31 March 2017

BOLEH KE MAKAN VITAMIN YANG DAH EXPIRED ?

semalam.. memang kira HOT TOPIC kat dalam group kakak haa.. supplement dah luput tarikhnya !!! alamak !! nak buat ape ni ? takkan nak buang kot sebab baru jek beli minggu lepas.. kenapa kaunter jual supplement yang dah - nak - luput - tarikhnya ? adoi.. macam macam hal dan kerenah nak kena jawab ni.. hee~ BOLEH KE MAKAN VITAMIN YANG DAH EXPIRED ?

vitamin yang dah tamat tempoh tak basi macam makanan dan tak bertukar menjadi racun.. tapi kalau korang pengamal supplement yang konsisten makan vitamin ikut jadual, jarang la berbaki lama sampai langkah ke tarikh luput..

kalau orang salah faham, memang dah kena maki dah ni.. kan ? kawan tak kawan, asal plak jual barang dah nak tamat tempoh.. hee~ chill.. tak tergamaknye kitorang ( read : SID ) nak menipu mana-mana pihak..


BAIK SEBELUM vs. GUNA SEBELUM

rupa-rupanya ada perbezaan tau.. memang bunyi macam simple jek tapi ada maksud dan tujuan yang kita semua kena faham..


baik sebelum :
ada kaitan dengan kualiti makanan


guna sebelum :
berkaitan dengan keselamatan produk


makanan dalam tin, makanan frozen dan cokelat menggunakan 'baik sebelum' dan tidak menggunakan terma 'guna sebelum' - bermaksud ianya selamat dimakan selepas tarikh tertera selagi tak de bau pelik atau nampak lain macam ( ya.. gunakan judgement sendiri jugak eh.. ) mungkin la da tak brape sedap tapi boleh buat keputusan sendiri samada nak makan atau pun tak..

'guna sebelum' plak berkaitan dengan keselamtan makanan dan biasanya dilihat pada daging dan produk tenusu.. makanan macam ni biasanya memang kena buang / tak boleh makan dah dan mungkin mengakibatkan keracunan kalau korang makan jugak..


VITAMIN SHAKLEE SELAMAT KE ?


untuk pengetahuan korang seme, produk lShaklee adalah kategori BEST BEFORE a.k.a BAIK SEBELUM.. ha.. * scroll atas balik dan baca pasal BAIK SEBELUM * selagi tak berbau pelik / selagi warna dia tak berubah / selagi tak nampak semacam tu, boleh la buat keputusan sendiri samada nak makan atau pun tak..

bawah canister Mealshakes

kalau tengok kat bawah canister supplement Shaklee, semua tercetak BEST BY : yang berkaitan dengan kualiti makanan.. haa.. kiranya kalau bau - rasa - rupa lansung tak terjejas maksudnya boleh la korang consume macam biasa.. in shaa Allah, selamat..


CARA YANG BETUL SIMPAN VITAMIN


cara yang terbaik adalah simpan dalam peti sejuk atau tempat yang kering dan terlindung dari cahaya matahari dan semua vitamin akan berada dalam keadaan yang baik dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh BEST BY.. boleh dimakan tanpa was was.. TAPI !! lepas tiga bulan tu korang kena cek betul betul la keadaan vitamin tu.. kalau nampak sangat perubahan, buang tau..


KENAPA ADA TARIKH LUPUT PADA VITAMIN ?


kalau nak diikutkan US FDA ( Food & Drug Administration ), dorang tak wajibkan pun pengeluar vitamin mempamerkan tarikh luput kat vitamin yang dijual.. tapi.. kebanyakan pengeluar vitamin buat jugak sebab memudahkan dorang merekodkan stok dan memberi jaminan vitamin masih mengekalkan nilai potensi yang tinggi ( kesan maksima )..

kebanyakan vitamin kat pasaran mempunyai nilai nutrisi bertahun-tahun walaupun dah tamat tempoh terutamanya kalau vitamin tu disimpan kat tempat yang bersesuaian.. cuma.. nilai potensi ( vitamin bekerja ) mungkin berkurang.. jangkahayat vitamin pun berbeza bergantung pada kualiti bahan mentah, suhu, kelembapan dan pendedahan terhadap cahaya..


APA MAKSUD TARIKH LUPUT ?


kat setiap botol vitamin Shaklee memang ade tertera EXPIRY DATES..


belakang botol HERBLAX

".. EXP indicates the expiration date; that is, the date by which the supplements in the bottle will have degraded to the point that the percent of DV listed on the label is no longer accurate. Consuming supplements that are past their expiration date is usually not harmful, but since the full nutritional value is not received by the consumer, it is recommended that supplements that have passed their expiration date be replaced with fresher ones .."



SELAMAT KE MAKAN VITAMIN DAH TAMAT TEMPOH ?


kata LIVESTRONG.COM, tak bahaya pun makan vitamin yang dah tamat tempoh sebab kita tak tau pun samada potensi vitamin tersebut masih 100 % ataupun hanya separuh melainkan dengan menjalankan analisis kimia terhadap vitamin tersebut..

kena alert la kat bentuk fizikal vitamin tu untuk melihat sebarang perubahan bentuk - warna - bau dan rasa.. kalau was was jugak, buang jek dan beli vitamin baru yang tarikh luputnya lebih lambat..




