SITI NURHALIZA KINI BERGELAR DATUK SERI SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG

by - October 24, 2017

sebenarnya kakak tak pelik lansung bila encik suami bagitau kakak yang penyanyi tersohor negara tiada galang ganti iaitu Dato’ ( sebelumnya ) Siti Nurhaliza Taruddin telah dikurniakan darjah kebesaran sempena Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang bertempat di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang Darul Makmur yang membawa title DATUK SERI.. serius.. kakak cuma bukak instagram dan scroll untuk cari informasi..

siti_nurhaliza

Siti Nurhaliza, 38, yang terkenal dengan lagu Cindai telah memuatnaik beberapa keping gambar istiadat penerimaan pingat oleh pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut menyifatkan penganugerahan tersebut sebagai rezeki anak hasil perkahwinannya dengan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa..


"pertama sekali saya menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang di atas pengurniaan 
darjah kebesaran negeri Pahang dan sebagai rakyat Pahang, ini merupakan satu 
penghormatan kepada saya.. ini bukan saja penghargaan kepada diri saya seorang 
tetapi mewakili insan seni yang lain kerana saya yakin, setiap masyarakat mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri.. alhamdulillah, saya menerima gelaran ini 
pada usia 21 tahun saya di dalam bidang seni dan penghormatan ini adalah 
salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri di dalam 
karier saya.. ini juga adalah rezeki saya dan juga bayi di dalam kandungan saya, 
rezeki yang datang dalam pelbagai cara yang berbeza.. 
sekali lagi saya menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang, 
semoga Tuanku dilanjutkan usia dan dapat terus memerintah negeri ini 
sempena memuliakan ulangtahun hari keputeraan Tuanku.." 


sangat merendah diri !! hee~ walaupun kakak tak berapa minat Siti Nurhaliza ni tapi bohong la kalau kakak tak perasan setiap perkembangan karier beliau dari Bintang RTM dulu sampai berjaya menyapu bersih untuk semua kategori AIM saban tahun..

dato_sri_siti_nurhaliza_1
ihsan : @malaysiaroyalfamily
selain Siti Nurhaliza, 101 penerima turut mendapat pelbagai kategori darjah kebesaran sempena memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang.. antaranya, adalah :

  • Datuk Eizlan Yusof
  • Datuk Maria Menado
  • Adi Putra
  • Jovian Mandagie
hee~ kakak pun sedikit terkejut sebenarnya sebab ramai ‘orang luar’ yang pegang pelbagai jenis pangkat berpengaruh kat Malaysia ni.. mungkin ada sisi baik yang lain telah mereka lakukan turut memberi penilaian baik dan melayakkan mereka memegang title tersebut.. tak perlulah orang ramai persoalkan..

apa pun..

kakak memang tabik spring dekat Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang pada asalnya hanya budak kampung yang lasak membantu ibunya menjual kuih, kini menjadi idola ramai .. ye la.. dengan pencapaian cemerlang dari awal sehingga kini tapi tiada sebarang rekod buruk yang menjejaskan kualiti beliau.. ada lagi tak kualiti yang sama seperti Siti Nurhaliza ni pada artis zaman sekarang ? hee~ ade kot kan.. harap-harapnya begitulah..

datuk_seri_siti_nurhaliza
ihsan : @ctdk
mengesahkan kandungan beliau yang menginjak bulan kelima, kakak doakan Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik hendaknya.. aamiin.. dan tahniah sekali lagi..


You May Also Like

2 comments

  1. Alhamdulillah.. Rezeki beliau..

    ReplyDelete
  2. Tulah, semalam ramai update dato siti dianugerahkan lagi gelaran dato seri. Rezeki anak namanya tu

    ReplyDelete