31 December 2016

CABARAN TAHUN 2017 DAN CARA MENGEKALKAN PENDAPATAN ISI RUMAH SUPAYA TIDAK TERJEJAS

haa.. nak masuk tahun 2017 sudah weyh, tak payah nak happy sangat tengok bunga api segala.. hee~ yang korang kena happy bila korang boleh survive tanpa merungut dalam menjalani hari hari mendatang.. ya.. tahun 2017 adalah bermulanya tahun yang sangat mencabar dan siapa yang tercabar jek akan rasa betapa impak kesesakan ekonomi.. yang kaya makin kaya, yang susah makin susah.. itu orang kata.. tapi kakak kata, yang susah pun boleh kaya dik non.. 

  "2015 ini belum menjadi kemuncak kegawatan.. sebab itu PM Dato Seri Najib bila dia menyebut bahawa keadan ekonomi Malaysia belum gawat, sebenarnya ia benar.. cuma, apa yang tidak disampaikan oleh Dato Seri mungkin adalah KESAN kejatuhan nilai matawang kita yang akan menyebabkan kos import barangan akan meningkat dan nilai export menurun, ditambah dengan kejatuhan lebih separuh harga minyak dunia dan dijangka lebih jatuh lagi kerana Rusian serta China tidak membeli minyak pada kuantiti sebelum ini akan memanjangkan proses pemulihan harga minyak..
di dalam negara, kos pengurusan bajet negara agak tertekan ditambah pula dengan cabaran kos pembangunan semula kawasan penempatan banjir yang besar akan memberikan bebanan kepada kewangan negara.. mungkin itu manageable di peringkat kerajaan, tetapi concern saya yang paling utama adalah bagaimana anda, anda yang berada di bracket pendapatan rendah dan sederhana dapat melalui keadaan ekonomi yang sebenarnya akan lebih mencabar.. perhatikan perkembangan ekonomi kita dan salah satu tanda ia akan lebih panas apabila  :
1/ Harga barangan semakin meningkat
2/ Pengambilan pekerja akan berkurangan atau pekerja yang lama / bergaji tinggi akan dikurangkan
3/ Syarikat besar downsizing atau pindah operasinya ke negara lain 
petikan dari Facebook Azizan Osman


amcam ? ade timbul rasa takut takut tak ? ke risau risau ke ? ade tak ? hee~ ye.. kesimpulan yang kakak faham, kalau korang rasa tahun 2016 korang dapat control perbelanjaan isi rumah lepas tu ade duit baki yang banyak siap boleh membazir lagik.. haa.. itu memang takkan bagi kesan lansung kat korang menjelang 2017 nanti.. jadik.. tak payah risau..

yang kena risau bila kewangan korang tahap tahap :

  • cukup cukup makan
  • tak de duit lebih lepas bayar hutang wajib
  • siap berhutang
  • pakai kredit kad
  • terliur tengok iklan KFC / mekdi
  • duit belanja sekolah anak-anak sangkut
  • yuran sekolah bayar 3 kali
  • kereta kena tarik
  • takut nak balik kampung time raya sebab tak de duit raya

eh !! ikutkan banyak lagik.. tapi itu paling selalu jadik la.. hee~ dan menurut Azizan Osman, 5 langkah yang boleh dilakukan TERUTAMANYA buat yang berpendapatan rendah atau sederhana :

  • kuasai kewangan anda dengan mengawal serta mengurusnya dengan disiplin
  • kawal perbelanjaan, kurangkan belanja kepada perkara yang tidak perlu
  • jauhi skim cepat kaya atau segala skim yang disenarai hitamkan oleh Bank Negara Malaysia, ini untuk kebaikan anda
  • belajar bina pendapatan sampingan
  • tambah ilmu dalam bidang perniagaan dan pelaburan samada baca buku atau hadir seminar yang telah terbukti berjaya


ya.. kakak nak tekan kan pasal SECOND INCOME.. mungkin ade yang pandang sebelah mata jek pasal second income ni sebab tak boleh nak fokus untuk tukarkan second kepada first.. kan ? ya.. itu yang ramai fikir tapi kalau korang faham istilah second income nih, buat dan bertatih dari awal, korang akan nampak peluang second nih jadi FIRST.. tak de yang mustahil..


BELAJAR BINA PENDAPATAN SAMPINGAN



ini pilihan kakak yang utama sebab kakak sendiri tak mampu untuk mengawal perbelanjaan harian dengan anak-anak makin membesar sekali gus perbelanjaan isi rumah pun meningkat.. haa.. semua sedia tau, kakak jana second income dengan :

  • menjadi salah seorang agent Shaklee terlatih
  • menulis review di blog dan instagram
  • jual seluar jeans bundle budak





3 cabang nih memang kakak sendiri tak boleh nak fokus sepenuhnya tapi ada dua dari tiga cabang yang kakak buat dan jalan selari.. alhamdulillah.. income kakak masih tahap boleh - carik - makan - sendiri - dan - topup - perbelanjaan - isi - rumah.. serius..

kakak gabungkan blogging dan Shaklee untuk FIRST income kakak.. surirumahkan.. pandai pandai la nak bahagikan masa untuk realisasikan ape yang ko nak.. hahaha~ walaupun ade masa mengelat tapi seriusnya memang lebih..


KELEBIHAN JADI AHLI SHAKLEE


dah tentu la korang dapat membuat pembelian dengah harga ahli ( penjimatan lebih 20% dari harga pasaran dan setiap pembelian, korang akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan.. dengan permulaan RM 68.90, korang akan dapat starter kit untuk memulakan perniagaan.. kalau korang join kakak, dapat la kakak guide korang dengan cara yang betul.. hee~ jangan salah pilih leader, kelaut dalam perginya nanti..


BERAPA BONUS SHAKLEE ?


ya.. bergantung berapa yang korang nak.. eh !! kakak serius la nih.. hee~ sebab tak de bonus yang statik dalam bisnes Shaklee, kalau korang usaha lebih, dapat la lebih.. kalau tak, sikit jek la yang dapat..



tapi kakak ade satu tips untuk score bonus.. nak tak ? tipsnya : kalau sehari korang peruntukkan 3 - 4 jam layan drama Korea, cuba kalau ubah dengan manfaatkan 3 - 4 jam yang berkualiti tu untuk update blog, buffer / hootsuit kan status bermanfaat pasal kesihatan dan produk Shaklee, membaca lebih pasal kesihatan dan penyakit.. mula mula korang mesti rasa "ala.. tak best.." tapi bila bisnes korang dah mula mengembang, korang mesti seronok.. 

dapat duit kan.. sape yang tak seronok dapat duit ? adoi !!