KESIMPULAN


vitamin yang dah tamat tempoh TIDAK MERBAHAYA dan tak de toksin yang menjadi punca keracunan kerana secara umumny, vitamin hanya kehilangan potensi bila terlampau lama disimpan ( tidak menjejaskan kualiti, hanya mengurangkan kualiti )..

haa.. dah kalau macam tu ? cemana ? kalau dah beli vitamin mahal-mahal tu, kena la makan secarak onsisten dan mengikut kesesuaian.. jangan la skip skip lepas tu buat buat lupa.. sayang duit kan ? kalau sayang duit, 'beli' kesihatan dengan cara yang betul.. hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN

30 March 2017

BOLEHKAH DIABETES SEMBUH SEPENUHNYA ?

Diabetes ialah sejenis penyakit dimana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin dikeluarkan secara tidak berkesan yang mengkaibatkan paras glukosa dalam darah tidak normal dan jika dibiarkan akan menyebabkan komplikasi yang serius.. tapi !! BOLEH KE DIABETES SEMBUH SEPENUHNYA ? em.. macam tak yakin kan dengna tajuk.. hee~ jom explore !!





insulin ni ibarat "kunci' untuk buka pintu kepada gula ( glukos ) nak masuk ke dalam sel kita dan terang-terang la kan sel badan kita memerlukan gula sebagai makanan.. kang kalau tak de gula kang mana plak nak datang tenaga untuk bekerja kan..

insulin akan kawal kadar kemasukan gula ke dlaam sel dan bila sel dah cukup keperluan gula, insulin akan kunci pintu sel.. gula tak bleh la nak masuk lagi.. kalau kita makan lagi banyak banyak gula tapi sel CAKAP dah cukup dah gula tu, itu la jadiknya gula dok dalam darah.. haa.. sebab tu kita kena hadkan pengambilan gula dalam diet sehari-hari.. kalau lebih.. tu la tu..

bagi pengidap diabetes jenis 1, badan dorang memang tak boleh hasilkan insulin ataupun insulin yang dihasilkan tak cukup.. dia macam bilik ada 20 tapi kunci ada 6 jek.. 6 orang jek boleh masuk bilik tu lagi 14 orang dok la berlegar-legar kat luar bilik.. haa.. apa plak jadik kalau dok berlegar-legar kat luar bilik ? penat - letih - pitam.. macam tu jugak la bila gula tak bleh masuk ke dalam sel badan kita tapi berlegar-legar dalam salur darah kita.. tak seimbang..

yang jenis 2 pulak terjadi bila 20 bilik tadi, kunci pun ada 20 tapi silap kunci.. patut nak bukak bilik guna kunci bilik tapi bleh plak guna kunci kereta.. no ! no ! no ! mana mau nak terbukak.. jadik.. semua orang tak boleh masuk dalam bilik ( gula tak bleh masuk ke dalam sel )

keadaan camni akanjadikan kadar gula dlaam darah kita jadi tinggi.. bila gula dalam darah tinggi mula la macam-macam masalah kesihatan singgah dan bermastautin.. antaranya :

  • pandangan kabur
  • gangguan berat badan
  • jangkitan pada kulit
  • luka lambat sembuh

JENIS DIABETES

Jenis SATU atau diabetes yang bergantung pada insulin :
  • selalu terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja
  • hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
  • disebabkan kekurangan insulin
  • biasanya mempunyai kaitan dengan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang menhidap diabetes

Jenis DUA atau diabetis yang tidak bergantung pada insulin :

  • Selalu berlaku di kalangan orang dewasa ( 40 tahun ke atas ) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
  • Biasanya boleh dikawal dengan hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat.
  • Disebabkan oleh kekurangan insulin atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan.
  • Biasanya mempunyai kaitan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang menghidap diabetis.


RISIKO DIABETES

Sesiapa sahaja boleh mendapat diabetis tetapi sesetengah orang lebih mudah mendapat diabetis. Faktor risiko diabetis ialah :

  • Kegemukan
  • Kurang aktiviti fizikal seperti senaman
  • Faktor pemakanan seperti :
    • - Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan 
    • - Pengambilan serat yang tidak mencukupi 
    • - Kurang zat makanan di peringkat awal umur 
    • - Kelahiran yang tidak cukup berat
  • Sejarah keluarga yang menghidap diabetis
  • Umur
  • Kumpulan etnik  

GEJALA DIABETES

  • Kerap dahaga
  • Kerap kencing
  • Susut berat badan walaupun berselera makan
  • Terasa letih atau lesu
  • Luka dan cedera yang lambat sembuh
  • Gatal-gatal terutamanya di bahagian kemaluan

KOMPLIKASI DIABETES

Diabetis yang tidak dirawat atau dikawal dengan baik akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius. Komplikasi diabetis yang biasa adalah :

  • Penyakit buah pinggang
  • Serangan jantung
  • Buta
  • Koma atau tidak sedarkan diri
  • Stroke / angin ahmar
  • Penyakit saraf
  • 'Gangrene' atau tisu mati  

PENCEGAHAN DIABETES

Diabetis, terutama Jenis II, biasanya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan yang boleh dicegah dengan :

  • Mempunyai berat badan normal. Insulin tidak berkesan bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan. 
  • Makan pelbagai jenis makanan.
  • Elak makanan berlemak, pilih yang rendak lemak.
  • Makanlah mengikut umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
  • Makan lebih buahan, sayuran, kekacang dan bijirin.
  • Makan mengikut kebiasaan tetapi sedikit. Elak snek atau makanan ringan selepas makan.
  • Bersenam selalu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 – 30 minit setiap kali.  
ada 13 tahun untuk 'repair'.. hee~

BOLEHKAN DIABETES SEMBUH ?

