PULANGAN TUNAI DARI SHOPEE SEMPENA KEMPEN HARI GAJI BULAN FEBRUARI 2018

by - February 25, 2018

ehem.. dah gaji ke gaisssss ? ntah la.. kakak serba salah nak jadi penghasut ni, kang kalau tak hasut rasa serba salah plak.. hahahaha~ korang gak rugi nanti..

shopee_pay_Day

sekali lagi Shopee tampil dengan pelancaran Kempen Hari Gaji yang bermula dari 26 Februari 2018 hingga 28 Februari 2018 yang memberi peluang untuk penerima gaji ( hujung bulan kheeennn.. hee~ ) membeli-belah barang keperluan termasuklah keperluan harian.. pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat serta potongan harga termasuklah pulangan tunai sebanyak 18% dalam bentuk syiling Shopee bagi setiap barangan promosi..

tips kakak : setiap pembelian barangan dari Shopee, korang akan dapat Shopee Coin.. nanti kumpul banyak-banyak dan boleh gunakan semula untuk pembelian seterusnya.. tak rugi kan ? jimat lagi ada la..

kebiasaannya, Shopee akan bagi RM 1.00 = 1 Shopee Coin, tapi !! sempena Kempen Hari Gaji ni, Shopee akan bagi RM 1.00 = 18 Shopee Coin.. serius banyak !!


“tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam 
bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu 
dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan.. 
aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema 
pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa 
waktu kemuncak aktiviti membeli-belah..”

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee


biasa la kan, lepas dapat gaji mesti nak shopping sebagai reward sebulan penat bekerja kan.. haa.. kalau korang nak tau, aktiviti membeli-belah di Shopee menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengahari ( 12.00 tengahari – 1.00 petang ) dan selepas makan malam ( 8.00 malam – 9.00 malam ) dan inisiatif Shopee memudahkan para pengguna dengan mempelbagaikan cara pembayaran termasuklah transaksi online, kredit dan debit kad..

Kempen Hari Gaji Shopee_Infografik
produk yang selalu korang beli.. hee~ yang kakak selalu beli jugak..

sepanjang 3 ( tiga ) hari Kempen Hari Gaji Shopee ni, korang boleh menikmati tawaran hebat untuk 5,000 produk dari :

  • mobil dan gajet
  • kesihatan dan kecantikan
  • permainan
  • kelengkapan kanak-kanak dan bayi
  • perabot dan perhiasan rumah
  • barangan runcit
  • fesyen wanita dan lelaki

seperti biasa, tulang belakang yang turut memberi kerjasama :

  • LÓreal
  • Nestle
  • Big Pharmacy
  • Bagstation
  • XES Shoes
  • Vivo

XES_InApp

untuk membantu korang berjimat lebih.. bestkan ? hee~ mesti la best sebab hampir semuanya harga lebih murah berbanding harga kat kedai nunnnnnnn..

korang memang aktif kat Facebook ? haa.. jangan lupa nantikan Facebook Live : Edisi Hari Gaji pada 26 Februari 2018 pada jam 2.00 petang yang membolehkan korang memenangi Shopee Coin dan pelbagai hadiah termasuklah telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM 3,999.00.. dan untuk pengguna aplikasi Shopee, korang boleh join Jualan Lelong Mobil Hari Gaji kat Shopee Mamak dan korang berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM 4,000.00 termasuklah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas jenama Dyson..

nah !!
apa lagi ?

kalau kena dengan masa, memang tak rugi kalau korang cuba cuba explore aplikasi Shopee ni cuma tu la.. kakak takut korang tak jumpa jalan keluar dari aplikasi tersebut.. hee~ ye la.. banyak sangat produk yang ditawarkan dengan harga mampu milik.. yang penting service memang thorrrbaaeeeekkkkk..

LAMAN WEB : www.shopee.com.my

jangan lupa install aplikasi Shopee !!


You May Also Like

1 comments

  1. tapi gaji gomen dah dapat awal dah. kene tggu lagi sebulan. hehe

    ReplyDelete