SITI NUR AINA BINTI MOHD. NUR HILMI ; THE UNPLANNED BABY IS NOW 6 YEARS OLD !!

hee~ tajuk minah saleh sangat khennnn.. ya !! drama slot 7 petang gaissss..

my_precious_G6PD_baby

Dia datangkan Siti Nur Aina dalam keadaan kami, suami isteri tengah struggle untuk meneruskan hidup yang lebih baik dan memberikan yang lebih baik untuk Nur Aiman.. tapi tu la tu.. orang kata dah rezeki kan, memang kami berlapang dada sebaiknya untuk terima kehadiran Siti Nur Aina.. hee~ masa dapat tau yang kakak pregnant untuk kali kedua, memang terkejut sangat sebab dalam perancangan, kakak akan ‘berehat’ paling kurang dua tahun untuk besarkan Nur Aiman sehingga putus susu..

sebab tu Siti Nur Aina adalah unplanned baby..

dah kalau TER, nak u-turn pun tak tau lagu mana.. hee~ teruskan juga la.. dan menguatkan rasa sayang bila dapat tau nyawa yang sedang membesar dalam perut adalah seorang GADIS !! masa tu memang terbayang pakai sedondon pink, reben-reben, shopping sesama, hi-tea sesama.. ye la.. lain kan kalau ada anak perempuan ni.. seronok dia lain macam..


“PUAN, ENCIK.. SAYA YAKIN 80% BAYI ADALAH PEREMPUAN..”


ko hagak ?? hahahaha~ punya berseri lain macam encik suami bila doktor cakap macam tu dan  encik suami berjanji akan tukar semua barang baby ke warna PINK !! gile tak seronok ?

memang encik suami over-excited sebenarnya.. dari segi shopping, makan dan hospital pun jadi isu sebenarnya.. masuk usia tujuh bulan kandungan, Dia bagi jalan yang sangat mudah dan rezeki encik suami di naikkan pangkat.. masa tu memang rasa nak melompat seronok.. hee~ dan disebabkan itu juga, encik suami bagi kakak beberapa pilihan hospital untuk bersalin nanti..

adil : meletakkan sesuatu kena pada tempatnya
saksama : menetapkan pembahagian yang sekata pada setiap bahagian

dan tak nak perkara 'kecil' dijadikan isu nanti-nanti, kakak tetap memilih hospital kerajaan untuk kali kedua dan sekiranya ada rezeki lain, hospital kerajaan tetaplah pilihan kakak..

sebaik mungkin kakak cuba elakkan perbezaan antara Nur Aiman dan Nur Aina, bukan senang nak adil dan kalau benda-benda kecik pun kakak culas, kakak risau hati anak-anak terluka..

minum_kopi_anak_hitam
gebu ?? hee~ sebab tu kami panggil dia GEMOK.. dan Nur Aina okay je..

dan sepanjang proses kehamilan Siti Nur Aina, memang smooth.. morning sickness sekejap jek,  mengidam pun benda senang nak cari badan tak de letih-letih cuma berat badan kakak naik mendadak.. kegemaran kakak adalah arabic coffee Mekdi.. setiap hari, wajib pekena satu cawan dan tak boleh tidak..

mitos : minum kop ; kulit baby gelap

tak !! serius kakak tak takut ponnnnn sebab tau tu mitos jek.. jadi.. kakak teruskan kegiatan minum kopi macam biasa dan setiap hari juga la Nur Aiman sarapan kat Mekdi.. memang suka la dia, dia la jadi jam loceng setiap hari..

doktor kata due date kakak adalah 02 Mei 2012 tapi !! minah ni sejenis tak sabar nak tengok dunia, 01 Mei 2012 dia dah melompat keluar.. hee~ tanpa mengucapkan HAI, slumber jekkkkkk.. memang tak de rasa pape tanda dalam tempoh nak bersalin tu ( tak payah la kakak cerita tanda-tanda orang nak bersalin ye.. hee~ nanti korang Google jek eh.. ) memang tak de.. cuma !!!


30 APRIL 2012


masa kakak kat rumah mak kakak ( memang dah jadi rutin harian sejak kakak masuk tujuh bulan, encik suami pergi kerja, kakak pergi rumah mak.. melepak sampai ke encik suami balik keje.. ) dah turun tanda ( ada darah sikit ) dan berbekalkan pengalaman masa nak bersalinkan Nur Aiman, kakak diam kan sajeeeeee.. hahahaha~ sebab confident memang belum masanya dan tak de rasa sakit lansung.. 

nur_aina

bagi mengelakkan kena paksa pergi hospital, kakak diam jek la.. membawa ke malam, semuanya berjalan lancar.. cuak ? memang la ada kot tetiba plak dia melompat keluar tak sabar kan.. alhamdulillah.. kakak masih bertahan sebab tanak warded awal sangat dan menghadap doktor / nurse kat hospital.. selagi tak sakit, TUNGGU sampai sakit.. kiranya macam tu laa..