Diabetis tidak boleh disembuh, tetapi boleh dikawal. Untuk mengawal diabetis, kadar glukosa dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar yang biasa ( normal ). 6 faktor ni perlu dititik beratkan :
  • Ubat.
  • Pemakanan sihat.
  • Penjagaan berat badan.
  • Bersenam selalu.
  • Elakkan jangkitan.
  • Vitamin.

haa.. ade yang terkait tak ? hee~ semoga tak de la ye sebab kalau boleh kakak nak kesemua pembaca blog kakak ni clean and clear dari segala penyakit kronik.. tapi kalau ada, lekas-lekas la berubat dan cari jalan penyelesaian sebelum melarat lebih jauh.. haa.. yakin !! setiap penyakit pasti ada ubat.. yakin tak ? hee~ sila yakin !! 



28 March 2017

ANTARA KURUS DAN SIHAT ; YANG MANA LAGI PENTING ?

SELALU SANGAT kita perhatikan, mereka yang menghidap obesiti TERPAKSA berpura-pura gembira dengan keadaan diri mereka. Adakalanya golongan itu CUBA menunjukkan obesiti adalah JALAN HIDUP PILIHAN mereka. Cepat-cepat mereka memberi alasan mengapa jadi begitu sambil di hati berazam untuk menjaga pemakanan dan cuba untuk kurus.


Cara Mudah Kurus


Namun azam dan diet sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak diikuti dengan usaha gigih dan kaedah yang betul untuk meralisasikan impian. Tak kurang juga yang sudah enggan melakukan sebarang usaha untuk kurus. Antara alasan yang selalu kita dengar :

  • Lepas bersalin badan naik dan susah nak turun
  • Badan memang tak boleh kurus sebab keturunan
  • Tiada masa untuk bersenam
  • Suami tidak kisah gemuk
  • Kitaran menahan makan diikuti dengan patah azam dan gelojoh makan membawa kesan yang tidak baik kepada badan dari segi kesihatan

KITARAN LAPAR DAN KENYANG


Pada otak kita terdapat saraf pusat yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Badan seseorang yang menahan lapar akan mengeluarkan hormon dan transmitter dari otak sebagai tindak balas terhadap pengurangan makan. Dengan kata lain otak kita seolah olah menuntut kembali kesedapan yang biasa diperolehi oleh tubuh kita. Ia mahukan jumlah kalori dan gula yang tinggi untuk berasa sedap dan selesa. 
Tips Kurus Cepat



Ini adalah sistem tubuh yang cuba menghalang lemak daripada digunakan.Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan akan memberontak dan mengeluarkan enzim dan hormon tertentu. Ini menyebabkan berlakunya keinginan tidak terkawal atau craving terhadap sesuatu makanan. Keinginan tersebut bukan disebabkan oleh nafsu makan tetapi merupakan signal dari otak kita yang tidak mampu dikawal oleh kita sendiri.


Badannya memberontak dan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu menyebabkan seseorang itu menjadi ghairah untuk makan. Ia ibarat seekor harimau ganas yang sukar untuk dikalahkan. 


Berperang dengan nafsu makan boleh menjadikan seseorang resah dan lemah. Akhirnya dia mengikut kehendak nafsunya. Dia makan tanpa sedar bahawa makanan itu sudah berlebihan. Jadi pusingan berlapar yang diikuti dengan keghairahan untuk makan berterusan sehingga akhirnya menyebabkan seseorang tersepit dan tidak berdaya untuk keluar daripada belenggu obesiti.






KURUS UNTUK SIHAT


Semua tahu adalah sangat perlu untuk mengekalkan berat badan yang sepatutnya bukan saja supaya agar kelihatan cantik tetapi juga demi kesihatan. Kesihatan merupakan sebab yang terpenting agar seseorang memperolehi berat badan yang sesuai dengan ukuran rangka badan iaitu berat badan unggul. Kebanyakan teknik yang ditawarkan oleh pusat pelangsingan memperlihatkan kejayaan sementara.


Banyak kajian telah membuktikan prinsip-prinsip bagi mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukan hanya dengan berdiet semata mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan anda.Anda perlu menyayangi diri anda dan mendengar bisikan hati nurani anda. Jika anda memberi tubuh anda apa yang ia perlukan ia akan selesa dan anda akan merasa gembira melalui hari-hari berdiet dengan penuh nikmat. 



APA ITU BMR


BMR adalah Basal Metabolic Rate. Maksudnya penggunaan tenaga bagi tubuh semasa kita berehat. Tenaga tetap diguna meskipun kita berehat atau tidur kerana pergerakan jantung usus dan lain lain tetap mengguna tenaga. Namun BMR yang rendah membuatkan banyak tenaga dikumpul menjadi lemak.


Mereka yang mempunyai kadar BMR yang rendah perlu menyedari hakikat ini dan mengambil langkah-langkah meningkatkannya. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan senaman, mengambil makanan beralkali tinggi dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang mempunyai nilai glysemic rendah dan rendah kalori. 

Sila jawab soalan berikut. Jika jawapan anda YA maka anda mengalami masalah BMR yang rendah.






  • Apabila diet berat tidak turun
  • Berat naik mendadak apabila makan lebih
  • Sukar senaman kerana berasa terlalu letih bila bersenam
  • Gemarkan makanan berkarbohidrat dan manis
  • Mudah lapar
  • Makan sedikit tetapi cepat gemuk
  • Tekak inginkan makanan yang manis
  • Lapar pada waktu malam


PUNCA BMR RENDAH


Tidak cukup senaman
  • Senaman yang dimaksudkan adalah senaman ringkas merenggangkan tubuh badan. Senaman meningkat metabolisma akan diterangkan dalam isu akan datang.