TAK DE BISNES LAIN KE SELAIN SHAKLEE ?


ade !! tapi carik sendiri la.. hee~ ade jek bisnes lain kat luar sana, tak salah kalau korang explore lebih sikit cumanya ada beberapa risiko yang korang kena hadap la nanti.. contoh ? contohnya :

  • modal besar sampai kena buat loan
    • modal Shaklee hanya RM 68.90 dan kerajinan untuk belajar

  • tiada kumpulan sokongan
    • tapi team kakak ade iReach yang memang leader akan support setiap anak buah

  • kelas berbayar
    • ini pon ade ? ye !! ade.. tapi dengan Shaklee, kebanyakan kelas adalah PERCUMA

  • kena simpan stok bertimbun
    • dengan Shaklee tak payah !! buat semua online jek dan orang kat HQ yang akan poskan stok

  • headhunting
    • buru kepala ? hahaha~ Shaklee tak !! 

  • sistem bonus pairing
    • apeni ? pairing pairing.. tak de nak pairing bagai pon.. seberapa ramai downline korang pon tak pe.. kitorang tak main 2 kaki tapi kitorang boleh pasang berapa banyak kaki yang mampu

  • meeting malam malam
    • ala.. dengan Shaklee tak de !! kitorang main whatsapp / FB live / webinar dan pape jek la kemudahan yang ade melainkan ade kelas kelas secara berkala

  • event tak boleh bawak anak-anak
    • em.. kami kat Shaklee, ape majlis pun boleh hangkut family sebab family tunjang masa hadapan kami.. cecececece--


lagi ? 3 hari 3 malam pon tak habis kang.. hee~ kita sambung nanti ye..


LOVE ;
ATIE ADNAN


29 December 2016

VINCCI KASUT BERGAYA PILIHAN WANITA SOCIALITE

haa.. syok kan tengok banyak banyak jenis kasut ? kakak memang kelabu mata nak memilih.. hee~ ya.. kakak sedikit rendang dan kakak tetap memilih kasut tinggi tak kira la style ape untuk jadi peneman setiap langkahan kakak.. a.. gittew--


lagi lagi dalam industri kesihatan yang kakak ceburi, mesti nak nampak kemas, yakin dan charismatic.. ye la.. nak jumpa customer, prospek, downlines takkan nak nampak biasa biasa kan.. kena la luar biasa dan kebiasaannya orang akan menilai dari luaran kita dulu baru la kenal hati budi dalaman kita..

kalau nak ikutkan kriteria, memang banyak jenis kasut perempuan kat pasaran.. macam macam la.. kalau korang pening pening nak pilih, meh tengok antara kasut menjadi pilihan wanita kat luar sana yang mungkin korang boleh jadikan panduan mengikut selera korang :

OPEN TOE
bahagian depan terbuka dan mempunyai strip kat belakang.. ada tumit tinggi dan rendah.. 
WEDGE
beginner untuk kasut tumit tinggi ? hee~ boleh try nih sbeab lebih stabil sebab tapak lebih rata..
MOCASSIN
tapak flat lepas tu dia ade macam jahitan karipap kat keliling tu.. hee~ sangat selesa dipakai sebab kakak ade satu warna merah.. kalau agak agak nak berjalan lama / jauh, sarung tu jek.. sesuai untuk semua lapisan umur..
SLINGBACK
ada strip kat belakang kasut tu.. selesa sebab dia grip tapak kaki kita.. tak de la kes kaki terjulur keluar..
BALLET FLAT
tak lapuk dek hujan dan selalu ade permintaan.. hee~ ringan / ringkas / selesa.. macam macam design ade..
PUMPS
gaya formal, tertutup depan dan belakang.. cantik.. hee~ ketinggian tumit tak tetap tapi sesuai untuk semua majlis.. nak pakai g keje pon boleh..
PEEP TOES
dia macam main cak cak plak ha.. hee~ bila pakai nampak la jari kat situ ha tapi tak banyak.. cute kan ? wajib ade nih..
 ANKLE STRAP
tak lapuk dek hujan.. dari dulu sampai sekarang memang ade jek permintaan sebab sangat sesuai untuk semua majlis.. ye.. nak g office pun boleh pakai ni.. ade tumit tinggi dan rendah..

sebab tu, kalau kakak memilih kasut untuk kegunaan berkala, kakak memang akan pilih Vincci dari duuulllluuuuu lagi.. dari zaman baru pandai nak pakai kasut tumit, dari zaman nak pandai berjalan gaya catwalk.. hee~

kalau korang singgah mana-mana shopping mall, mesti akan nampak VINCCI terpampang jelas menayang kasut kasut terbaru rekaan dorang.. kan ? kan ? kan ? dan setiap kali itu jugak kakak akan menyinggah.. tak beli pon tak pe, kita aim dulu mana yang berkenan kat hati.. sampai masa nanti baru beli.. hee~ kenapa kakak pilih Vincci ?

