5 JENIS MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN OLEH PESAKIT ASMA

penyakit asma memang dah fames sangat dah kan ? jadik, kakak tak payah ulas lebih lanjut la pasal penyakit tu.. ye.. hee~ walaupun masih berkaitan dengan penyakit asma, tapi kakak nak share kalau kalau korang kenal sesape yang ada masalah asma.. haa.. share la artikel nih kat dorang eh.. mana la tau kot kot dorang tak tau ke kan..

nak kakak carita pasal asma jugak ? hee~ dah agak dah.. ye la.. ye la.. long story, make short okay..




asma adalah disebabkan oleh keradangan pada tiub bronkial dengan meningkatkan pengeluaran rembesan lendir dalam saluran pernafasan.. pesakit asma biasanya akan mengalami  saluran pernafasan menjadi ketat, panas, atau penuh dengan lendir yang menyebabkan sukar untuk bernafas secara normal..



SIMPTOM ASMA

1 : kerap batuk terutamanya pada waktu malam

2 : mudah sesak nafas

3 : cepat letih

4 : berdehit atau batuk selepas melakukan aktiviti berat

5 : cepat marah dan murung

6 : perubahan fungsi dalam paru-paru mengikut ukuran yang diukur pada meter lairan

7 : tanda - tanda selesema atau alahan seperti :
  • bersin
  • hidung berair
  • sakit tekak
  • sakit kepala

8 : susah nak tidur


kalau nak cakap pasal aktiviti luar yang menjadi punca serangan asma, macam tak plak kan.. sebab ada jek pesakit asma terkena serangan di rumah atau di pejabat.. kiranya.. tak kira tempat la kalau nak kena.. 




1 : ACAR

sumber : VERO AT HOME
haa.. tak kenal acar ? hee~ acar adalah sejenis makanan yang sudah dijerukkan dan kebiasaannya diperbuat daripada buah atau sayur-sayuran.. segala apa jenis makanan yang telah menjalani proses penjerukan secara automatik akan mengandungi zat sulfur.. zat sulfur nih la menjadi punca serangan asma..


2 : BUAH-BUAHAN KERING
  • tak kisah la apa jenis buah pun tapi buah yang dah menjalani proses pengeringan dan diolah menjadi kismis, ceri, jeruk, aprikot dan sebagainya.. ala.. buah yang kecut kecut tu.. hee~ sebab ? kehadiran pottasium bilsulfate dan natrium sulfit semasa proses pengeringan boleh mengganggu saluran pernafasan..

3 : KENTANG GORENG
  • kalau korang pesakit asma atau ada sejarah menghidapi asma, berhentilah dari pengambilan sebarang kentang goreng.. hee~ kebanyakan kentang goreng digoreng dengan bahan-bahan yang membahayakan penderita asma seperti MSG dan garam.. kalau teringin jugak, guna ubi kentang dan buat sendiri kentang goreng tanpa bahan MSG dan garam.. tau.. tu kalau betul betul teringin laa..



4 : KEKACANG
  • walaupun tak semua, tapi hampir kesemua pesakit asma akan mengalami alahan pada kekacang / makanan berasaskan kacang.. semua jenis kacang mengandungi sifat semulajati yang menyebabkan racun mudah masuk ke dalam badan dan pesakit asma sangat fragile.. kalau dah makan kacang, senang plak kena serangan asma nanti.. cane ? baik elakkan la eh..

5 : TELUR
  • tapi !! bukan semua pesakit asma alah pada telur tau.. cuma tak boleh la nak makan banyak banyak.. hari hari telur, lama lama bertelur nanti.. hee~ 

BACA SINI --> PENAWAR PENYAKIT ASMA


buat pemilihan makanan yang betul.. kalau dah sakit tu, buat cara sakit.. ye.. hee~ tapi kalau korang nak rawat masalah saluran pernafasan sempit nih, boleh hubungi kakak dan kakak akan bagi tips lain untuk korang kekal sihat.. in shaa Allah.. kat dunia ni ada macam-macam penyakit dan tak da satu penyakit pun tak de ubat.. kecuali mati.. takkan nak tunggu dah kronik baru nak rawat.. kan ?


LOVE ;
ATIE ADNAN

No comments:

Powered by Blogger.