Hypothyroid
  • Fenomena ini melanda hampir separuh penduduk dunia. Apabila hypothyroid menyerang, seseorang akan mengalami peningkatan berat badan, berasa malas, keletihan, berat badan tidak turun meskipun berdiet, setiap pergerakan menjadi lambat, rambut juga mudah berkelemumur dan fungus mula menyerang.


Tips Mudah Kurus


Kekurangan insulin
  • Insulin merupakan hormon paling penting dalam penukaran gula kepada tenaga. Dalam kes ini lemak yang terhasil cenderung berkumpul pada perut dan belakang badan.

Kesilapan memilih makanan dengan glycemic indeks tinggi menyebabkan kadar metabolisme menjadi rendah.

Ubah diet supaya dapat diet seimbang dan berkesan.. Hee~




LOVE ;
ATIE ADNAN



27 March 2017

SEMAK KEPUTUSAN UJIAN SEKOLAH SECARA ONLINE

haa.. kecoh gak la harini kat group whatsapp kelas bangman.. hee~ keputusan ujian hari tu dah keluar dah tapi baru naik result untuk subjek Bahasa Melayu.. dan.. segerombolan mak ayah pun mula la bukak online sistem.. ha ? kat mana nak SEMAK KEPUTUSAN UJIAN SECARA ONLINE ? nih kakak nak ajau le nih..




macam biasa.. masukkan nombor surat beranak anak ATAU nombor mykid.. lepas tu pilih jenis sekolah dan tahun.. haa.. kod pengesahan tu kod yang ade nombor kat bawah tu ha.. 


nanti pilih la jenis peperiksaan yang anak korang amik.. hee~ lepas tu pilih la nak tengok markah penuh untuk semua subjek dalam bentuk web klik la PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN.. kalau korang nak print buat kenangan, boleh la klik kat PAPAR SLIP KEPUTUSAN.. sebab nanti dia akan keluar format PDF.. senang nak print terus..





hee~ semoga memudahkan kalian nanti nanti.. tak de le kes anak menipu keputusan lagik kan.. pape pun keputusan anak-anak kita.. raikan.. jangan di marah secara melampau atau dipuji bangga tinggi menggunung.. 

keputusan bangman ? alhamdulillah.. okay jek.. tapi biasa la.. baru darjah satu kan.. tak boleh nak letak target tinggi sangat takut bangman stress.. cuma.. ada gaya kena beli hadiah nih..





LOVE ;
ATIE ADNAN


24 March 2017

KEMPEN BERHENTI MEROKOK UNTUK KESIHATAN YANG LEBIH BAIK


Kebanyakan kematian yang diakibatkan oleh rokok bukan kematian mengejut dan tiba-tiba. Sebaliknya penyakit seperti COPD menyebabkan anda hidup bertahun-tahun dengan kepenatan melampau dan masalah pernafasan sebelum anda menghembuskan nafas terakhir. 

Terseksa kan ?
Tapi ini realiti.

APA ITU COPD ?


Merupakan penyakit sistem pernafasan di mana ia merupakan penyakit yang sentiasa memerlukan perhatian dalam bidang perubatan. COPD disebabkan oleh penyempitan saluran pernafasan yang kronik. Ia juga boleh menunjukkan tanda-tanda saluran pernafasan yang terlalu aktif.


Merokok merupakan penyebab utama penyakit COPD. Paling kerap di hidapi oleh kaum lelaki berbanding dengan wanita dan ia meningkat dengan usia. Penyakit ini boleh bertambah teruk dan menyebabkan kematian.

TANDA-TANDA DAN GEJALA COPD

Ia bergantung kepada peringkat penyakit :

  • Susah bernafas sewaktu melakukan aktiviti sederhana / rehat
  • Batuk berkahak berpanjangan
  • 'Wheezing' (bunyi seperti wisel semasa menghembus nafas) semasa melakukan aktiviti sederhana
  • Ciri-ciri kegagalan paru-paru dan jantung bengkak menyebabkan paru-paru berair dan bengkak kaki
Rokok merupakan penyebab utama penyakit dan kematian pada usia muda di negara-negara maju. Hampir separuh dari perokok meninggal akibat penyakit berkaitan rokok. Jika anda perokok tegar, pada puratanya, jangkahayat anda adalah kurang 10 tahun daripada orang yang tidak merokok. 


FAKTA !!

Mungkin disebabkan itu jugalah para alim ulama telah meletakkan hukum merokok sebagai haram kerana ia boleh membawa seseorang itu bahkan orang di sekelilingnya kepada kebinasaan. Apatah lagi apabila anugerah Tuhan yang diberikan percuma berupa keupayaan untuk bernafas dengan baik kita sia-siakan dengan merokok sehingga akhirnya kita tercungap-cungap dan bertegang urat untuk bernafas apabila fungsi paru-paru yang kita miliki telah rosak akibat rokok.



BERITA BAIK !!

Berhenti merokok boleh membawa kesan yang sangat besar kepada kesihatan dan kehidupan. Pastinya belum terlambat untuk menikmati kesan baik ini. 
  • Contohnya, jika anda berhenti merokok pada usia pertengahan sebelum mendapat penyakit serius seperti barah, anda boleh mengelak daripada mendapat kebanyakan kesan bahaya merokok.
Ramai orang telah berjaya berhenti merokok dan ia bukan sesuatu yang mustahil. Jika anda merasakan ia sesuatu yang sukar dan memerlukan bantuan, rujuklah doktor anda dan rujukan boleh dibuat ke klinik berhenti merokok.