  • harga berpatutan
  • berkualiti ( tahan lama, selagi tak rosak, selagi tu boleh pakai )
  • banyak pilihan
  • trendy
  • selesa
  • sesuai untuk apa-apa majlis
  • selalu ade diskaun !!! yeay !!
dan kalau korang buat pilihan yang betul, kasut korang mungkin lebih menyerlah berbanding aksesori lain.. hee~ eh !! ini serius tau.. tak de main main ni..


hadiah dari encik suami kakak.. hee~ tengok !! hadiah pun kasut Vincci kot.. korang hado ??

tapi kalau korang nak beli pape kasut pun, korang kena mintak staff dorang explain kasut mana yang sesuai dengan korang supaya tak mengganggu aktiviti dan kesihatan.. korang tau la kan kalau kerap pakai kasut tumit tinggi, boleh menyebabkan sakit tulang belakang.. haa.. tapi dengan Vincci, korang jangan risau sebab banyak pilihan menarik.. beli la dua.. satu kasut tinggi, satu yang flats punya.. baru la dapat mix and match mengikut pemakaian korang..

kalau korang tanya kakak, best shoes mampu milik yang kakak akan kekalkan untuk dijadikan koleksi peribadi kakak.. kakak tetap akan pilih Vincci.. hee~ korang tak try lagik,jangan cakap banyak.. ce try dulu nanti baru nilai..

kakak agent Vincci ? hahaha~ tak la !!!! kakak cerita benda betul jek.. kakak sendiri pakai brand Vincci kot..


mulakan langkah pertama pada 2017 dengan yakin !! tak nak ? hee~

28 December 2016

STEP BY STEP ; CARA MUDAH KIRA BONUS SHAKLEE

haa.. mesti ramai orang sekeliling korang dok borak borak pasal Shaklee kan.. hee~ ade tu siap sampai kerat jari keluar darah pun ikut kaler hijau Shaklee.. haa.. jangan main main sebab ade yang makan - minum - tido - shopping - mandi - berak ; Shaklee jugak.. tak de benda lain disebutnya..

asalnya jadi ahli nak dapat harga murah alih alih TER dapat bonus plak.. gile tak terkejut ? terkejut satu hal, happy dah tentu la kan.. baru tau rupanya dengan consume produk kesihatan pun boleh buat duit, hujung jari plak tu.. * ini kakak le.. hee~ * ye la.. sape nak kasik kita RM 200.00, RM 2000.00 atau berapa jek income yang kita nak ? * nih yang kakak nak cerita nih.. baca pelan pelan eh.. faham dan hadamkan.. *


DARI MANA DATANGNYA BONUS SHAKLEE ?

dalam Shaklee, TAK DE bonus untuk sign up ahli baru dan TAK DE bonus untuk pairing yang biasa MLM lain buat tapi bonus diberikan melalui prestasi hasil jualan yang dibuat dan prestasi kepimpinan semata-mata.. telus kan ? halal kan ? hee~


UNTUNG RETAIL

ini paling asas yang semua ahli Shaklee kena tau kalau nak mulakan perniagaan.. format dia [ HARGA JUAL - HARGA KOS = UNTUNG ]

contoh : harga pasaran ( harga jual ) produk A = RM 200.00
            harga ahli ( harga kos ) produk A = RM 85.00
            untung retail daripada produk A = RM 125.00

PERFORMANCE BONUS

a.k.a bonus prestasi.. haa.. nak tau downlines korang ade buat keje atau tak, korang boleh refer sini jek.. hee~ siasat, jangan tak siasat..

PERFORMANCE BONUS ni ade 2 :

  • PERSONAL BONUS ( bonus jualan individu )
  • NET PERSONAL BONUS ( bonus jualan kumpulan )

PERSONAL BONUS

dah sah jadik Pengedar Shaklee ? korang kena tau kelayakan bonus korang supaya tak bertegang urat dengan upline nanti.. hee~ secara tak lansung, produk yang kita beli untuk kegunaan sendiri ataupun untuk dijual, kita akan dapat point yang melayakkan kita dapat bonus.. ala.. kira gaji korang la.. hee~
kalau korang perasan, kat dlaam starter kita yang korang dapat masa daftar jadik ahli tu, ade senarai harga dan setiap produk ada nilai tersendiri yang kita panggil UNIT VALUE ( UV ).. UV peribadi plak dipanggil PERSONAL UV ( PUV ) dan kalau dah jadik leader, ade downlines ( anak-anak ) kita panggil GROUP UV ( GUV ).. syarat minima untuk dapat bonus bila kita dapat kumpul 150UV !! yeay !! dapat la sikit duit poket.. hee~

CARA KIRA PERSONAL BONUS SHAKLEE

Atie = SID dengan 1500PUV
Agness mendaftar sebagai SID di bawah Atie dengan 1000PUV
Mea mendaftar sebagai SID di bawah Agness dengan 500PUV

PUV Atie, Agness dan Mea masing-masing melebihi 30PUV, dan semua layak dapat bonus !! yeay !! boleh shopping..

GUV Atie = 1500 + 1000 + 500 = 3000 ( layak bonus 21% )
GUV Agness = 1000 + 500 = 1500 ( layak bonus 14 % )
GUV Mea = 500 ( layak bonus 8 % )

jadik !!

Atie dapat PERSONAL BONUS sebanyak RM 976.50
Agness dapat PERSONAL BONUS sebanyak RM 434.00
Mea dapar PERSONAL BONUS sebanyak RM 124.00

yeay !! dan mereka pun boleh shopping bersama-sama.. hahahaha~ bestkan ? nak lagi tak ? bonus seterusnya..


NET PERSONAL BONUS

untuk memastikan TIADA UNSUR PENINDASAN berlaku !! hee~ NET PERSONAL BONUS TIDAK AKAN DIBERIKAN jika upline mendapat peratusan bonus lebih rendah atau sama dengan downline-nya.. jadik !! upline memang kena keje keras berbanding downline untuk mendapatkan NET PERSONAL BONUS nih.. padan muka upline !! * sebab tu kakak cakap dalam bisnes Shaklee, upline yang keje teruk.. bukan downline.. dan downline, sila naik upline kalau nak merasa bonus kepuk kepuk.. *

NET PERSONAL BONUS ni dikira dari PUV organisasi kita sehingga generasi ke - 6 SAHAJA selagi dorang dok dalam 'personal group' kita.. dan peratusan bonus yang kita terima kaan berkurangan kalau downline kita mengambil semula HAK mereka dalam PERSONAL BONUS masing-masing..

CARA KIRA NET PERSONAL BONUS SHAKLEE

Atie = SID dengan 1500PUV
Agness mendaftar sebagai SID di bawah Atie dengan 1000PUV
Mea mendaftar sebagai SID di bawah Agness dengan 500PUV

Atie mendapat NET PERSONAL BONUS sebanyak :
  • 7 % ( 21 % - 14 % ) daripada Agness = RM 217.00
Atie mendapat NET PERSONAL BONUS sebanyak :
  • 13 % ( 21 % - 8 % ) daripada Mea = RM 201.50
Agness mendapat NET PERSONAL BONUS sebanyak :
  • 6 % ( 14 % - 8 % ) daripada Mea = RM 93.00
hah ? ape ni ? banyak nye !! hee~ nak tau lagik ??

