DoctorOnCall.com.my ; PLATFORM TELEKESIHATAN PERTAMA DI MALAYSIA
dah nak sakit, bukan kita minta pun kan ? hee~ nak tak nak memang kena berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan terjadi.. dan kakak sendiri, walaupun masih gigih konsisten dengan pelbagai jenis supplement memang tak boleh nak elak kalau dah nak sakit.. tambahan Nur Aiman baru lepas buat pembedahan tonsillectomy membuatkan kakak PERLU cari inisiatif untuk kekal sihat dan pelbagai back up plan..
lagi-lagi sejak dua menjak ni kakak dan family rajin travel dan penuhi jemputan untuk review.. ya !! memang risau juga kalau tiba-tiba anak-anak tak sihat.. memang tak tenteram la nak buat kerja.. hee~ tak kan la nak balik tanpa buat kerja kan ? bukan etika kerja kakak..
dan !!
rezeki kakak diperkenalkan dengan Doctor On Call ( DOC ) ni.. haa.. doktor online gak ni tapi DOC menawarkan perkhidmatan yang sama macam klinik-klinik atau hospital kat Malaysia ni dan istimewanya kita boleh dapatkan konsultasi terus dari lokasi di mana kita berada.. senang kan ? tak payah nak bersiap nak ke klinik atau hospital dah la tak sihat..
DOCTOR ON CALL
merupakan platform tele-kesihatan pertama di Malaysia yang dimiliki oleh Health Digital Technologies Sdn. Bhd yang menghubungkan pesakit dangan rangkaian doktor dan pengamal perubatan melalui kemudahan mesej, audio atau video..
diasaskan pada tahun 2016, dimana ia merupakan perkhidmatan perundingan perubatan dlaam talian yang hanya menghubungkan pesakit dengna doktor yang berpengalaman..
dalam menerajui usaha untuk penjagaan kesihatan dan pantauan ubat-ubatan, DOC bertekad untuk mempercepatkan perkembangan sektor tele-perubatan di Malaysia.. di Amerika Syarikat, 1.25 juta konsultasi secara panggilan telah didokumenkan pada sekitar tahun 2005 dan permintaan untuk perkhidmatan tele-perubatan dijangka akan meningkat kepada 27 juta pengguna menjelang 2018.. satu angka yang sangat tinggi.. hee~
macam mana nak dapatkan konsultasi dari DOC ?
kalau dah nama perkhidmatan online, memang kena DAFTAR dulu la kan.. tak boleh tidak ni.. hee~ senang je.. masuk ke https://www.doctoroncall.com.my/ dan klik kat tab REGISTER tu.. tak pe.. untuk yang tak berapa fasih berinteraksi menggunakan bahasa Inggeris, pun tak pe.. ikut je step ni..
masukkan data korang !! dan jangan lupa untuk pengesahan T & C yang tertera.. maaf.. kakak sedikit teliti dan kakak akan baca T & C walaupun panjang berjela.. hee~ nanti, korang akan dapat email pengesahan dari DOC.. dan boleh la mula sign in..
SAKIT APA YANG BOLEH MENDAPATKAN KONSULTASI ?
ya !! sesiapa sahaja yang berkaitan termasuklah pelbagai jenis penyakit seperti :
- sakit kepala
- masalah kulit
- acid reflux
- demam / batuk / selesema
- luka kecil
- jangkitan pada saluran kencing
- sembelit
- sakit mata
macam kakak, kakak sangat perlukan konsultasi untuk si Nur Aiman yang badannya dedar sejak dua hari yang lepas.. bila kakak Google dan cari punca, ada yang mengatakan ianya berpunca dari pembedahan membuang tonsil baru-baru ni dan membuatkan antibodi Nur Aiman lemah..
ye ke ni ? hee~
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN KONSULTASI ?
ada 5 kategori yang berkaitan iaitu :
- General Health
- Men's Health
- Women Health
- Sexual Health
- Children's Health
dan tentulah kakak memilih Children's Health.. dan kotak bawah tu korang cerita la serba sedikit tentang keadaan korang cemana.. kalau kakak, itu la cara kakak bertanya.. hee~ simple dan padat.. kalau korang batuk ke rambut gugur ke, taip je..
dia sama macam kita jumpa doktor la.. kalau doktor nak diagnos penyakit kita, dia kena tau simptom yang mungkin menjadi punca..
korang boleh pilih medium apa untuk berinteraksi dengan DOC.. memandangkan kakak ni penyegan, kakak guna la CHAT jek.. hee~ sebenarnya kakak suka kumpul data yang berkaitan untuk rujukan kakak sendiri.. jadi, CHAT lebih sesuai..
tapi !! kalau korang nak cepat, korang boleh gunakan AUDIO atau pun VIDEO jek.. tak pe.. mengikut kesesuai korang la dan pastikan sambungan internet korang kuat dan laju la..
tak lama pun kakak tunggu dan pesanan kakak berbalas.. mula la sesi soal jawab antara kakak dengan DOC.. hee~ alhamdulillah.. semua berjalan lancar dengan service yang sangat cepat.. ni contoh kakak chat dengan DOC..
dah selesai konsultasi ?
korang boleh dapatkan ubat dari farmasi online yang disediakan oleh DOC..
dengan setiap pembelian RM 100.00 dan ke atas, tiada sebarang cas penghantaran tapi kalau kurang dari RM 100.00 korang akan dicas sebanyak RM 10.00.. ala.. ape la sangat dengan RM 10.00 kan kalau nak dibandingkan korang keluar ke farmasi dengan duit minyak lagi..
ya !! dah tentulah pengeposan sampai betul depan pintu rumah korang !! ngam best kan ? sangat sesuai la kalau korang tak sihat dan melepek tapi tak larat nak keluar untuk singgah ke klinik.. semuanya dengan DOC dari hujung jari..
APA KATA PENGGUNA ?
kalau kakak yang cerewet ni pun puas hati, apatah lagi pengguna lain.. kan ? kan ? hee~
kalau kakak tau perkhidmatan DOC semudah ini, memang kakak tak berani dah nak pergi klinik.. hee~ serius.. kakak memang takut jumpa doktor tambahan kos untuk konsultasi di klinik swasta pun dah cecah puluhan ringgit.. tapi dengan DOC, cuma RM 20.00 je.. sangat murah berbanding walk in ke klinik yang ada..
berbaloi ?
ya !! sangat berbaloi dari segi wang ringgit yang dilaburkan untuk kesihatan dan masa.. untuk rasa sayangnya kakak kat korang.. nah !! kakak kepilkan ini !!
WEBSITE : https://www.doctoroncall.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/doctoroncallMY
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/doctoroncallmy
Doctor on call ni memang tersangat lah best :D
ReplyDeletekan !! hee~ konsultasi pun ringkas dan mudah faham..
Deletewah..mudah sangat ni!
ReplyDeletebetul tu sis gee.. dah kalau tak sihat, nak keluar rumah memang tak larat.. hee~ salah satu jalan yang mungkin boleh diguna-pakai tanpa ke klinik..
Deletewah..leh consult pakai chat aje.
ReplyDeletehoho
hee~ semua doktor dorang bertauliah dan ada kelayakan tau..
DeleteI love that idea. Great post! I like you to share your experience Visit: Urology Care India | Medical Value Travel India| Medical Value Travel India
ReplyDelete