KANDUNGAN ROKOK

Nikotin adalah bahan kimia yang merangsang otak. Jika anda adalah seorang perokok, apabila kadar nikotin dalam darah berkurang, anda mula mengalami tanda-tanda ‘withdrawal’ sama seperti penghisap dadah, contohnya gian, keresahan, sakit kepala, mudah marah, lapar dan masalah konsentrasi. Anda akan berasa pulih semula apabila kembali menghisap rokok. Oleh kerana itulah perokok tegar perlu sentiasa menghisap rokok untuk kembali berasa ‘normal’.



Tar dalam rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia dan lebih 50 penyebab barah. Tar daripada rokok akan masuk terus ke dalam paru-paru dan seterusnya mengalir ke dalam salur darah anda ke bahagian lain tubuh anda. Dengan hanya sebatang rokok, anda menyeksa badan anda dengan menyebarkan racun merbahaya ke seluruh organ dalaman.

Karbon monoksida merosakkan kebolehan darah untuk membawa oksigen. Ini penting terutamanya kepada ibu mengandung kerana karbon monoksida akan mengurangkan kadar oksigen kepada bayi yang sedang mengembang dalam rahim ibu. Ini boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan jangka masa panjang dan kecacatan kepada bayi. Dan anda perlu ingat, karbon monoksida itu datang dari rokok yang anda sebagai bapa menghisap !

Melihat kepada kemudaratan-kemudaratan yang boleh dibawa oleh rokok, apa lagi alasan yang anda mahu berikan untuk tidak berhenti merokok ?

TIPS BERHENTI MEROKOK

Bagi mereka yang sedar dan berazam untuk berhenti merokok, di sini saya berikan beberapa tips untuk anda mencuba.

1. Tuliskan sebab mengapa anda mahu berhenti merokok, simpan tulisan tersebut untuk sentiasa bersama anda. Lihat kembali senarai tersebut apabila anda berasa berputus asa untuk berhenti merokok. Ini akan mengingatkan anda selalu dan mengembalikan semangat anda untuk berhenti merokok.

2. Tentukan masa untuk anda berhenti merokok dan berhentilah serta merta. Ada yang berpendapat bahawa kita perlu berhenti merokok secara beransur-ansur, namun kajian menunjukkan bahawa dengan menghisap kurang bilangan rokok, menyebabkan anda akan menghisap dengan lebih kerap untuk setiap batang rokok menyebabkan kandungan nikotin yang disedut adalah sama. Justeru, berhentilah dengan serta merta.

3. Beritahu semua bahawa anda mahu berhenti merokok. Ini penting agar mereka boleh memberi sokongan kepada anda dan tidak melakukan sesuatu yang boleh melemahkan semangat anda untuk berhenti merokok.

4. Jauhkan diri anda dari rokok dan semua yang berkaitan dengannya.Contohnya jika selama ini anda menghisap rokok bersama-sama rakan-rakan di kedai kopi, elakkan melepak di kedai kopi jika anda mahu berhenti merokok.

5. Tandakan di kalendar setiap hari anda berhenti merokok. Dengan cara ini anda akan dapat melihat hari-hari anda tanpa rokok dan setiap kali anda berasa ingin merokok, cuba tanyakan diri anda sendiri adakah anda akan berjaya untuk tidak merokok lagi jika kembali merokok dan adakah anda ingin memulakannya kembali setelah berusaha bersungguh-sungguh sebelum ini.

6. Fikirkan secara positif bahawa dengan berhenti merokok, anda akan mendapat kesihatan yang lebih baik, nafas anda akan lebih segar dan orang suka bergaul dengan anda.

7. Makan ! Ramai yang mengatakan bahawa apabila kita berhenti merokok, kita akan sentiasa lapar dan kerap mengambil makanan. Cuba kawal perasaan tersebut dengan mengambil makanan yang rendah lemak dan gula atau sentiasa mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah tanpa gula.

8. Jangan sedih jika anda gagal. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan orang berjaya berhenti merokok selepas 3 hingga 4 kali percubaan untuk berhenti merokok. Justeru teruskan mencuba.

9. Bersedia untuk menghadapi kesan-kesan sampingan daripada berhenti merokok. Seperti pengambilan ubat dan dadah yang lain juga, berhenti merokok akan menyebabkan anda mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘withdrawal symptom’ kerana badan anda telah biasa dengan keadaan bernikotin, dan ketiadaan nikotin memerlukan masa untuk penyesuaian kepada badan. Anda akan berasa loya, pening kepala, bimbang (berdebar-debar), ketagihan, berasa tidak sihat dan sebagainya. Anda akan mengalami keadaan ini selepas 12-24 jam berhenti merokok dan akan hilang secara beransur-ansur selepas 2-4 minggu.

10. Bersedia untuk batuk. Berhenti merokok akan menghidupkan kembali fungsi saluran pernafasan yang sepatutnya bertindak sebagai perisai kepada kita daripada kuman-kuman dan bakteria daripada sampai ke paru-paru. Perkara ini akan menyebabkan anda kerap batuk dan mungkin menjadi semakin teruk. Pastikan keadaan ini tidak mematahkan semangat anda untuk berhenti merokok.

Semoga tips-tips yang dibawakan ini akan membantu anda untuk mencapai matlamat tersebut.

petikan disunting dari :
HIDUP SIHAT TANPA ROKOK.
Ditulis oleh:
Dr Tengku Abdul Kadir b Tengku Zainal Abidin,
Pegawai Perubatan Jabatan Anesthesiologi.
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

tapi, Shaklee juga dapat membantu anda.

BAGAIMANA ?

Dengan pengambilan VIVIX SHAKLEE selama dua minggu secara berterusan, in shaa Allah boleh berhenti merokok selama-lamanya. 


ALASAN ?

VIVIX SHAKLEE menyebabkan rokok berasa pahit. Ini bermakna sel-sel badan anda secara automatik akan menolak rokok. Bukan itu sahaja, bahkan andanjuga BAKAL mendapat pakej awet muda. 

KENAPA ?

VIVIX SHAKLEE merupakan antioksidan yang sangat berkesan untuk membuatkan anda nampak 20 tahun lebih muda. woahhhh-- menarik !! ini bukan omongan semata ya. VIVIX SHAKLEE ada bukti ujian klinikal.

KENAPA SAYA BERIA SANGAT MEM'PROMOTE' VIVIX SHAKLEE NI ?

HARGA ROKOK :

Dunhill ( merah ) berharga RM 17.00 untuk 20 batang. Dah kata perokok tegarkan, sehari boleh - jadik sekotak. Tu belum lagi ada kawan yang jenis suka pow rokok member.

KITA KIRA JAP YE :

RM 17.00 x 30 hari = RM 510.00 ( woahhh-- )

RM 510.00 x 12 bulan = RM 6120.00 ( deposit kereta !! )

HARGA VIVIX SHAKLEE

HARGA RUNCIT :

RM 475.00 sebotol ( boleh tahan sebulan lebih )

** dengan memebelanjakan RM 475.00 JEK, anda tak payah nak keluarkan sampai RM 4860.00 tu. Boleh menyimpan buat gi Haji.. in shaa Allah..



tapi !!

jangan lupa untuk tanya kat kakak pasal ni !!

HARGA TWIN PACK ( PROMOSI )

RM 793.00 untuk dua botol
FREE lifetime membership

CASHBACK pada tengah bulan berikutnya
PENJIMATAN sebanyak RM 157.00


22 March 2017

PAYA BEACH SPA & DIVE RESORT, MERSING ; BERJAYA MENCURI HATI PENCINTA ALAM

awal tahun haritu, kakak ade baca pasal jumlah cuti sekolah tahun 2017 adalah paling banyak berbanding cuti-cuti sekolah sebelum nih.. huu~ maksudnya apa ? maksudnya, makin banyak aktiviti yang perlu dilakukan bersama keluarga la.. hee~ dan !! makin banyak duit yang diperlukan untuk memanfaatkan masa yang berkualiti..



agak-agak nak ke mana kita ? hee~ ya !! tempat yang sangat asing pada kakak jugak sebenarnya ni sebab kakak baru sampai sekali jek tu pun masa umur 19 tahun gitu.. pergi pun sebab ada kursus kepimpinan kat sana.. ya.. MERSING, JOHOR.. ade ape kat sana ? penginapan yang best kat sana ? haa.. nih kakak nak cerita la ni..


syurga tropika dengan pasir yang keemasan, air yang jernih, berlatar belakangkan hamparan kehijauan dan kaya dengan hidupan laut bakal memberi sejuta ketenangan untuk pencinta alam yang gemarkan kedamaian.. phewww-- kakak dapat bayangkan betapa cantiknya Pulau Tioman.. ha ? ye la.. Paya Beach Spa & Dive Resort nih kat Pualau Tioman la nih.. Pulau Tioman plak kat Mersing, Johor..

APA YANG MENARIK ?

nak ikut kan, kalau dah masuk pulau, memang tak de istilah bosan punya la sebab terlampau banyak aktiviti yang boleh korang buat kat sana.. boleh main golf, pergi spa, berbasikal, main bola tampar pantai, main bola keranjang, jungle trekking, island hopping, memancing, berkayak dan banyak lagi aktiviti yang akan mengisi masa lapang korang nanti..

MENYELAM

kalau kita tengok kat tv ke, website ke tentang dunia dasar laut yang sangat mempesonakan, ya !! Pulau Tioman memang 'port' korang untuk menyelam dan menikmati keindahan dasar laut.. jadikan kenangan menyelam lebih menyeronokkan dengan pakej yang telah disediakan dan boleh main dengan Nemo.. hee~

boleh sewa peralatan menyelam !!

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

  • money changer
  • boleh gunakan kredit kad !!
  • akses wi-fi
  • perkhidmatan dobi
  • perkhidmatan penjagaan bayi ( atas permintaan )
  • pengangkutan ke / dari jeti
  • kedai cenderamata

PENGINAPAN


  • 4 bintang !!
  • 268 bilik dan suite
  • bilik NO SMOKING !! ( hee~ sangat sesuai untuk kakak )
  • balkoni individu
  • penghawa dingin
  • Tv kabel
  • telefon IDD
  • peti simpanan keselamatan
  • pengering rambut
  • seterika dan papan menggosok
  • peti sejuk mini disetiap bilik
  • peralatan untuk membuat teh dan kopi
nak repeat honeymoon pun best sangat nih.. hee~
bilik air dia pon dah best weyh !!! 
kalau ade bilik bilik yang best, mesti la ade tempat makan dan minum yang best jugak.. kan ? haa.. jangan tak tau.. Paya Beach Spa & Dive Resort sangat mengagungkan gaya tradisional Malaysia.. dari corak dan gaya pembinaan 268 bilik dan suite sampailah ke tempat makan, akan diterapkan dengan seni gaya tradisional untuk mewujudkan keadaan yang selesa dan segar.. eh !! jangan segan segan jadikan resort ni macam rumah.. sebab !!! selera Melayu pun ada !!