NOTA CHENTA KITA KE HATI AWAA : sekiranya Agness atau Mea telah mendapat PERSONAL BONUS sebanyak 21 % dan melayakkan mereka menjadi leader ( supervisor ), Atie TIDAK MEMPUNYAI HAK untuk mendapatkan NET PERSONAL BONUS daripada mereka sebaliknya Atie akan mendapat LEADERSHIP BONUS..

hah ? LEADERSHIP BONUS ? apetu ?

LEADERSHIP BONUS

BONUS KEPIMPINAN yang boleh dituntut sehingga generasi ke - 6 sahaja.. lebih dari angka 6 tu, tak layak dah.. hee~ sorry..

kalau korang bukak www.shaklee2u.com, korang boleh pantau perkembangan dan prestasi downlines korang yang dah EFFECTIVE ( yang dah jadik SUPERVISOR ) sebab dorang yang dah jadik SUPERVISOR dan ke atas dimasukkan dalam kumpulan BREAKAWAY summary..

kenapa panggil BREAKAWAY ??? haa.. sebab dorang dah leader kot, dah ade organisasi masing-masing dan secara tak lansung akan terputuslah hubungan / rantaian / silaturrahim ( ini tak !! hahahaah~ ) dari segi GUV.. haa.. jadik, sebagai mentor * cececece-- * kita TAK LAYAK untuk claim NET PERSONAL BONUS macam kat atas nun tapi kita akan dapat LEADERSHIP BONUS jek daripada leader-leader yang kita dah lahirkan dalam organisasi kita..

LEADERSHIP BONUS ni hanya boleh dituntut daripada generasi PERTAMA hingga ke - 6 dalam organisasi kita jek.. ini adalah bonus terbesar dalam Shaklee sesuai dengan matlamat Shaklee untuk melahirkan seramai mungkin BUSINESS LEADER.. 

  • LEADERSHIP BONUS Senior Supervisor sehingga generasi ke - 3
  • LEADERSHIP BONUS Coordinator sehingga generasi ke - 4
  • LEADERSHIP BONUS Senior Coordinator sehingga generasi ke - 5
  • LEADERSHIP BONUS Senior Key Coordinator sehingga generasi ke - 5
  • LEADERSHIP BONUS Master Coordinator sehingga generasi ke - 6
hah ? 2 % - 5 % tu sikit ? em.. nampak macam sikit kan ? TAPI !! semakin ramai leader yang korang lahirkan, semakin banyak la LEADERSHIP BONUS korang.. hee~ amacam ? berapa orang leader yang korang nak lahirkan ni ? 10 ? 20 ? 63 ? 92 ? korang la tetap kan..

SISTEM PEMBAYARAN BONUS SHAKLEE TAK BOLEH DITIRU ?


hah ? like seriously ? sampai macam tu sekali ? dahsyat btol Shaklee nih.. banyak btol duit dorang nak bayar untuk patent kan sistem bonus dorang ni.. haish.. hee~ ye.. faktanya itu la itu.. siapa tiru sistem pembayaran bonus Shaklee ni, boleh kena saman weyh.. 


dan Shaklee belum pernah lagi gagal membuat pembayaran bonus kat ahli-ahli yang layak tau.. dah la kukuh, selamat, produk pun terbaik di dunia, sentiasa ada permintaan dan paling penting berintegriti.. sebab tu kakak sendiri boleh bertahan dengan Shaklee.. hee~

ya.. kakak suka kan persaingan tapi persaingan yang sihat.. dengan Shaklee memang tak de penindasan antara satu sama lain.. siapa pun upline ko, sape pun downline ko.. kitorang kembang bersama-sama.. tak lokek ilmu, tak lokek tips.. apetah lagik nak caras prospek atau customer.. tak de..


ntah !! kakak percaya langkah pertama yang kakak amik untuk kekal dalam Shaklee adalah langkah paling tepat yang kakak amik sebab kakak dapat ape yang kakak nak.. semua dengan Shaklee, kakak dapat realisasikan impian kakak yang dah lama tertinggal kat belakang.. korang ade impian ? tak teringin nak capai impian korang ? ke korang memang tak pernah terfikir pasal impian ? ke korang memang okay jek dengan ape yang ade sekarang ?

27 December 2016

APA KANDUNGAN VIVIX SHAKLEE SEHINGGA HARGANYA MENCECAH RATUS RINGGIT UNTUK SEBOTOL KECIL ?

bila cerita pasal Shaklee, selain pelbagai set untuk wanita, orang akan tertancap pada satu perkataan iaitu VIVIX si sirap merah ajaib.. hee~ kemahen !! nama nak grand saje.. ye.. orang akan tanya "kenapa VIVIX mahal ?" dan ini yang kakak nak ceritakan ni.. APA KANDUNGAN VIVIX SHAKLEE SEHINGGA HARGANYA MENCECAH RATUS RINGGIT UNTUK SEBOTOL KECIL ?

ni kisah lanjutan dari entri JUS ANGGUR PALING MAHAL TAPI BERBALOI, FAKTA TENTANG SIRAP AJAIB SHAKLEE dan GOODBYE KENCING MANIS yang mencecah entri paling hit selama kakak menulis.. jom la kita baca teru fakta, malas plak kakak nak merepek meraban tah pape.. korang bukan baca sangat pon.. senyum pon tak.. hee~

APA ITU VIVIX SHAKLEE ?

juga dikenali sebagai SIRAP SHAKLEE yang juga merupakan minuman kesihatan yang terdiri daripada campuran empat sumber botani iaitu :
  • anggur muscadine
  • polyganum cuspidatum
  • lobak ungu
  • elderberry
yang menjadikan Vivix supplement anti penuaan terbaik di dunia dengan pengesahan 100 % asli dan semulajadi tanpa bahan pewarna tiruan.. 

APA ITU RESVERATROL ?

resveratrol adalah sejenis antioksida - polifenol yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan dan kekacang.. manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi.. resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel sel daripada jangkitan virusa dan bakteria..

