PROMOSI BERBUKA PUASA DI MAKAN CULTURE, AEON BIG, WANGSA MAJU

by - April 30, 2018

makan lagi ? hee~ dah kata kakak memang pencinta makanan sedap, memang tak boleh elak kalau jumpa port – port makanan yang best apatah lagi yang menghidangkan pelbagai jenis makanan yang berpadanan dengan harga.. nak tolak ? diet cuma mampu kirim salam jek la..

makan_culture_wangsa_maju_kuala_lumpur

maklum la, dah nak dekat puasa ni memang banyak restoran yang menonjolkan menu terbaharu dijangka HIT dan sesuai untuk berbuka puasa.. nah !! pertama kali kakak jejakkan kaki di Makan culture memang sangat relax dan santai disambut mesra oleh pekerja.. siapa tak seronok kalau disambut bak VVIP.. hee~


MAKAN CULTURE AEON BIG, WANGSA MAJU


restoran yang mampu memuatkan lebih 50 orang dalam satu-satu masa ini turut menjadikan hidangan Asian Fusion sebagai menu utama dengan harga yang sangat berpatutan untuk setiap hidangan lengkap, sudah pastinya ia harga antara yang termurah dan berbaloi.. tapi !! sedap ke ? em.. kakak ni kalau jenis makan, bayar mahal sikit pun tak pe janji sedap..

promosi_berbuka_puasa_aeon_big_wangsa_maju
Nasi Ayam XL Rendang Ayam
dan sempena bulan Ramadhan yang semakin hampir, Makan Culture turut menyediakan hidangan khusus untuk pelanggan berbuka puasa dengan nikmat kelazatan hasil tangan dari barisan chef tempatan.. ada pelbagai pilihan makanan seperti Nasi Ayam XL Rendang Ayam, Nasi Ayam XL Ayam Goreng yang dijangka akan HIT sepanjang bulan puasa ni nanti..

promosi_makan_culture_aeon_big_wangsa_maju
wajib try !!
dan kalau korang datang dengan keluarga atau rakan-rakan, mungkin korang boleh memilih SET A atau SET B mengikut kesesuaian pax..

promosi_berbuka_puasa_2018
FAMILY SET yang menghidangkan variasi lauk pauk untuk 6 pax

untuk FAMILY SET A dan FAMILY SET B, mereka akan menghidangkan :

  • nasi putih
  • special claypot seafood curry ATAU tom yum soup
  • buttermilk chicken
  • sweet sour fish fillet
  • mixed vege with beancurd
  • crispy siakap sweet sour sauce ( SET B SAHAJA )
  • 1  x  jug sparkling limau kasturi ( FREE 1 x refill )

bagi mengelakkan kesesakan tempahan semasa berbuka, korang tempahan boleh dibuat mulai 01 Mei 2018 ( esok !! ) hee~ maksudnya, kalau korang dah booking dah tak payah nak pening-pening kepala nak berbuka kat mana nanti.. semua serahkan kat Makan Culture jek..

macamana nak tempah ?

HOTLINE : 03 - 4131 6692

blogger_malaysia

You May Also Like

0 comments