01 MEI 2012 ; HARI PEKERJA


memang tak larat nak bangkit solat dengan muatan extra berat ( hampir 80 kg !! ), pagi tu kakak cuma bangun untuk salinkan lampin Nur Aiman, minum segelas air sejuk dan tengok encik suami solat.. lepas tu bangkit masukkan baju kotor dalam mesin basuh dan basuh la macam biasa.. em.. masih ada tanda ( darah ) cumanya tak banyak jadi tak de la risau mana.. lepak lepak lepak terlelap.. encik suami bangun melayan Nur Aiman tengok kartun pun kakak ta sedar ( ya !! kakak memang kuat tido dan tiada beza sebelum – semasa – selepas bersalin.. )

sedarnya bila ? hee~

sedar masa mak datang rumah sebab risau lepas tu kakak kena bebel.. hahahaha~ kakak bangun mandi dan lepak.. masa tengah lepak tu la kakak cerita kat mak dan encik suami..


“sebenarnya semalam dah turun darah.. tapi tak banyak.. tak sakit..”


mak punya terkejut.. dan dan tu jugak mak suruh berkemas pergi hospital.. hahahaha~ tapi kakak cakap kakak tak nak sebab tak sakit lagi..


“tak sakit pun kena pegi hospital kang takut pape hal jadi kat anak dalam perut tu..”


adoi.. ni yang malas ni.. hahahah~ bila dah melibatkan EMAK, ikut jek la.. tapi !! ada syarat !! sebelum g hospital..


tapi akak nak makan nasi ayam kukus tu.. nak suruh mie bungkuskan kejap..”


bersiaplah encik suami pergi bungkus nasi ayam.. haa.. nampak ? sebelum perperang kena ‘isi minyak’ dulu.. lepas siap jek makan terus lah kena ‘halau’pergi hospital dan tinggalkan Nur Aiman buat tak tau jek ibu dia nak tinggalkan dia.. alasannya,  ‘dah turun tanda’.. sampai jek Hospital Sungai Buloh, ramainye mak mak nak beranak !!!! adoi.. malas betul nak beratur tunggu katil weyh !!!

siti_nur_aina_g6pd_baby

nasib tak lama.. alhamdulillah sangat terus nurse panggil untuk check up dengan alasan turun tanda tadi.. hee~ dapat la katil..

ingatkan dah ada pengalaman masa Nur Aiman dulu, semuanya akan smooth.. rupanya kali ni tak sama.. fuff— warded pukul 3.30 petang dan Nur Aina ‘keluar’dengan bahagianya jam 6.45 petang.. sakit ? saat-saat akhir memang la sakit tapi 30 minit sebelum bersalin, semuanya okay..


“ABANG.. MAAFKAN ATIE, AMPUNKAN ATIE..”


saat-saat akhir dan rasa memang sakit tak tebendung lagi, selain istighfar dan berserah semuanya kat Dia.. kakak memang tak cakap pape selain minta maaf dari encik suami.. huu~ bukan takut tapi tu la tu.. tak boleh nak describe rasa tu cemana sebab semuanya bercampur baur dan tak mampu nak duga..


“abang maafkan sayang.. sayang tak pernah buat salah kat abang.. abang redha semuanya..”


dan !!

melompat terus seketul budak gemok dengan ke – BERAT – an 30.5 kg.. hee~ pink – putih – comel – gebu menangis.. hahahah~ dia punya perasaan !! subahanallah.. indah weyh !! walaupun pengalaman kedua, indah sangat..



“harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia
QS. Al Kahfi : 46


siti_nur_aina

bila dengar encik suami azan dan iqamatkan Nur Aina, lagi la rasa airmata ni bersembur.. lega – seronok – sebak semua ada.. tak terungkap dek kata-kata.. dan settle semua ? kami lepak sekejap untuk sesi jahit menjahit.. huu~ bab ni perit sikit la sebab tukang jahit baru bekerja sehari sebelum Nur Aina dilahirkan.. adoi.. dia punya seksa bahagian ni memang tak berani nak ingat..

lost_world_of_tambun
misi ibu dan ayah : berikan yang terbaik dan sepatutnya..

JURNAL G6PD NUR AINA


bila dah warded kakak ingat paling lama pun dua hari la.. rupanya TAK !! sebab Nur Aina disahkan menghidapi G6PD dan masa tu memang tak tau sungguh la apa itu G6PD, cuma kakak faham masa tu G6PD adalah sejenis alergik.. fuffff—nanti la kakak sambung pasal G6PD ni sebab panjang sangat..

BACA SINI –> JURNAL G6PD NUR AINA

01 MEI 2018


terima kasih unplanned baby ; Siti Nur Aina !!


( .. bersambung nanti )

blogger_malaysia

1 comment:

  1. alorhhh.. comelnye dia masa baby.. hehehe.. semoga Siti Nur Aina jadi anak yang solehah.. mesti sempoi macam ibu dia ni.. :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.