KESAN UTAMA RESVERATROL

  • melindungi dan mengaktifkan mitokondria - setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai "kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel".. selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel dan organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan..
  • mengaktifkan gen anti-penuaan ( sirtuin 1 ) - sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalah neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardiovaskular dan apabila gen sirtuin 1 diransangkan oleh resveratrol, ia akan :
    • mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
    • mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser
    • melanjutkan jangka hayat - penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.
    • meningkatkan daya ketahanan - bagaimana meningkatkan daya ketahanan ? dengan resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan secara tak lansung daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini..
    • membina daya ketahanan terhadap kanser :
      • FASA PERTAMA- mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik
      • FASA PERTUMBUHAN - mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser
      • FASA PERTUMBUHAN PESAR - mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser

VIVIX SHAKLEE TAHAN BERAPA LAMA ?

kandungan dalam sebotol Vivix adalah 150ml dan ia adalah cecair warna merah pekat yang mempunyai rasa sedikit masam - manis - kelat.. hah ? macamana rasanya tu ? hee~ kakak pun tak tau cemana nak explain tapi lebih kurang gitu la rasanya..

sebotol Vivix boleh tahan dua bulan ATAU lebih bergantung pada cara pengambilan sebenarnya.. mengikut kesesuaian penyakit dan masalah yang dihadapi.. ye.. sebotol cinonet tu boleh tahan lama sebab makan pun sikit sikit jek, bukannya tonggang sebotol macam kita minum air berkarbonat tu..

walaupun ade jek SID yang memang suka dangat dengan Vivix dan tindakbalas Vivix terhadap tubuh badannya sampai boleh habis sebotol sehari, tapi seeloknya ikut cara pengambilan yang disyorkan.. takut nanti semua sel sel badan terkejut.. haa.. jangan di cuba cuba ya..

SIAPA KENA CONSUME VIVIX SHAKLEE ?

kalau ikutkan, semua pun boleh jek nak amalkan Vivix nih tapi siapa yang sakit diberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah kesihatan dengan memperbahrui sel sel yang dah mati atau rosak di dalam badan..


KELEBIHAN VIVIX SHAKLEE

  • menggalakkan penuaan yang lebih sihat, awet muda dan anti penuaan
  • membantu mengelakkan kanser - memberi tenaga melawan kanser, merencatkan sel kanser dari terus merebak
  • menurunkan risiko sakit jantung dengan melindungi jantung dan menggalakkan jantung bekerja dengan lebih efisyen
  • mengawal tekanan darah
  • mengurangkan komplikasi kencing manis / diabetis
  • menyokong kesihatan sendi dan saraf termasuk bell parsy
  • melambatkan simptom azhameir
  • membantu pesakit parkinson
  • membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok dan angin ahmar
  • meningkatkan kekuatan sistem imun 
  • menyahtoksin dari badan dan membantu mengurangkan habit merokok
  • menggalakkan kesihatan keseluruhan badan
  • mencantikkan dan meremajakan kulit
  • membantu proses menurunkan berat badan dan detox dengan lebih berkesan

FUNGSI DAN CARA VIVIX BERTINDAK

1 : MEMPERBAIKI SEL DNA
  • setiap saat, setiap sel badan kita silih berganti dan ada yang setiap 30 hari, ada pula yang setiap 60 hari.. proses ini adalah normal namun DNA kita mungkin mengalami kerosakan akibat radikal bebas yang menyebabkan proses penuaan menjadi lebih cepat sebelum waktunya..
  • Vivix sangat sesuai diambil untuk membantu memulihkan pesakit kanser dengan mengembalikan sel yang telah mati dan rosak kepada sel yang kuat dan sihat..
2 : PENGAWALAN GENETIK / PENUAAN
  • pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur sel dan ujian klinikal yang telah dilakukan berjaya membuktikan ramuan Vivix telah mengaktifkan datu kawalan genetik utama dan hasilnya melambatkan penuaan di tahap sel..
3 : MEMPERBAIKI TENAGA SEL
  • mitochondria adalah penjana tenaga di dalam sel jika peranan mitochondria menurun, tenaga sel turun menurun.. jadi sel jadi tidak bertenaga untuk melawan penyakit juga melakukan fungsi fungsi normal..
  • fungsi Vivix adalah menggalakkan pembetukkan tenaga baru mitochondria seterusnya membantu meningkatkan tahap tenaga di dalam sel juga.. kesannya, fungsi otak, sistem kardiovaskular, imun dan sendi juga berfungsi lebih efisyen..
4 : PENIMBUNAN PROTIN AGE
  • protin AGE adalah bendasing yang terhasil akibat dari lebihan GULA dan protin.. penimbunan berlebihan protin AGE boleh menyebabkan kerosakan sel dan mempengaruhi keutuhan sel dan jangka hayat sel.. ramuan Vivix dengan 10 kali ganda lebih kuat dari hanya resveratrol berjaya melambatkan pembetukan protin AGE..
nah !! tengok ni.. ahli sukan yang hampir lumpuh yang telah mendapat manfaat dari Vivix Shaklee..


BERAPA HARGA SEBOTOL VIVIX SHAKLEE ?

harga sebotol Vivix ialah RM 485.00.. mahal ke ? hee~ boleh tahan berpeluh jugak la kalau dah tau harga macam tu kan ? chill.. baca dulu, jangan buat andaian sewenangnya sebab kakak ade cara untuk korang dapat harga lebih murah dari itu !! caranya ? ya.. pandai !! dengan jadi ahli Shaklee, korang akan dapat penjimatan sehingga 20 % !! * okay.. sekarang boleh kira kira berapa harga ahli untuk sebotol Vivix.. hee~ *

nak jimat lagik ? haa.. amik 2 botol terus dan korang layak dapat FREE membership, FREE postage dah tu siap dapat bonus lagik pada bulan berikutnya.. haish.. dah habis best tu..

nak tau kelebihan jadi ahli Shaklee ? 
dah ready nak jadi ahli dan dapatkan pelbagai manfaat lain yang disediakan oleh pihak Shaklee ? haa.. boleh bukak SINI untuk booking tempat korang.. dan kalau ade pape pertanyaan lanjut, boleh terus whatsapp kakak kat 017 309 1865..

