TARUHAN MJ KE ATAS DELUSI MACAM TAK MENJADI JE--

by - November 01, 2017

mula-mula kakak dengar lagu ni kat drama Awak Suka Saya Tak.. masa tu tak de la tercari-cari sangat tapi yang episod Hilman hilang ingatan tu, si dak Intan dok menangis bagai tu la yang keluar lagu ni.. hee~ memang jiwa kakak kan lagu-lagu camni.. tangkap jiwa sket, jiwang sket, ala ala frust gitu.. haa.. punya melayan YouTube tetiba jumpa !!

mj_delusi


SIAPA PENYANYI LAGU DELUSI ?

kalau sebelumnya mereka merupakan ahli kumpulan Vortez ( tak femes pon.. hee~ ) mereka mengambil langkah ke hadapan dengan menubuhkan MJ yang merupakan singkatan dari nama mereka berdua.. Meeyo + Joe.. kedua-duanya yang berumur 24 tahun ini telah mengeluarkan single pertama mereka iaitu Delusi yang berentak Pop Rock telah dimuat naik di laman YouTube Golden Callista Sdn. Bhd. pada Jun 2017 setakat ini telah ditonton sebanyak 148 406 kali.. tak pe la lambat sikit.. lama-lama nanti naik lettew--

katanya !! Delusi menceritakan tentang lelaki yang bercinta dlaam khayalannya sendiri.. suka tapi tak luahkan perasaannya.. seksa kan ? hee~ lantak situ.. sape suruh tak luahkan ?



DELUSI - MJ

VERSE 1
resah hati ini
rebah diri ini
mengenangkan kamu
mendustaiku

kau curangi aku
hancurkan hidupku
namun pun begitu
harus ku terima

PRE CHORUS
ku rela semua ini
kita harus berpisah

CHORUS
terimalah walaupun tak mudah
aku selalu menantimu sayang
ku mengerti walau tak terdaya
berat tuk melepaskanmu

VERSE 2
bila hanya mimpi
kau peluk erat tubuhku
belaianmu selalu
ku mahu.. ooo..

betapa ku mahu
kau menjadi milikku
mengundang kecewa
semuanya delusi

BRIDGE
harapan ku tetap dalam angan
walau diriku penuh dengan tangisan


katanya lirik lagu ni menceritakan tentang Delusi percintaan lelaki tu.. tapi apsal la kakak rasa macam lelaki tu kena tipu dek perempuan yang dia suka ? hee~ ke kakak jek rasa gitu ? ke mesej tu yang tak sampai kat kakak ?
atiehilmi.com

You May Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. betul.. boleh la kalau sekadar nak layan time menaip entri baru.. hee~

      Delete