KEENAKAN AIR TANGAN IBU DI WARUNG MAKCIK KIAH, SRI PETALING

haish.. puasa 30 hari dan 30 hari tu jugak la kakak dok fikir nak masak apa.. hee~ memang pening sebab kakak bukan nak fikir selera kakak sorang tapi nak fikir selera tiga orang lagi tu ha.. sorang nak lauk berkuah la, sorang lagi nak goreng-goreng la.. sorang lagi nak sayur itu la, sorang lagi nak sayur campur la.. malas betul nak fikir, kakak bawak jek dorang semua singgah Warung Makcik Kiah kat Sri Petaling..

warung_mck_makcik_kiah_sri_petaling

kengkadang kalau dapat cuti masak memang heaven gile lagi-lagi jenis masakan yang dihidangkan memang ada kelainan dari apa yang keluar dari dapur sendiri.. hee~ ye la.. beza kot amatur dan professional.. mestilah amatur kalah tapi kalah sipi la..

tak !!

bukan taknak bawak makan kat hotel tapi faham jek la kalau makan kat hotel, dah la mahal lepas tu bukan semua jenis makanan kitorang makan.. ulang – alik – ulang – alik makan masakan kampung jugak.. habis tu bayar mahal-mahal untuk apa ? selesa ? kat kedai makan biasa pun selesa jugak..


WARUNG MAKCIK KIAH


terletak di Sri Petaling, berdekatan dengan kedai Moonlight Cake House ( kedai ni kat selekoh dan sangat besar, korang boleh gunakan kedai ni sebagai landmark ) atau nak senang, baik korang guna Waze untuk carian yang lebih cepat.. masukkan WARUNG MAKCIK KIAH terus sampai..

kedai_makan_best_sri_petaling

walaupun nampak sempit tapi sebenarnya okay jek sebab dalam satu satu masa, Warung Makcik Kiah boleh memuatkan lebih 50 orang pelanggan ( termasuk yang duduk di kerusi dan bersila di pangkin ) tapi tetaplah kalau korang nak singgah, pastikan booking seat korang dulu..

walaupun baru beroperasi selama 5 ( lima ) bulan, kakak nampak perkembangan positif apabila tiada satu pun kedai makan Melayu di sekitar lokasi tersebut.. haa.. parking susah ? siapa kata ? hee~ ada kawasan lapang yang dijadikan tempat letak kereta berbayar dengan sekali masuk hanya RM 3.00.. okay sangat kan ?


MENU BERBUKA PUASA WARUNG MAKCIK KIAH


mengetengahkan masakan tempatan ( Makcik Kiah adalah nama ibu kepada pemilik restoran ini yang berasal dari Kuantan, Pahang ) dan masakan Thai yang famous seperti ayam phadped, daging paprik, tomyam campur dan sup tulang yang pastinya menjadi bualan pelanggan..

warung_makcik_kiah

dan untuk bulan Ramadhan 2018 ni, Warung Makcik Kiah turut menghidangkan SET EKONOMI :

SET A ( 2 – 3 ORANG ) ; RM 29.90
nasi putih
daging paprik
sayur campur
tomyam ayam
air sirap
kurma
buah-buahan potong


SET B ( 4 – 5 ORANG ) ; RM 59.90
nasi putih
ayam paprik
sayur campur
tomyam campur
telur dadar
air sirap
kurma
kuih-muih
buah-buahan potong

tak cukup ? atau nak tambah pape ? boleh jekk.. tak jadi masalah pun sebab korang boleh buat pesanan tambahan secara ala carte..

malay_foods_sri_petaling

buffet_ramadhan_sri_petaling

ikan_patin_masak_tempoyak_sri_petaling

sri_petaling_foods

warung_mck_sri_petaling

jangan lupa oder SIAKAP TIGA RASA !! sedap !!

warung_makcik_kiah_sri_petaling

demi memenuhi permintaan pelanggan, Warung Makcik Kiah akan memperkenalkan masakan dari hasil laut yang segar dan akan diterbangkan dari Sandakan.. setiap hari gaissssss.. lepas ni kalau nak makan makanan laut yang segar dengan harga rakyat marhaen, boleh terus Waze Warung Makcik Kiah jek sebab korang akan dihidangkan dengan pelbagai jenis ikan, udang, sotong dan ketam.. yang paling penting = SEGAR !!

makanan_laut_segar_sri_petaling

kalau korang memang tak tau nak masak ape dah untuk berbuka puasa ni, apa kata korang cuba sesuatu di luar kotak dan nikmati hidangan masakan orang lain.. hee~ sebab kakak dan family dah cuba la kakak dok promote kat korang ni.. tapi tu la tu.. tempat terhad tau..

HOTLINE : 017 276 7273 ( Encik Rizal )

blogger_malaysia

2 comments:

  1. Tak sabau nak tunggu seafood yang segar-segar tu muncul . hee , senang lepas ni apa2 datang sini je kan

    ReplyDelete
  2. alahai..smua sedap menu dia..:)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.