KALAU DAH MINAT ; DARI RUMAH PUN BOLEH BUAT DUIT

kakak, kalau dah dapat menghadap laptop memang tak makan pun tak pe.. hee~ kenyang lain macam lagi lagi kalau dapat mekeover blog kengkawan.. haa.. dia punya kenyang tu lain macam.. serius tau.. hee~ awal dulu kakak buat suka suka jek.. tak mintak pape upah pun sebab nak tau gak bakat kakak cemana.. 

tapi bila dah banyak permintaan, kakak try la carik makan sikit.. buat simpan simpan mana tau cukup duit nak pergi umrah ke kan.. hee~ sebab hasil duit nih memang kakak ade pasang niat sket..










( owner dah tukar font header.. hee~ )



hee~ baru nih jek job yang kakak dapat dari member-member.. untuk pemilihan kaler ke, tema ke, font ke, header ke.. kakak akan tanya dan mintak pendapat dari dorang dan nasib kakak sangat baik kot, semua nak yang paling simple dan senang nak access.. tanak a buffer sampai ke sudah sebab berat dengan macam-macam widget.. kan ? tak friendly user la gitu..

in shaa Allah.. kalau berkesempatan, akak akan monitor blog yang kakak buat selama seminggu dan dalam masa seminggu tu jugak la segala teknik blogging, keyword, edit, resizing, tips penulisan seme kakak akan ajar.. tapi kena tanya la.. kakak mana tau bahagian mana yang korang nak tau.. kan ? hee~

kakak memang memilih dan sebelum kakak amik pape job, kakak akan cek SEO blog tu dulu.. haa.. kalau memang kakak kena upgrade, kakak buat.. dah tu mana yang penuh sampah sarap dengan widget tah pape, memang kakak akan buang tapi lepas perbincangan dua hala la.. idok le blog korang, kakak buat macam harta kakak.. 

berapa ringgit ?
  • hat tu kena bincang kat whatsapp la sebab kakak tak tau korang nak yang macamana tapi yang paling BASIC, kakak amik RM 80.00.. yang memang setakat nak tukar background ( SEO friendly dah tentu la kan.. ), masukkan header, save / delete widget perlu, social media icons, mobile friendly, basic plugins..
kakak amik tempahan header blog ke ?
  • kalau ade permintaan, kakak buat jek.. hee~ memang tak tolak.. benda boleh bincang kot.. hahahaah~ kakak guna Adobe Illustrator + Adobe Photoshop.. ikut mood kakak time edit tu la.. kadang datang sengal kakak, kakak pakai paint jek.. ini serius !! kalau korang perasan, bila masuk jek bulan baru, akan ramai SID pasang header kat profile facebook / fanpage dan rata rata gambar tu adalah hasil kakak !! bangga weyh orang guna hasil keje kita.. hee~
kalau baru nak start cemana ?
  • kalau korang memang tak pernah ade blog, kakak lagi senang nak handle.. hee~ ibarat jaga baby yang blom pandai pape la kan.. kain putih dan kakak yang akan mencorakkannya.. a.. gittew-- asalkan ade akaun gmail, semua boleh jalan.. jangan risau.. benda boleh bincang..
blogspot atau wordpress ?
  • haa.. ini susah sket nak jawab.. hahaha~ kakak kan memilih ( kakak dah cakap tadikan.. ) kakak hanya buat untuk blogspot jek sebab itu niche kakak.. kang kalau korang guna wordpress, tapi kakak tak pandai nak guna ( walaupun orang kata senang ) nanti jadik lain.. dah korangp lak marah kan kakak.. tak best la kan.. baik kakak buat ape yang kakak pakar.. 
kelas blog ?
  • pheewww-- in shaa Allah.. one fine day.. doakan kakak ye..
tahun 2017 akan jadi tahun yang sangat mencabar untuk semua.. bukan kakak jek.. dan mana ada peluang dan ruang, korang grab jek.. jangan tengok orang lain kaya tapi korang kena usaha untuk kaya sama sama dengan dorang.. dan lapangan blogging sangat luas.. serius.. sangat !!! 

KLIK SINI JUGAK --> ATIE @ WORK

jangan segan nak tanya pape kat kakak.. tau.. whatsapp jek kat 017 309 1865.. kakak akan jawab sebaik mungkin dan se--rasional semampu kakak.. 


21 December 2016

8 MAKANAN DAN MINUMAN YANG MENGANDUNGI KAFIEN DAN KESAN PENGAMBILANNYA TERHADAP IBU HAMIL

huu~ sebak btol bila kakak baca tajuk entri kali nih.. konon nak santai santai jek tapi nak menitik air mata macho kakak.. hahahaha~ apsal la semua makanan / minuman yang sedap sedap tinggi kafien ?? adoi.. cannot go la bila nak menaip entri nih..


oh !! my SHAKLEE !! biar betul kafien adalah sejenis dadah !! aduh !! sakitnya tu di sini di dalam hatiku~~~ 

haa.. chill.. chill.. ya.. memang kafien adalah sejenis dadah yang tehasil secara semulajadi dalam bentuk daun dan juga biji dari beberapa jenis tumbuhan.. tiruan ? haa.. sedangkan supplement yang korang makan tu pun ade yang tiruan, apetah lagik setakat kafien nih.. hee~ ye.. ada jugak yang tiruan yang dihasilakan sebagai bahan penambah perisa dalam sesetengah makanan..

kafien juga dikenali dengan nama saintifiknya trimetilxantina dalam keluarga metilxantina.. bahan ini berbentuk serbuk yang berwarna putih dan rasa sedikit pahit.. bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah theophylline yang terdapat dalam daun teh dan theobromine yang ada dalam biji koko..

ramai orang fikir yang kafien hanya ada dalam kopi jek, tapi slaah tu.. hee~ kafien pun ade dalam biji kopi ( coffee arabica ), daun teh ( thea sinensis ) dan biji koko ( theobroma cacao ) dan juga didapati dalam lebih 60 jenis tumbuhan lain antaranya pokok guarana ( paullinia cupana ) yang terdapat di Amazon..

kafein juga digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit dan antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma.. sifat kafein yang merangsang dan diuretik mengakibatkan kenaikan tekanan darah dan kadar pergerakan jantung yang tinggi serta kekerapan untuk kencing..

