TELEFON PINTAR DUA SKRIN TIGA KAMERA KELUARAN MEIZU

by - September 23, 2017

zaman semakin canggih dan telefon pintar merupakan salah satu 'aksesori' yang memang tak boleh ditinggalkan.. haa.. ye la.. kakak pun sama.. hee~ sampai tak terkejar dengan perkembangan dari pelbagai syarikat pengeluar telefon bimbit.. dan !! terkini !! Telefon Pintar Dua Skrin dan Tiga Kamera keluaran Meizu memberi impak positif dalam industri teknologi dunia am-nya dan Malaysia khas-nya..


HARGA MEIZU PRO 7 & PRO 7 PLUS

  • PRO 7 - RM 1 899.00
    • dilengkapi processor Mediatek Helio P25, 4GB RAM dan 64GB ruang penyimpanan data
  • PRO 7 PLUS - RM 2 799.00
    • dilengkapi processor Mediatek Helio X30 10 teras, 6GB dan 128GB ruang penyimpanan data
didatangkan dengan 3 warna elegan iaitu merah, emas dan hitam membuatkan telefon pintar ini mendapat permintaan tinggi saban hari.. ya.. korang boleh beli telefon pintar yang bergaya ini melalui Lazada, 11 Street dan Shopee..

SPESIFIKASI MEIZU PRO 7 & PRO 7 PLUS

kalau tengok pun memang tak perasan perbezaan antara PRO 7 & PRO 7 PLUS selain saiz skrin jek pon.. hee~ 
  • PRO 7
    • paparan skrin 5.2 inci
    • skrin AMOLED berukuran 1.9 inci dengan resolusi 240 x 536 ( Fenetre )
    • HD penuh
    • bateri berkapasiti 3000mAh
  • PRO 7 PLUS
    • paparan skrin 5.7 inci
    • skrin AMOLED berukuran 1.9 inci dengan resolusi 240 x 536 ( Fenetre )
    • QuadHd
    • bateri 3500mAh
dan !! kedua-duanya disokong pengecas pantas Meizu mCharge 4.0 dengan kuasa pengecas 25W ( 5V / 5A ) yang mampu mengecas sehingga 67% penuh dalam masa 30 minit.. sangat cepat dan luar jangkaan kakak !! serius.. lepas ni tak de la alasan lagi bateri telefon kong.. hee~

KEISTIMEWAAN MEIZU PRO 7 & PRO 7 PLUS

Meizu menggunakan gandian lensa RGB dan monokrom yang digunakan untuk kamera belakang dan ia menggunakan sensor Sony IMX 386 12MP f/2.0.. kalau korang perasan kat tajuk tu kakak ade sebut DUA SKRIN.. ya !! istimewanya PRO 7 & PRO 7 PLUS ada dua skrin iaitu di depan dan di belakang..

jelajah Meizu untuk memperkenalkan Meizu PRO 7 & PRO 7 PLUS telah pun bermula di 7 lokasi iaitu dari 22 - 24 September 2017.. dan kalau korang tak sempat nak pergi roadshow ni, korang boleh jugak singgah ke kedai pengedar yang berdekatan :

  • 1 Utama Shopping Centre - CONVERGENCE GADGET SDN BHD
  • FEDERAIL HIGHWAY - DIRECTD GADGET MEGASTORE
  • Low Yat Plaza - SNS NETWORK (M) SDN BHD
  • Megamall Penang - SATU GADGET DOT COM
  • Menara Pgrm TOWER 2 - SATU GADGET DOT COM
  • Pertama Complex - SOHO GADGET COMMUNICATION
  • Solaris Dutamas - DIRECTD PUBLIKA
  • Sunway Pyramid Shopping Mall - I APPLE MOBILITY

HADIAH PERCUMA

nak hadiah ? hee~ siapa tak suka barang PERCUMA.. kan ? dan !! kalau korang buat tempahan PRO 7, korang berpeluang memiliki ear phone Bluetooth Meizu E51 yang bernilai RM 299.00 manakala PRO 7 PLUS, korang boleh memiliki sebuah kotak hadiah premium yang bernilai RM 498.00 bersama earphone Bluetooth Meizu E51.. 

bestkan ?

ape lagi ? minggu depan gaji kan ? hee~ jom !! singgah dan belek-belek telefon pintar menarik ni.. mana la tau kan.. terjatuh hati.. dapat juga la dibuat tambah-tambah 'aksesori' yang ada..



PEMBELIAN SECARA ONLINE


dan !! untuk maklumat lanjut, korang boleh singgah sini :

You May Also Like

11 comments

  1. hai,jemput join segmen http://chea94.blogspot.my/2017/09/segmen-blogwalking-bersama-atiah.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum selamat pagi atie

    Telefon 2 skrin ya

    menarik tu

    first time mama dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. tu la mama hakim.. kite pun baru dengar.. hee~ menarik gak sebab ada skrin depan belakang kan.. tapi kite baru jek beli henpon baru.. mengenang gak nak tapau 1 ni..

      Delete
  3. sy br beli hp. kalu x boleh try brand ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. sama la kite !!! hahahaha~ menyesal gak.. tapi kalau nak diikutkan, memang tak terkejar kite dengan keluaran teknologi sekarang ni.. standby ongkosnya saja..

      Delete
  4. best kan atie.. geram je tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak ita !!!!!! hee~ kak ita dah beli ?

      Delete
  5. Alahai atie, geram tu tengok. Banyak sungguh kameranya. Teringin pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! atie pun ngidam nak 1 ni tapi baru jek beli yang lain.. hee~ lambat dia keluar.. tapi tengok la nanti2 kot ada rezeki lain ke kan..

      Delete
  6. Fuh harga dia pun boleh tahan jugak tu. Sebelum ni tak pernah dengar pulak phone jenama Meizu ni :) Sekarang baru tau

    ReplyDelete