SEMAK KEPUTUSAN UJIAN SEKOLAH SECARA ONLINE

haa.. kecoh gak la harini kat group whatsapp kelas bangman.. hee~ keputusan ujian hari tu dah keluar dah tapi baru naik result untuk subjek Bahasa Melayu.. dan.. segerombolan mak ayah pun mula la bukak online sistem.. ha ? kat mana nak SEMAK KEPUTUSAN UJIAN SECARA ONLINE ? nih kakak nak ajau le nih..




macam biasa.. masukkan nombor surat beranak anak ATAU nombor mykid.. lepas tu pilih jenis sekolah dan tahun.. haa.. kod pengesahan tu kod yang ade nombor kat bawah tu ha.. 


nanti pilih la jenis peperiksaan yang anak korang amik.. hee~ lepas tu pilih la nak tengok markah penuh untuk semua subjek dalam bentuk web klik la PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN.. kalau korang nak print buat kenangan, boleh la klik kat PAPAR SLIP KEPUTUSAN.. sebab nanti dia akan keluar format PDF.. senang nak print terus..





hee~ semoga memudahkan kalian nanti nanti.. tak de le kes anak menipu keputusan lagik kan.. pape pun keputusan anak-anak kita.. raikan.. jangan di marah secara melampau atau dipuji bangga tinggi menggunung.. 

keputusan bangman ? alhamdulillah.. okay jek.. tapi biasa la.. baru darjah satu kan.. tak boleh nak letak target tinggi sangat takut bangman stress.. cuma.. ada gaya kena beli hadiah nih..





LOVE ;
ATIE ADNAN


Share:

Post a Comment

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes