8 MAKANAN DAN MINUMAN YANG MENGANDUNGI KAFIEN DAN KESAN PENGAMBILANNYA TERHADAP IBU HAMIL

huu~ sebak btol bila kakak baca tajuk entri kali nih.. konon nak santai santai jek tapi nak menitik air mata macho kakak.. hahahaha~ apsal la semua makanan / minuman yang sedap sedap tinggi kafien ?? adoi.. cannot go la bila nak menaip entri nih..


oh !! my SHAKLEE !! biar betul kafien adalah sejenis dadah !! aduh !! sakitnya tu di sini di dalam hatiku~~~ 

haa.. chill.. chill.. ya.. memang kafien adalah sejenis dadah yang tehasil secara semulajadi dalam bentuk daun dan juga biji dari beberapa jenis tumbuhan.. tiruan ? haa.. sedangkan supplement yang korang makan tu pun ade yang tiruan, apetah lagik setakat kafien nih.. hee~ ye.. ada jugak yang tiruan yang dihasilakan sebagai bahan penambah perisa dalam sesetengah makanan..

kafien juga dikenali dengan nama saintifiknya trimetilxantina dalam keluarga metilxantina.. bahan ini berbentuk serbuk yang berwarna putih dan rasa sedikit pahit.. bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah theophylline yang terdapat dalam daun teh dan theobromine yang ada dalam biji koko..

ramai orang fikir yang kafien hanya ada dalam kopi jek, tapi slaah tu.. hee~ kafien pun ade dalam biji kopi ( coffee arabica ), daun teh ( thea sinensis ) dan biji koko ( theobroma cacao ) dan juga didapati dalam lebih 60 jenis tumbuhan lain antaranya pokok guarana ( paullinia cupana ) yang terdapat di Amazon..

kafein juga digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit dan antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma.. sifat kafein yang merangsang dan diuretik mengakibatkan kenaikan tekanan darah dan kadar pergerakan jantung yang tinggi serta kekerapan untuk kencing..

1 : MINUMAN BERKARBONAT
  • ya !!! minuman berkarbonat mengandungi kafien dan minuman oren yang berkarbonat biasanya mempunyai kandungan kafien paling tinggi ia itu 41mg

2 : COKELAT

  • kafien ada secara semulajadi dalam biji koko sapai semua jenis cokelat ada kandungan kafien.. gula-gula cokelat mengandungi kafien kurang dari 10 miligram tapi, semakin gelap cokelat, semakin tinggi kandungan kafien !!
  • produk cokelat yang tinggi kafien tambahan mengandungi kafien sehingga 60 miligram, hampir sama dengan kafien dalam secawan teh..

3 : AISKRIM
  • kesemua airkrim berperisa kopi dan cokelat mengandungi 30 - 45 miligram kafien yang hampir sama dengan setin minuman berkarbonat..

4 : PIL TURUN BERAT BADAN
  • kafien memang tak membantu lansung dalam usaha menurunkan berat badan tapi PIL diet mengandungi kafien dalam jumlah yang besar..
  • pada tahun 2005, ConsumerLab telah melakukan analisa terhadap dos harian ubat diet jenis Zantrex-3 mengandungi kafien hampir sama dengan kafien pada 12 cawan kopi..

5 : UBAT TAHAN SAKIT
  • sedikit kafien boleh mengurangkan sakit kepala, tapi kafien dalam jumlah yang besar akan mengakibatkan bahaya terhadap kesihatan !! pil pelega kesakitan menggunakan kafien dalam jumlah yang besar untuk mengurangkan rasa sakit..
  • dua tablet Excedrin ( pelega sakit migrain ) mempunyai 130 miligram kafien yang sama juga dengan secawan kopi..
  • sebab tu sebelum ambil apa-apa ubat, kena baca kandungan dan baca arahan pada bungkusan ubat atau mintak pendapat dari doktor yang bertauliah..

