendapatkan rawatan segera dan TIDAK membawa mereka ke tempat yang ramai orang ( tempat awam ) termasuk sekolah atau pusat asuhan harian * take note yang nih !!!!! *
  • pengurusan tadika / taska perlu membuat pembersihan premis secara berkala sepertimana yang disarankan dalam "Garis PAnduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah" dan "Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut"..


SILA amik perhatian kalau :

- demam terlampau tinggi
- penat / lemah / letih
- tak nak makan / kurang kencing
- bernafas laju dan kuat
- muntah muntah
- mengantuk / pening / cepat marah
- sawan

bawak g klinik ke hospital cepat cepat..


semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan dan kesihatan berpanjangan untu anak anak kita.. aamiin--

tingkatkan immune system anak anak !!

tingkatkan immune system anak anak !!

tingkatkan immune system anak anak !!




You Might Also Like

2 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS