MENANGI LEBIH RM 10,000.00 SEMPENA ULANGTAHUN KE-5 iBIS STYLES FRASER BUSINESS PARK KUALA LUMPUR

by - February 25, 2018

lari dari rutin harian dengan kehidupan ringkas tetapi mewah ? em.. siapa tak nak kan ? hee~ ibis Styles Fraser Business Park Kuala Lumpur yang telah beroperasi selama 5 ( lima ) tahun dengan memberi perkhidmatan kepada lebih 1 juta tetamu..


telah mula beroperasi sejak 08 Mac 2013, ibis Styles Fraser Business Park Kuala Lumpur memperkenalkan Kempen Grand Lucky Dip yang akan berlansung sepanjang tahun 2018 ini dengan tawaran kadar ideal untuk bilik serendah RM 160.00 untuk satu malam.. haa.. kalau dah boring duduk kat rumah, boleh la cuba hirup angin baharu dengan kadar mampu milik.. bukan semua hotel kat Kuala Lumpur menawarkan harga sebaik ini tau..

ibis_style_fraser_business_kuala_lumpur_anniversary

terdapat sejumlah hadiah wang tunai untuk dijadikan ‘habuan’ kepada pelanggan ibis Styles Fraser Park Kuala Lumpur :

  • 5     x   RM 10,000.00
  • 5     x   RM 5,000.00
  • 25   x   RM 1,000.00
  • baucar F & B
  • penginapan percuma
dan kalau korang merupakan ahli Accor Plus atau pemegang kad Citibank, korang berpeluang menikmati ‘double dips’ dengan peluang menang besar.. ye la.. orang lain semua boleh join sekali jek tapi korang ada kelebihan dengan double dips tu..


"kami mahu para tetamu kami berasa gembira dengan pengalaman
yang tidak dapat dilupakan sebagai sebahagian daripada inisiatif
transformasi pengalaman tetamu kami - The Heartist.."

- Jagdish Pantlia, Pengurus Besar ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park


ibis_style_hotel_cheras

terletak di lokasi yang strategik bersebelahan dengan persimpangan Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi dan Jalan Loke Yew memberi kelebihan kukuh kepada ibis Styles Fraser Business Park Kuala Lumpur menjadi salah satu hotel ekonomi bertaraf premium terbaik di Kuala Lumpur / Selangor dengan penyediaan akses mudah terus ke Bukit Bintang, Sunway Velocity Mall, MyTOWN KL, IKEA Cheras Zouk dan TREC KL.. kalau tak nak drive, boleh jek guna LRT Chan Sow Lin yang terletak bersebelahan dengan hotel..

standard_room_ibis_style_hotel_kuala_lumpur
rekaan ringkas dan berwarna-warni memberi suntikan energy.. bestkan ? hee~
kemas dan selesa, sesuai untuk mereka yang sudah bekeluarga mahupun pengembara solo.. best !! sudah tentunya bersih dan kemas..
sebanyak 496 buah bilik yang dijenamakan dengan rekaan Accor Hotel yang bertujuan memberikan yang terbaik di anatara yang terbaik, turut menawarkan pakej bilik serba lengkap termasuk sarapan all – you – can – eat dan penggunaan Wi-Fi secara PERCUMA.. terbaik dalam kelas tersendiri, Ibis Style Fraser Business Kuala Lumpur juga menyediakan perkhidmatan drop-off untuk tetamu pergi membeli belah di KLCC dan Pavilion KL bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam..


kalau korang memang mencari bilik hotel mampu milik tapi dengan persekitaran eksklusif dan premium, ibis Styles Fraser Business Park Kuala Lumpur menjanjikan yang terbaik lagi-lagi ada promosi sepena Ulang Tahun ke-5 ni.. lagi la super BEST..

nah !!

untuk korang mengorek segala informasi kat sini :

LAMAN WEB : www.accorhotel.com
LAMAN WEB : www.ibis.com
GOOGLE+ : www.g+.com/ibis
YOUTUBE : www.youtube.com/ibis

bila lagi nak menang wang tunai besar kan ? senang jek pon.. duduk kat hotel ni, semua pun berpeluang menang.. hee~


You May Also Like

1 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...