RESTOREN SRI NELAYAN
menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti makanan tradisional Malaysia termasuk makanan Cina dan India, antarabangsa ( ala Thai, hidangan Barat ) yang sangat sedap !! hee~ lupakan diet dan nikmati hidangan buffet dorang semahunya.. haa.. jangan lupa !! koktel dorang memang menggiurkan.. sesuai la dengan persekitaran tepi pantai..

dengan seni bina gaya tradisional Malaysia dengan perabot kayu dihiasi ukiran kayu yang halus, Sri Nelayan berjaya mewujudkan persekitan yang tenang dan santai.. psstttt.. itu yang membezakan Sri Nelayan dengan pelbaia restoren di Pulau Tioman nih tau..

TEMPAT MAKAN DAN MINUM BEST

selain Sri Nelayan, ada juga :

  • Matahari Restaurant
    • menghidangkan masakan ala Thai yang tidak melupakan asalnya dengan menggunakan herba segar seperti pudina, ketumbar, basil dan serai sebagai ramuan hidangan yang asli.. jangan lupa untuk mencuba !!
  • Beach Bar
    • nak lepak sambil minum minum kat tepi pantai ? haa.. resort ini menyediakan Beach Bar untuk memudahkan pengunjung bersantai di tepi pantai sambil menikmati minuman segar.. hanya 'hulurkan' kepala kat kaunter bar sambil tersenyum, pelayan akan bersedia melayan pesanan korang !!
  • Sunken Pool Bar
    • nak berenang dalam swimming pool ? boleh jek.. tak de masalah sebab memang ada kat resort tu.. tapi !! nak lepak kat swimming pool sambil menikmati minuman tropika ? ya.. Sunken Pool Bar bersedia menyediakan jus untuk korang.. haa.. lepas tu berenang dan bersantailah sepuas hati..
  • Fortune Courtyard
    • penggemar bir dan minuman sejuk ? boleh la lepak sini untuk bersantai bersama kawan-kawan dan keluarga sebab dorang selalu adakan Happy Hour dengan 30% diskaun untuk setiap hidangan !! jangan lepaskan peluang bersantai sambil berjimat !!
Sunken Pool Bar

LAIN-LAIN KEMUDAHAN


1 : BILIK MESYUARAT
  • nak bercuti sambil bermesyuarat ? pun boleh.. jangan risau sebab Paya Beach Spa & Dive Resort menyediakan 6 pilihan bilik mesyuarat pelbagai saiz untuk memudahkan pengunjung.. tapi kena booking awal la sebab selalu penuh ni.. hee~
  • korang boleh hubungi Sales & Catering +609 419 1000 pada waktu bekerja untuk bertanya dan membuat tempahan..
2 : MAJLIS PERKAHWINAN
  • wedding beach ? hee~ bestkan ? haa.. boleh juga diuruskan oleh pihak resort untuk korang !! jangan tak tau.. tapi korang kena la call dan tanya apa syarat dan ketetapan pihak resort untuk korang penuhi.. dengarnya dorang sedikan full package tau.. dari lokasi sampai la ke bilik hotel dan kek.. mudah kan ?

HARGA TERBAIK HANYA DARI TRAVELOKA


nakkan percutian yang menarik tapi 'segan' nak keluarkan duit banyak banyak ? hee~ tak pe.. TRAVELOKA kan ade.. korang boleh buat tempahan dengan harga serendah RM 213.11 JEK !!! siapa tak nak kan ? dah la bercuti kat hotel 4 bintang, dengan harga semurah itu.. sangat berbaloi baloi la..

tak nak la lepas percutian, masing masing poket rabak.. tak best kan ? jadi.. jom jadi pengguna yang bijak dan dalam masa yang sama tidak melepaskan peluang untuk bercuti dengan insan tersayang !!

JAMINAN TRAVELOKA


jadi !! tunggu apa lagi ? jom bercuti dan tempah awal-awal untuk musim cuti sekolah akan datang !! jangan lupa !! TRAVELOKA DULU, baru tempah bilik..

20 March 2017

20 + 1 PESANAN UNTUK WANITA DARI DOKTOR PAKAR


dalam kakak tengah scroll muka buku, baca status status hipster kengkawan.. hee~ kakak TER-bukak page sorang doktor nih.. em.. kakak memang takut dengan doktor tapi nak tak nak kena berhadapan dengan kenyataan la kan.. yang hidup kita nih saling memerlukan..

walaupun ada pengamal perubatan yang menafikan keperluan supplement / vitamin dalam rutin sehari-hari, tak kira apa jenama, darimana production dengan tujuan kesihatan.. tapi !! doktor pakar yang dah berpuluh puluh tahun penuh pengalaman ini menegaskan betapa pentingnya supplement.. haa.. nak tau lagi ?


hee~ cemana ? ini bukan kakak atau SID yang hanya ada sijil nutrisi jek tau tapi beliau adalah seorang pakar !! bukan main main.. jadi.. mana yang boleh kita ubah, ubah la.. masih ada masa lagi untuk teruskan perubahan untuk jadi lebih sihat dan bertenaga.. siapa taknak kan ?

BACA SINI --> MERAWAT BARTHOLIN CYST

terima kasih Dr Hamid Arshat untuk pesanan dan nasihat yang mungkin membantu insan insan 'degil' kat luar sana.. mencegah penyakit lebih mudah berbanding merawat.. hee~ ingat tu..


19 March 2017

9 TIPS MENGHADAPI CUACA PANAS SEPANJANG CUTI SEKOLAH

haa.. cuti sekolah datang lagi !! dah susun plan nak bawak anak-anak bercuti ? ke nak duduk kat rumah sambil ulangkaji pelajaran ? hee~ ye.. memang sesekali kena la habiskan masa yang berkualiti dengan anak-anak.. dan ini adalah masa yang sesuai.. tapi kena kerja ? tak dapat cuti ? em..




kalau ade anak yang dah mula melasak, aktiviti luar memang menjadi pilihan mak abah biasa nya.. kan ? hee~ kalau dah main main kat luar tu faham-faham la dengan cuaca panas mendidih sekarang ni, dengan pencemaran sekeliling lagik.. sedikit sebanyak akan menjejaskan emosi, kesihatan dan mood SATU KELUARGA..

bukan individu tau, tapi menjejaskan satu keluarga.. haa.. dah macam mana nak kekalkan kegembiraan sepanjang cuti sekolah ni ? anak-anak pun happy..

TIPS MENGHADAPI CUACA PANAS

  • pakai topi / gunakan payung untuk mengelak pancaran haba teru ke badan
  • lebihkan aktiviti di dalam bangunan berbanding aktiviti luar rumah
  • tidak duduk dalam kenderaan bertutup tanpa penghawa dingin
  • menggunakan losyen pelindungan sinar UV
  • kurangkan minuman manis / berkafien / beralkohol
  • pakai pakaian yang ringan / longgar dan berwarna terang
  • minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang bertukar menjadi peluh
  • gunakan kipas / penghawa dingin untuk menyejukkan badan
  • banyakkan minum air kosong !! tak payah la nak kira berat badan sekian sekian tambah 1 liter ape bagai.. yang penting minum banyak !!

nah !! tips dan trick family Shaklee untuk mengekalkan tahap kesihatan walaupun cuaca tak menentu di luar dan membahang tambahan pulak kalau duduk kat rumah, anak-anak melasak bercekau tak kira masa dan menggugat kesabaran.. hee~ inilah rahsia nya..

VITAMIN C

1 : MELAWAN JANGKITAN 
  • vitamin C hanyalah sekadar vitamin tetapi ia diperlukan badan sebagai sokongan interferon, antibodi dan sel darah putih untuk melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria secara tak lansung ia dapat menguatkan sistem pertahanan badan ( imun ).. selalu demam selesema ? amalkan vitamin C secara konsisten selama 60 hari.. lepas tu tengok hari ke 61 apecer.. hee~
2 : MELAWAN SERANGAN ASTHMA DAN ALAHAN
  • kalau kita ni selalau asma, demam dan selesema sangat disyorkan mengambil vitamin C kerana ia bertindak sebagai anti-histamin di mana ia mengurangkan risiko daripada terkena sernagna alergi.. lebih-lebih lagi kalau korang pesakit asthma sebab vitamin C menghalang radang pada tisu paru-paru.. tapi korang kena faham jugak ye vitamin C bukanlah ubat untuk menyembuhkan penyakit sekelip mata.. sebab tu korang kena amalkan secara konsisten untuk membina sistem imun bagi melawan serangan asthma, demam dan selesema..
3 : MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG
  • menurut kajian, jantung kita senang sakit kalau bekalan vitamin C tidak dapat bekalan secukupnya.. sebab vitamin C bertindak menghalang lemak-lemak yang berada dalam darah berkumpul di saluran arteri.. haa.. tu la punca sakit jantung.. saluran arteri tersumbat..

B COMPLEX

1 : MENUKAR MAKANAN KEPADA TENAGA
  • membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan
2 : MELAWAN TEKANAN
  • memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
3 : RAMBUT BERUBAN DAN GUGUR
  • memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
4 : BAIK UNTUK MATA
  • mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian / fokus
5 : MENCEGAH ANEMIA
  • membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah alam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
6 : MEREDAKAN SENGGUGUT
  • baik untuk masalah senggugut ( PMS ), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
7 : MENCEGAH PERLACHE
  • dikenali juga sebagai kerekahan mulut ( mouth chilitis ), mencegah jangkitan lidah ( glossitis ), nafas berbau
BACA SINI --> KAWAL STRES !!!!!!!!!!

PERFORMANCE DRINK

1 : membantu mengatasi masalah dahaga ( ini kalau dapat minum time berbuka puasa nih, berdesup tenaga nak g tarawikh.. hee~ )

2 : mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair ( elektrolit ) sekaligus

3 : jumlah kepekatan karbohidrat yang ada dalam Performance Drink adalah sama dengan darah kita !! ini memudahkan penyerapan dan sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah.. dah tentulah lepas tu badan kita akan jadi lebih cergas dan bertenaga !!

CINCH ENERGY TEA

  • tinggi antioksidan
  • energy booster
  • metabolisme booster
  • membakar 4 kali lebih kalori
  • memberkalkan tenaga
  • melarutkan lemak
  • membantu menghasilkan otot tanpa lemak
  • memerangi sel kanser
sebab tu, kalau memang ada plan untuk bercuti sepanjang cuti sekolah ni.. korang kena standby 4 barang nih.. hee~ paling tak dapat menmbah tenaga dan mengurangkan risiko sakit sepanjang cuti.. 

selamat bercuti !!

jaga kesihatan anak-anak kita ya.. pastikan hanya yang terbaik untuk dorang..