SENARAI MAKANAN TINGGI KOLESTEROL YANG MAMPU MENGGUGAT KESIHATAN

by - October 08, 2017

kolesterol ? ala.. normal la kan rakyat Malaysia yang memang mewah dengan segala jenis makanan dan lansung tak kisahkan masalah kolesterol yang semakin membiak dan mengawal tubuh badan.. haa.. jom !! kawal pengambilan kat dalam Senarai Makanan Tinggi Kolesterol Yang Mampu Menggugat Kesihatan korang ni..

kalau korang memang dah didiagnos mempunyai kolesterol tinggi, memang kena bertindak lebih pantas dengan mengurangkan pengambilan makanan ber-kolesterol tinggi dan menggantikannya dengan makanan yang rendah kolesterol.. susah sebenarnya nak kawal sebab tak tau nak kawal atau tinggalkan terus.. ye la..
makanan yang tinggi kolesterol ni seme sedap-sedap kot.. hee~


"makanan yang mengandungi kolesterol, 
lemak trans dan lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol anda.."

Persatuan Jantung Amerika


antara negara yang memang ramai pesakit jantung adalah Malaysia yang direkodkan seramai 300 000 orang pesakit berdaftar.. haa.. yang tak berdaftar ? lagi ramai agaknya kan..

LEMAK TEPU

walaupun badan kita memang memerlukan lemak untuk berfungsi dengan lebih baik, tak bermakna kita boleh balun semua jenis makanan tak kira kandungan.. kan ? dan mengelakkan diri dari pengambilan lemak tepu secara berlebihan dengan menapis makanan harian kita..

lemak tepu berpunca daripada makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju dan pelbagai jenis makanan yang lain yang mungkin menjejaskan kualiti makanan atas label kesihatan.. memang ada lemak tepu yang boleh dimakan tapi TERLALU banyak lemak tepu yang boleh meningkatkan kadar kolesterol yang akan meyebabkan saluran darah tersumbat dan mengakibatkan masalah kesihatan yang lain seperti strok dan darah tinggi..

nah !! cara / tips untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu :

1 : gunakan minyak zaitun ketika memasak kerana minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu ( polyunsaturated dan monounsaturated ) yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol..

2 : kira bilangan jumlah lemak yang korang perlukan setiap hari.. kalau korang yang memang mengamalkan 2000 kalori diet ; wanita tak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu.. korang digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu jek !!


3 : elakkan makan makanan berproses - beku kerana kebanyakan makanan yang telah diproses - beku mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi..

4 : kurangkan makan daging merah terutamanya bahagian yang berlemak seperti tulang rusuk dan bacon sebaliknya menggantikan bahagian tersebut dengan daging ayam tanpa lemak dan kulit.. TAPI !! berhati-hati dengan bahagian ayam yang korang makan sebab ada bahagian-bahagian yang mengandungi lemak jugak..

5 : panggang daging bukannya menggoreng.. haa.. nampak ? teknik memasak pun penting ya.. hahahaha~ bila korang menggoreng, daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang korang gunakan untuk menggoreng.. tapi kalau korang memanggang, lemak pada daging akan cair dan keluar.. 

6 : kurangkan pengambilan produk tenusu dalam diet harian korang.. kenapa ? sebab keju mengandungi lemak tepu yang tinggi sama jugak dengan susu lemak penuh krim.. tapi kalau nak jugak, try semak kandungan makanan dan pilih makanan yang rendah lemak..

7 : tambahkan supplement omega-3 ke dlaam diet harian korang sebab omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan dan membantu untuk melawan lemak tepu dan kolesterol jahat.. bestkan ? hee~ bukan dapat tentang kolesterol jahat jek tapi dapat juga membantu menguatkan jantung, membantu penglihatan yang lebih baik dan mengawal mood korang..


MAKANAN YANG TINGGI KOLESTEROL

terdapat 213 miligram kolesterol dalam sebiji telur yang hanya 87 miligram kurang daripada jumlah harian yang disyorkan untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang normal.. apabila dimakan dengan makanan lain yang turut mempengaruhi paras kolesterol, ianya boleh menjejaskan tahap kolesterol.. 

ada pendapat mengatakan kolesterol hanya terkandung pada kuning telur, jadi kira selamat la kalau korang makan putih telur sahaja..

termasuklah makanan yang dibakar dan dipanggang seperti kek, cookies dan muffin dah tentulah termasuk dalam BIG NO untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi.. sebab ? makanan yang dibakar dan bergoreng selalunya mengandungi lemak trans.. TAPI !! kalau nak makan jugak, korang kena buat semakan teliti berapa kandungan lemak trans yang terkandung dalam makanan tersebut..


daging tenusu dan organ dalaman seperti hati mengandungi kolesterol makanan dan lemak tepu yang sangat tinggi.. tak salah rasanya kalau beralih kepada makanan yang rendah kolesterol seperti daging ayam tanpa kulit dan ikan..

haa.. ini memang kena masuk dalam senarai BIG NO ni.. hee~ ye la.. tengok pun tau kot segala jenis margerin / mentega adalah makanan tinggi kolesterol dan nyata mengandungi lemak tepu dan trans lemak yang tinggi.. dan korang kena jelas dan perlu lebih teliti dalam urusan memilih produk yang akan dimakan..

mungkin korang boleh beralih ke minyak sayuran yang mengandungi lemak trans yang lebih rendah..

mengurangkan pengambilan makanan berlemak bukan bermaksud badan korang tak perlukan lemak lansung tau.. otak dan beberapa organ lain yang ada dalam badan juga memerlukan sejumlah kandungan lemak untuk berfungsi dengan baik.. dan kalau nak berfungsi dengan baik, kena la dari sumber yang baik.. 

dan..

kakak dan suami pun masih memantau kandungan kolesterol dalam badan kami.. ye la.. bangsa bangsa kuat makan macam kami, memang tak reti nak bertapis sangat.. sebab tu setiap 3 bulan, kalau tak de kekangan masa kami sebolehnya akan buat pemeriksaan kolesterol untuk memastikan kami sihat.. 

bila sihat ; mesti cantik..

kan ?

You May Also Like

11 comments

  1. Kena kurangkan makan keju .. tidak muda- muda takut dapat kolestrol . Pemakanan kena jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ bukan keju jek.. tapi gula putih jugak tau..

      Delete
  2. haishh..yg berkolesterol ni la yg sedap..huwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ kan !!!!! tapi tu la kak fuzy.. kena kawal jugak.. kata nak sihat..

      Delete
  3. alamak cm ne ni semua sy suka mkn

    ReplyDelete
  4. Mmg bab mkn dkt malsydia xleh elak...
    Boleh mkn tp berpada pada

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bila dah dapat makan, tak ingat nak pada pada dah.. hee~ tau makan - sedap - santak sampai habis.. gittew--

      Delete
  5. dua kaedah biasa yang mungkin boleh kawal kolestrol dari menempek di dinding salur darah..byk minum air kosong dan selalu berlari-lari hahaha

    ReplyDelete
  6. seram-seram. makan kene beringatlah ye.

    ReplyDelete
  7. Aduh, kenalah beringat Kan, kata nak sihat smp ke Hari tua, nnt sakit siapa yg susah? Kita juga yg susah.

    ReplyDelete