6 : MINUMAN PENAMBAH TENAGA


  • beberapa minuman penambah tenaga mengandungi kafien sama banyak dengan secawan kopi..

7 : PENYEGAR NAFAS
  • dua biji gula gula penyegar nafas mengandungi kafien yang sama dengan secawan kopi..

8 : KUACI


  • kuaci dari biji bunga matahari mengandungi folat, vitamin B6 dan vitamin E.. tapi !! satu hidangan kuaci mengandungi 140 miligram kafien yang lebih kurang sama dengan empat tin minuman berkarbonat..
** 8 Senarai Makanan Dan Minuman Mengandungi Kafein ini dikongsikan dari 
Majalah Health, Rabu (11/4/2012)

KESAN KAFIEN TERHADAP IBU HAMIL

menurut beberapa kajian, jumlah kafien yang selamat untuk diambil oelh ibu hamil adalah sebanyak 200 miligram sehari bersamaan dengan dua cawan kopi - dua cawan teh - enam tin coca Cola - empat bar cokelat 50 gram.. ibu hamil yang mengambil lebih dari 200 miligram kafien mempunyi risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi kurang berat badan sehingga 200 gram berbanding ibu hamil yang tidak mengambil kafien ataupun mengambil kafien dalam kuantiti yang rendah..


antara kesan sampingan lain yang mungkin diakibatkan oleh pengambilan kafien yang terlampau banyak ialah :
  • keguguran
  • gula tinggi dalam darah ( diabetes ketika hamil )
  • obesiti ( ibu dan anak )
  • masalah keputihan ketika hamil
  • rambut gugur
untuk mengelakkan ksemua masalah yang berkemungkinan terjadi sepanjang kehamilan, tahan la sikit selera tu.. hee~ 9 bulan 10 hari + 44 hari berpantang JEK-- lepas tu nak minum, minum laa..

walaupun kesan kafien berbeza-beza antara pengguna, pengamal perubatan menasihatkan supaya tidak mengambil lebih dari 100 miligram kafien sehari, lebih kurang satu cawan kopi sehari.. haa.. kalau boleh elak untuk kebaikan, tak salah kan.. buat rasa rasa tu tak pe la, tapi kalau dah togok macam minum air masak ape cerita plak nye kan..

10 comments:

  1. alamak suka makan kuaci gu mana tu..

    ReplyDelete
  2. hahaha tang 9 bulan 10 hari, 44 hari jek tu yang tak tahan tu...kalau ambil kopi secara terkawal boleh kan? i am coffee lover huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun coffee lover !! hee~ terkawal boleh, tapi kena kawal betul2 la.. 100 mg sehari..

      Delete
  3. senarai makanan kat atas tu ada yg feberet ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !!! hahahaa~ cane ni ? kakak pon dalam dilema ni..

      Delete
  4. sungguh tak sangka dalam cokelat, ais krim, dan ais krim ada banyak kafien. Ingatkan dalam kopi dan nescafe je ada cafien. bagus entri ni. menambah pengetahuan baru kepada pembaca terutama dalam bidang kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ tu la tu.. kakak pon dok geledah dua tiga jurnal untuk dapatkan hasil entri ni.. dan hasilnya.. walla..

      Delete
  5. Alaaa...sye stu hari mesti kena amik manisan selepas makan nasi atau pun makanan berat..sbb kalau x amik akan mual.....😕.tapi x byak contoh nye aiskrim coklat ..satu item jaaa...n besok pun sye akan amik..kirenye hari2 wajib sye amik..emmmm....mcm mana agak nye.merbahaya x..sbb ape sye x leh nak elak....😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. mual ni normal sis.. in shaa Allah tak de pape tu.. hee~ sebab saya dulu mabuk mual sampai 7 bulan kotttttt.. cari la vitamin C untuk hisap2 bagi mengawal rasa mual tu..

      Delete

Powered by Blogger.