AYAM MASAK KARAMEL LEE KUM KEE
nah !! gittew-- hee~ ntah tak tau nak masak apa lepas tu bebajet chef.. habis selongkar dapur jumpa goodies masa My Fun Cooking sebelum ni.. belek punya belek tak tau nak masak apa.. main tala jek la pakai SOS KARAMEL LEE KUM KEE tu.. maka terjadilah.. ayam masak karamel Lee Kum Kee..
sape kenal kakak memang tau la kakak ni sejenis yang tak brape rajin nak masak yang susah-susah siap skill yang pelbagai.. asalkan bahan simple dan cepat siap, memang itu jek la masakan dari dapur kaler pink kakak.. hee~ serius.. kalau sebelum ni kakak masak ayam masak cendawan untuk detox kan, kali ni masih bahan yang sama !! nampak ? hahahah~ sebab masakan ni senang gile kot..
BACA SINI --> PERTANDINGAN MEMASAK IBU DAN ANAK ANJURAN LEE KUM KEE
BAHAN-BAHAN
isi ayam
cendawan shitake
brokoli
carrot
bawang putih
bawang besar
halia
cili kering
minyak masak
sos karamel masakan Lee Kum Kee
itu jek pon !! memang sedia ada dah bahan-bahan tu seme kat rumah.. main campak campak.. jadik !! siap !! sila makan..
BACA SINI --> RESEPI SEDAP UNTUK KAKI DETOX
CARA-CARANYA
sangatlah mudah hai hai hai.. hee~
- panaskan minyak
- tumis bawang putih – bawang besar – halia cukup naik bau masukkan cili kering
- sementara nak tunggu dorang sama sama naik bau, gaul sebati isi ayam tadi dengan sos karamel Lee Kum Kee.. sukatan ? ikut suka korang la..
- masukkan isi ayam tadi kat dalam kuali.. gaul mesra..
- agak agak isi ayam dah masak, masukkan semua jenis sayur.. kakak tak suka sayur tu lembik, jadi kakak gaul gaul ala kadar jek..
terpulang kat korang nak tambah bahan perasa atau tak sebab kakak memang tak tambah pape.. semuanya dah cukup rasa melalui bahan tumisan tadi dan sos karamel tu.. cuma kakak suka berkuah sikit, jadi kakak tambah air..
bila dah siap ?
ni untuk lunch Nur Aiman dengan Nur Aina.. hee~ berselera btol dorang makan.. ibu pun happy.. |
silalah makan dengan nasi panas.. huu~ syahdu jek rasa.. selamat try !! eh !! selamat menjejes air liur dulu lah..
Adoilah.. Pepagi dah nampak ayam.. Telan air liur je mampu.. Hehehe.. Nanti kena cari sos karamel nie.. Jeles pula tengok ayam tu.. Hahaha..
ReplyDeletegee pun suka masak simple dimple nih!nampak sedapppp tu..
ReplyDeletemudah sangat ni nanti nak cari lah sos ni. Agak malas nak masak boleh masak resipi ni. :D
ReplyDeleteRasanya macam mana kak? Macam ayam masak marmite ke? Nampak sedap ni.
ReplyDeleteTak pernah guna sos karamel ni. Nanti nak try la. Selain masak lauk ni, sos karamel tu boleh guna untuk ape lagi ye?
ReplyDeletewow! sodapnya akak! bila nak jemput datang rumah ni? :p kekeke. teringin nak merasa air tangan hakak ;p
ReplyDeleteWah, sedap ni makan dengan nasi panas dan sambal lada kicap. Thanks for the recipe :)
ReplyDeleteSedapnya kak. Ayam dengan brokoli sedappp sangat lak. Makanan yang menyihatkan. :D
ReplyDeletemenarik.. boleh cuba ni.. kdg kebuntuan nak masak apa dgn lauk ayam yg ada..
ReplyDeletenyummy..boleh try ni...masak campak2...janji sedap ..
ReplyDeletehttps://caramelmacchiyato.blogspot.my