REKAAN EKSKLUSIF UNTUK GAYA ELEGAN BERLITUP MANIS DENGAN TELEKUNG QASHA

nah !! tajuk yang sedikit melampau tapi menimbulkan tanda tanya kan ? kan ? kan ? hee~ ya.. Telekung Qasha mengorak langkah ke arah fenomena bertelekung manis dalam gaya eksklusif dan elegan.. korang ade ?

telekung_untuk_hantaran_kahwin


TELEKUNG QASHA

diceduk nama dari bapa pengasas Qasha Couture, Puan Hajah Azilah Akashah iaitu Tuan Haji Akashah Hj Abdul Samad bagi mengenang jasa arwah.. ditubuhkan pada Mac 2008 di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi ini sangat terkenal dengan pakaian-pakaian muslimah perempuan, lelaki dan kanak-kanak.. beliau yang mempunyai bakat menjahit telah mereka semua pakaian dan setiap koleksi Telekung Qasha adalah LIMITED EDITION tau..

setelah gagal sebanyak enam ( 6 ) kali dalam bidang perniagaan, Puan Hajah Azilah Akashah tidak pernah patah semangat dan terus mengorak langkah memajukan perusahaan telekung..

enam kali gais.. enam kali.. tapi beliau terus bangun dengan empayar yang lebih besar dan berani..

pada awalnya, beliau yang hanya bermodalkan hampir RM 300 000.00 dengan menghasilkan dua jenis telekung khusus untuk dipakai muslimah yang mengerjakan umrah dan untuk solat sehari-hari.. dengan menggunakan warna putih keseluruhannya, Telekung Qasha mendapat sambutan positif dari para pengguna dan hasil jualan semakin meningkat saban bulan..


“memang benar Telekung Qasha menggunakan warna putih sahaja bahkan corak 
di kaki telekung dan kain telekung juga berwarna putih.. bagi saya putih adalah 
warna yang suci dan bersih.. jadi apabila kita menghadap Tuhan, 
putih lebih mendekatkan hati kita kepada Allah..” 

Puan Hajah Azilah Akashah
Pengasas Butik Telekung Qasha


jelas Azilah yang turut berkecimpung dalam bidang hartanah dan dalam perancangan menambah bidang perniagaan yang sesuai dengan jiwanya..

harga_telekung_qasha
corak bunga Reflesia dengan sulaman tebuk dijahit terus pada kaki telekung dan kaki kain telekung turut mengimbau kenangan pada penghasilan telekung-telekung lama dipasaran pada satu masa dahulu
buat masa ini, Telekung Qasha telah mengeluarkan ( 3 ) jenis telekung, iaitu :

TELEKUNG TASHA

mempunyai design yang sangat selesa dipakai di mana bahagian dagunya ( menggunakan kain lycra ) dibesarkan untuk menutup ruang rahang dagu terutamanya pada mereka yang mempunyai wajah yang agak lebar dan besar.. renda bermotifkan bunga Reflesia yang menyerlahkan kekemasan elegan dan eksklusif ini menyerlahkan kualiti kain spun polyster yang sangat sesuai dijadikan hadiah / hantaran perkahwinan mahupun sebagai koleksi peribadi

TELEKUNG DALIFA

sedikit berbeza dengan telekung yang lain, kerana Telekung dalifa mempunyai corak muka yang berbeza ; di bahagian dagunya ditarik hingga ke bawah sedikit sehingga menampakkan muka tirus dan kecil namun masih menutup aurat dan patuh syariah.. kain lycra digunakan sebagai pelapik dagu di mana ianya mudah untuk diolah mengikut keselesaan pemakai.. walaupun sedikit kecil dan dipotong menyerong  ke arah pipi dan tampak manis berseri menambahkan aur pada pemakai..

TELEKUNG ZULAIKA

menonjolkan perbezaan pada kepala dan dagu telekung, Telekung Zulaika ditempa dengan corak berombak dikepala telekung dan sangat selesa.. ya !! material dan cara jahitanya yang kemas membuatkan Telekung Zulaika menjadi tumpuan peminat telekung untuk dijadikan salah satu koleksi atau digunakan secara ganti-ganti semasa menunaikan ibadah umrah atau haji..
reka bentuk corak yang elegan membuatkan pemakai tampak kemas dan selesa dengan renda berbunga Q di atas dai bagi menyerikan wajah pemakai..

telekung_qasha_2


SAIZ TELEKUNG QASHA

panjang telekung midi :
  • 100 cm – 101 cm
panjang telekung :
  • 120 cm – 121 cm
panjang kain :
  • 128 cm – 130 cm
bukaan muka telekung yang disediakan oleh Telekung Qasha adalah 34 cm dan tak payah pakai anak tudung dah.. memang ngam ngam ni.. hee~ dan !! yang paling menariknya, pelanggan boleh menempah mengikut kesesuaian tinggi tau.. ye la.. ketinggian dan saiz badan kita tak sama kan apatah lagi saiz muka kita mungkin ada yang sedikit lebar dan kecil.. cuma mengambil masa sekitar 3 minggu dari tarikh tempahan..

butik_telekung_qasha_di_bangi

Telekung Qasha yang mahu mengetengahkan konsep berniaga sambil beribadah turut dalam perancangan mengeluarkan pelbagai barangan umrah, pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak yang sesuai dipakai semasa mengerjakan ibadah umrah dan haji dengan padanan harga yang mampi milik oleh segenap lapisan masyarakat.. dengan harga serendah RM 130.00, pengguna akan memiliki material kapas terbaik dengan hasil kerja yang halus..

promosi_telekung_qasha

RM 130.00 ?

biar betul.. hee~ ya betul.. tapi !! sepanjang bulan Disember 2017 ni ada promosi dari 15% untuk semua design Telekung Qasha tau, siap ada FREE GIFT ( selagi stok masih ada ) lagi.. jadi !! jangan lepaskan peluang untuk memiliki sepasang untuk diri sendiri atau dijadikan hadiah buat yang tersayang..

orang kata ; untuk melihat kualiti sesuatu produk tu.. sebagai pengguna kita ada hak untuk merasai / menyentuh / memegang produk tu.. haa.. BONUS untuk pelanggan sekitar Bangi, Selangor Darul Ehsan.. korang boleh singgah ke Butik Telekung Qasha seperti di alamat berikut :

Butik Telekung Qasha
No. 6-25-01 Jalan Medan PB8A,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

yang dok jauh tu jangan la bermuram durja.. hee~ sebab korang pun boleh buat pesanan online kat :

LAMAN WEB : www.qasha.com.my

5 comments:

  1. mujur baru aje beli telekung.

    hoho

    ReplyDelete
  2. cantik kan telekung dia.. macam nak grab jugak satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ ape lagi.. boleh la beli untuk koleksi sendiri ni mamajue..

      Delete
  3. Lawa2 telekung.. Salam singgah... done follow.. please followback

    ReplyDelete

Powered by Blogger.