HIMPUNAN DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA / TUGASAN

by - February 01, 2018

korang nak start buat kerja ? em.. dah mulakan tugas dengan doa ? hee~ baca doa apa jek tu ? ya.. Islam itu mudah, dengan niat sahaja dapat menyampaikan niat kita.. kan ? tapi, apa salahnya berdoa dengan lebih spesifik supaya kerja / tugasan yang ingin dilakukan lebih lancar dan memberi semangat kerja yang positif..

himpunan_doa_sebelum_mulakan_kerja_awal_pagi


KENAPA PERLU BERDOA ?

kerana doa itu satu pengabdian terhadap yang Maha Esa dan kita mengaku yang kita ni lemah, miskin, jahil dan kita memang sangat memerlukan Allah SWT melebihi segalanya.. meletakkan kebergantungan sepenuhnya hanya kepada Dia..

“berdoalah kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan bagimu.. sesungguhnya orang yang menyombong diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dengan keadaan hina dina..” – surah al-Ghafir ; 40 : 60

sebelum mulakan kerja, kakak sendiri mulakan dengan doa spesifik.. hee~ kalau ikut kan panjang yakmat, tapi ini antara yang kakak sedang cuba untuk amalkan secara konsisten..

himpunan_doa_Sebelum_mulakan_pekerjaan
ini yang kakak tampal kat dinding.. hee~ 

DOA SEBELUM MULAKAN KERJA

banyak jek entri yang menghimpunkan pelbagai doa sebelum mulakan kerja / tugasan, mungkin korang tak jumpa.. hee~ nah !! kakak pun bukak la entri jugak untuk kongsikan kat korang doa yang kakak sendiri amalkan..

“Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami memohon ke hadrat Mu mendapatkan seluruh kebaikan di sepanjang hari ini, dari awal pembukaannya, dengan petunjuk hidayah Mu.. kami mohon berlindung kepada Mu dari sebarang kejahatan yang terdapat pada hari ini, pada hari sebelumnya dan pada hari selepasnya..”

“Ya Allah baikpulihkanlah pegangan agama kami, kerana agamalah yang menjadi kuasa pengawal segala urusan hidup kami.. perbaikkanlah segala urustadbir persoalan keduniaan kami, kerana di dalamnya kami menjalani kehidupan kami.. perbaikkanlah urustadbir urusan akhirat kami, kerana disanalah destinasi tempat kembali kami..”

doa_sebelum_mulakan_kerja
haa.. senang nampak kan ?

“jadikanlah penerusan kehidupan ini peluang penambahan segala kebaikan kami, dan kematian kami nanti sebagai detik ketika mendapat ketenangan dan kerehatan..”

“Ya Allah, jadikanlah perkhidmatan dan pekerjaan kami, termasuk dalam budaya kerja cemerlang, memenuhi ciri-ciri Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan, sebagai amalan soleh yang mendapat keberkatan dan keredaan Mu..”

“Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sebarang perbuatan menyeleweng sama ada penyelewengan masa, material dan tenaga sebaliknya jadikanlah kami sebagai orang yang memberi tumpuan kepada kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami kerana sesungguhnya kami amat takut kepada peringatan balasan Mu nanti terhadap orang-orang yang mengabaikan tanggungjawab..”

“Ya Allah! sesungguhnya kami bermohon kepada-Mu pembukaan yang baik dan penutup yang baik,dan keseluruhan yang baik di awalnya dan diakhirnya, zahirnya dan batinnya serta darjat yang tinggi di syurga.. Ya Allah! sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini dan kebaikan yang ada pada hari ini, dan kami berlindung kepada-Mu daripada keburukan hari ini dan keburukan yangada pada hari ini.. Ya Allah! sucikanlah hati kami daripada sifat nifaq ( munafiq ), pekerjaan kami daripada berlaku khianat.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala mata-mata yang berlaku khianat dan apa yang disembunyikan oleh dada-dada..”

banyak jek lagi doa-doa yang korang boleh amalkan berserta niat bekerja kerana Dia.. hee~ semoga kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa dan lebih komited dalam pekerjaan..

salam 01 Februari !!
semoga ibadah kita diterima Allah SWT..
semoga kebaikan dunia dan akhirat milik kita bersama..
aamiin--


You May Also Like

2 comments

  1. Terima kasih kak Atie krn berkongsi doa ini. Boleh lah sy amalkan untuk aktiviti seharian

    ReplyDelete