1 : MINUMAN BERKARBONAT
  • ya !!! minuman berkarbonat mengandungi kafien dan minuman oren yang berkarbonat biasanya mempunyai kandungan kafien paling tinggi ia itu 41mg

2 : COKELAT

  • kafien ada secara semulajadi dalam biji koko sapai semua jenis cokelat ada kandungan kafien.. gula-gula cokelat mengandungi kafien kurang dari 10 miligram tapi, semakin gelap cokelat, semakin tinggi kandungan kafien !!
  • produk cokelat yang tinggi kafien tambahan mengandungi kafien sehingga 60 miligram, hampir sama dengan kafien dalam secawan teh..

3 : AISKRIM
  • kesemua airkrim berperisa kopi dan cokelat mengandungi 30 - 45 miligram kafien yang hampir sama dengan setin minuman berkarbonat..

4 : PIL TURUN BERAT BADAN
  • kafien memang tak membantu lansung dalam usaha menurunkan berat badan tapi PIL diet mengandungi kafien dalam jumlah yang besar..
  • pada tahun 2005, ConsumerLab telah melakukan analisa terhadap dos harian ubat diet jenis Zantrex-3 mengandungi kafien hampir sama dengan kafien pada 12 cawan kopi..

5 : UBAT TAHAN SAKIT
  • sedikit kafien boleh mengurangkan sakit kepala, tapi kafien dalam jumlah yang besar akan mengakibatkan bahaya terhadap kesihatan !! pil pelega kesakitan menggunakan kafien dalam jumlah yang besar untuk mengurangkan rasa sakit..
  • dua tablet Excedrin ( pelega sakit migrain ) mempunyai 130 miligram kafien yang sama juga dengan secawan kopi..
  • sebab tu sebelum ambil apa-apa ubat, kena baca kandungan dan baca arahan pada bungkusan ubat atau mintak pendapat dari doktor yang bertauliah..

6 : MINUMAN PENAMBAH TENAGA


  • beberapa minuman penambah tenaga mengandungi kafien sama banyak dengan secawan kopi..

7 : PENYEGAR NAFAS
  • dua biji gula gula penyegar nafas mengandungi kafien yang sama dengan secawan kopi..

8 : KUACI


  • kuaci dari biji bunga matahari mengandungi folat, vitamin B6 dan vitamin E.. tapi !! satu hidangan kuaci mengandungi 140 miligram kafien yang lebih kurang sama dengan empat tin minuman berkarbonat..
** 8 Senarai Makanan Dan Minuman Mengandungi Kafein ini dikongsikan dari 
Majalah Health, Rabu (11/4/2012)

KESAN KAFIEN TERHADAP IBU HAMIL

menurut beberapa kajian, jumlah kafien yang selamat untuk diambil oelh ibu hamil adalah sebanyak 200 miligram sehari bersamaan dengan dua cawan kopi - dua cawan teh - enam tin coca Cola - empat bar cokelat 50 gram.. ibu hamil yang mengambil lebih dari 200 miligram kafien mempunyi risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi kurang berat badan sehingga 200 gram berbanding ibu hamil yang tidak mengambil kafien ataupun mengambil kafien dalam kuantiti yang rendah..


antara kesan sampingan lain yang mungkin diakibatkan oleh pengambilan kafien yang terlampau banyak ialah :
  • keguguran
  • gula tinggi dalam darah ( diabetes ketika hamil )
  • obesiti ( ibu dan anak )
  • masalah keputihan ketika hamil
  • rambut gugur
untuk mengelakkan ksemua masalah yang berkemungkinan terjadi sepanjang kehamilan, tahan la sikit selera tu.. hee~ 9 bulan 10 hari + 44 hari berpantang JEK-- lepas tu nak minum, minum laa..

walaupun kesan kafien berbeza-beza antara pengguna, pengamal perubatan menasihatkan supaya tidak mengambil lebih dari 100 miligram kafien sehari, lebih kurang satu cawan kopi sehari.. haa.. kalau boleh elak untuk kebaikan, tak salah kan.. buat rasa rasa tu tak pe la, tapi kalau dah togok macam minum air masak ape cerita plak nye kan..

19 December 2016

SAYA MAKAN SAYUR ; SAYA SIHAT !! AWAK ?

bila cakap pasal kesihatan, orang selalu kaitkan.. 

"haa.. tu la.. tanak makan sayur.."
"sebab tu kulit ko tak cantik, tak makan sayur.."
"ala.. sembelit tu biasa la.. sebab tak makan sayur.."
"tu tak makan sayur la tu, tengok rambut dia dan botak.."

hahahah~ kan ? kan ? dan kalau dengan anak kecik, selalunya macam ni..

"kalau abang tak makan sayur, nanti lambat tinggi.. kawan kawan semua tinggi dah.."
"adik kena la makan sayur, nanti kulit cantik macam Neelofa.."
"siapa tak makan sayur, tak boleh pergi mandi swimming pool.."

hee~ kan ? kan ? mesti ade yang kerap keluarkan dialog yang berkaitan dengan sayur lagi lagi masa nak suap anak makan.. memang dah jadik skrip drama harian.. tapi.. tau tak dengan skrip drama tu tersimpan sejuta rahsia yang mungkin korang pun tak pernah nak amik berat.. ye.. tau tu memang dah tau la, tapi macam "ala.. basuh jek la.. nanti hilang la racun nye.."


dah makan sayur, tak payah dah makan supplement.. hee~ ye ke ? yakin sangat ni.. jom kita cek pulak ape khasiat dari sayur yang membantu korang untuk tolak supplement dan sejauh mana konsistensi korang makan sayur mengikut keperluan badan..


kalau ikut graf yang pakar pemakanan share nih, untuk wanita dan lelaki berusia 19 - 50 tahun memerlukan 7 - 10 hidangan bersayur / buah-buahan SETIAP HARI.. dan leafy vegetables ( sayuran berdaun ) lebih kurang setengah cawan untuk yang sudah masak + 1 cawan yang mentah !! hee~ korang ? cemana ? cukup tak ? cukup tak ? okay.. tak payah jawab sebab tau.. memang tak cukup punya..

