TASTY TILL LAST BITE HANYA DI THE HOB, BANDAR BARU BANGI

vavavavava—dia punya tagline pun lain maciam dekkkkk.. sedap sangat ke sampai dorang guna tagline membunuh perasaan orang lapar sampai macam tu sekali ? hee~ kakak tak pandai mukadimah panjang-panjang kalau menaip entri makan makan ni, lapar balik jadinya..

the_hob_bandar_baru_bangi_2


THE HOB CAFE, BANDAR BARU BANGI

terletak sederet dengan butik Pick A Dress, kafe hak milik Bumiputera sepenuhnya ( ya !! sudah tentu halal – lah.. hee~ ) merupakan kafe pertama yang ‘dilahirkan’ oleh pengasasnya iaitu Puan Hajah Azilah Akashah yang juga pemilik Telekung Qasha yang kakak buat review sebelum ni tu.. hee~

BACA SINI –> 

dengan konsep ala-ala hipster tapi serius kemas dan tak serabut turut menekankan aspek kekeluargaan, The Hob menyajikan pelbagai menu mengikut kesesuaian selera para pelanggan termasuklah western dan pelbagai hidangan tempatan.. nah !! jangan pandang rendah pada kemampuan mereka tau.. walaupun masih baru dalam bidang penyajian makanan, The Hob menjanjikan yang terbaik dan yang sedap sedap saje..

cafe_bandar_baru_bangi

dengan keluasan yang sesuai dengan keselesaan dari segi susunatur serta kemudahan lain seperti tandas, The Hob juga memberi ruang kepada sesiapa yang ingin mengadakan majlis seperti sambutan harijadi, gathering mahupun training dalam suasana yang selesa.. ehem.. jangan lupa tanyakan pakej makanan yang ada tau..

SIGNATURE THE HOB CAFE

kalau korang singgah ke The Hob kafe ni, kakak cadangkan korang cuba Crispy Cheezy Panini dengan pilihan inti seperti Chicken Slice, Beef Slice, Turkey Slice, tuna dan juga Telur yang cuma berharga RM 7.50 – RM 10.00 sahaja.. makan ni pun dah kenyang yakmat weyh, dah la dihidang panas-panas dengan cairan cheese yang bila korang tarik dia memanjang.. hahaha~ gile ah.. terliur tengok cheese macam tu tau..

the_hob_bandar_baru_bangi_5

tak lapuk dek hujan..
tak lekang dek panas..

masih menjadi kegilaan ramai apabila MEE KARI special ini menjadi tumpuan.. nah !! semangkuk besar gais penuh dengan bahan-bahan sampingan ( selain mee kuning la kan.. hee~ ) yang penting, tak terlampau pedas dan karinya cukup rasa ( santan + rempah kari = perfect ) sesuai untuk kanak-kanak ataupun orang dewasa yang memang tak kuat pedas..

the_hob_bandar_baru_bangi_6

ehem.. memang saja kakak cerita lambat sket pasal menu nan satu ini.. hee~ jarang tak jumpa homemade patty yang padat dengan daging ( selalu kakak jumpa banyak tepung jek—hampeh btol !! ) dan daging tu mencair padat dalam mulut korang.. pergh !! menduga nafsu makan kakak betul tau.. hahahaha~ dari sekecil-kecil burger sehinggalah ke Premium Burger kesemua patties disediakan dengan penuh kasih sayang dan dihidangkan bersama sos lada hitam dan kentang goreng gais..

the_hob_bandar_baru_bangi_3

confirm kenyang kalau korang dapat habiskan..

the_hob_bandar_baru_bangi_4
hahahaha~ kakak memang sejenis tak senonoh sikit.. habis kakak bedah ha nak tengok padat ke idok dagingnye..
ada banyak menu lain yang mungkin kena dengan selera korang termasuklah :

  • nasi goreng
  • nasi putih berlauk
  • mee rebus
  • bakso
  • pelbagai pasta
  • sandwich
  • sup
  • salad
jadi !! jangan had kan selera korang dengan menu signature sahaja tau.. hee~ kot la nanti nak bawa mak abah makan kat The Hob tapi mak abah tak pandai makan makanan western.. haa.. jangan risau okay..


kalau korang tak sempat nak menyinggah ke kafe, jangan bermuram durja.. mungkin korang boleh buat lawatan ( dah macam YB dah.. hee~ ) ke PKNS Bangi dan cari food truck The Hob kat sana dari jam 6 petang sampai la ke lewat malam.. menunya ? ya.. sama jek cuma tak de la sebanyak di kafe, hanya menu yang penyediaannya lebih ringkas dan sesuai dimasak di atas truck.. itu pun dah banyak gais.. terliur korang nak memilih nak makan apa nanti..

the_hob_bandar_baru_bangi

untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi The Hob terus :

KAFE : 03-8926 8878

ALAMAT : THE HOB CAFE, No 5-G-01 Jalan Medan PB2A, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan

WAKTU PERNIAGAAN : TUTUP SETIAP ISNIN
KAFE : 11.30 pagi – 9.00 malam
FOOD TRUCK : 6.00 petang – 12.00 tengahmalam

disclaimer : istilah SEDAP pada tekak kakak tak bermaksud sedap pada tekak korang.. begitu juga sebaliknya.. hee~ jadi, kakak tak bertanggungjawab kalau tetiba korang pergi dan korang rasa tak sedap pada tekak korang sebab masa kakak makan, tekak kakak rasa sedap jek—


4 comments:

  1. Rasa semakin lapar bila baca secara terpeinci tentang menu tu. Pernah nampak Foodtruck The Hob ni masa kursus kat Bangi hari tu. Tapi rasa rugi tak mencuba...

    ReplyDelete
  2. auumm dappp.. cheezy panini tuuu

    ReplyDelete
  3. Burger tu menyelerakan pulak... aduhhh saje jee tau tayang makanan sedap2 ni

    ReplyDelete
  4. selain restoran die ada food truck juga..hebat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.