dan kalau cukup pun, korang rasa sayur tu seme selamat ke ? haa.. kalau selamat makan tu memang la sampai ke perut, maksudnya.. selamat atau tidak dimakan ? tak kisah la makan mentah ke, masak dulu ke.. mana mana jek.. 

jom !! kita explore sikit..
terdapat beberapa kelas racun perosak dalam istilah Inggeris yang berakhir dengan "cide", yang berasal daripada perkataan Latin bermaksud "untuk membunuh" seperti racun serangga ( insecticide ) yang digunakan untuk membunuh serangga, racun rumpai ( herbicide ) untuk mengawal rumpai, racun kulat ( fungicide ) untuk membunuh kulat patogen dan racun bakteria ( bactericide ) untuk membunuh bakteria dengan bertujuan menjaga kualiti dan kecantikan tanaman dari serangan makhluk perosak.. wink wink.. dan ianya bukan sesuatu yang pelik untuk kebanyakan negara maju yang membekalkan sayuran segar setiap hari kepada penduduk..
ia dapat meningkatkan keuntungan petani / penternak dengan penghasilan produk yang berkualiti dan banyak.. kandungan nutrisi produk meningkat dan tetapi tahap kualiti produk belum tentu selamat untuk dimakan walaupun pengeluaran bahan makanan dalam negara terus kekal meningkat dimana nilai eksport negara juga naik hasil jualan produk makanan.. 

TAPI !!! penggunaan racun perlu dikawal dengan ketat untuk semua peringkat bermula dari pembuatan, pengedaran, penjualan, pengiklanan, pembelian, penyimpanan, penggunaan dan keselamatan lepas tuai ( post harvest interval ).. kegagalan dalam sistem rantaian tersebut akan menyebabkan berlakunya bencana kepada semua pihak sekiranya tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan penggunaan yang salah dan menyebabkan kesan racun terus kepada pengguna.. semua peringkat perlu faham peranan masing-masing terutama diperingkat pengguna seperti petani atau penternak yang terdedah terus dengan racun tersebut.. pengendalian menyimpan, pengguna dan memetik hasil lepas tuai mestilah mengikut peraturan pada label.. 

amacam ? yakin dah sayuran harian yang kita makan tu BERSIH dan SELAMAT ? hee~

korang pilih mana ? sayuran dari pasar yang nampak cantik tapi belum tentu SIHAT atau sayuran yang korang tanam sendiri ? atau memang tak payah makan sayur lansung ? senang.. tak payah nak fikir panjang.. hee~


ini realiti sayur dan buah yang kita makan.. hee~ kita nak nafikan atau pejam mata dan buat buat tak nampak.. asalkan makan jek sayur.. lain lain punya hal tolak tepi..

KELEBIHAN SAYUR ORGANIK

kalau takutkan kemungkinan yang bakal berlaku, kenapa tak pilih jalan lain ? hee~ tanam la sendiri !! yeay !! best kan kalau dapat bercucuk tanam lepas tu hasil tuaian dapat plak buat juadah.. haish.. best.. hee~ jom kita tengok ape kelebihan makan sayur organik..

1 : KANDUNGAN GIZI YANG TINGGI
  • "penelitian yang di sampaikan organic.org menunjukkan hasil, bahawa sayuran organik mengandung 27 % vitamin C, 21,1 % zat besi , 29.3 % magnesium, 13,6 % fosforus, dan 18% polyphenol.."
2 : LEBIH SEGAR DAN TAHAN LAMA

3 : BAIK UNTUK PERKEMBANGAN ANAK-ANAK

  • American Academy of Pediatrics / AAP ada menyebut bahawa sayuran organik berpotensi mengurangkan risiko jangkitan pada anak-anak terutamanya bakteria yang kebal terhadap ubat-ubatan..
4 : TINGGI ANTIOKSIDAN
  • sayur organik memiliki 50 % lebih banyak antioksida berbanding sayur bukan dari tanaman secara organik dimana kandungan ini dapat menurunkan risiko penyakit kanser..
5 : MENGELAKKAN PENCEMARAN UDARA
  • kalau dah nama pun organik, terang terang la tak pakai bahan kimia kan.. hee~ sekaligus dapat meminimakan pencemaran udara..


apa yang kita makan harini, akan bagi kesan pada tubuh badan kita nanti nanti.. sebab tu kena pilih yang terbaik sebab badan nak pakai lama kan dan taknak la bila sampai saat 'pulang' nanti banyak kerosakan yang kita dah buat kat badan ni.. tak best kan.. macamana pulak kita nak menghadap Dia kat sana.. 

sama jugak dengan pemilihan makanan tambahan harian yang kononnya untuk jaga kesihatan tapi dalam diam memudaratkan kesihatan.. haa.. apecer ??? hee~

cuma dengan label Shaklee, kami menitik beratkan soal kesihatan dan kami ( kakak pon !!! ) percaya, kalau kita sihat bukan cantik jek kita dapat tapi kebahagiaan dan lebih beruntung dapat membahagiakan.. ini bukan omongan kosong sebab vitamin Shaklee dah berjaya merawat pelbagai penyakit yang pesakit carik ( ye la.. carik penyakit la kan kalau tak jaga kesihatan.. hee~ lepas tu lompat lompat supplement.. macam main dam ular.. ) dan lepas tu tergantung tanpa penjelasan.. kesian badan weyh..


BACA SINI --> JANGAN RISIKOKAN MASA DEPAN KORANG !!

hee~ tak pe.. keputusan kat tangan korang dan korang pun bukan calang calang orang.. bijak - pandai - berpendidikan - cerdik - cantik.. eh !! semua yang baik baik la ade kat korang.. dan sebab satu keputusan korang, mampu mengubah segalanya.. a.. gittew--

jadik !!
makan sayur kat pasar atau tanam sendiri ?
makan sayur atau makan supplement ?

sayur kena makan..
supplement pun kena makan..

belum tentu korangmampu konsisten untuk makan sayur setiap hari dengan kuantiti yang cukup.. dan belum tentu sayur yang korang makan BESIH SUCI MURNI.. hee~