MEMBELI KELENGKAPAN RAYA DI JAKEL ; BARULAH RAYA SEBENAR !!

diam tak diam rupanya semua mak ayah dari seluruh pelusuk Malaysia sibuk membuat persiapan raya.. huu~ tak kira lah untuk anak-anak ataupun diri sendiri sudah tentulah Jakel menjadi pilihan utama peminat fesyen untuk mendapatkan koleksi Duta Jakel..

promosi_baju_raya_murah_jakel

memang rambang mata kalau tengok koleksi terbaharu Jakel dengan gabungan nama-nama besar artis tempatan seperti Hanis Zalika, Hairul Azreen, Yusuf Iskandar, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Lara Alana, Nabil Ahmad, Aaron Aziz dan Harith Iskander.. tidak dilupakan juga ikon kanak-kanak yang sentiasa ceria iaitu Upin dan Ipin..

baju_raya_murah_jakel_2018

Jakel yang telah berada dipasaran sejak tahun 1983 terus unggul membina jenamanya diseluruh negara dengan menawarkan harga tak masuk akal setiap tahun bagi memastikan semua layak memiliki baju baharu untuk disarung pada awal Aidilfitri..


"bagi pakaian raya wanita, lebih 200 rekaan disediakan yang menampilkan duta antaranya 
Scha Al Yahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha dengan lima pilihan warna serta saiz kerana 
kami belajar dari tahun sebelumnya untuk menyediakan lebih banyak saiz pilihan 
kepada pelanggan.. bagi baju Melayu lelaki, pelanggan boleh memilih koleksi Nabil Ahmad, 
Aaron Aziz, Awal Ashaari dan sebagainya, selain diberi percuma samping kain 
benang kerana ia lebih selesa digayakan sepanjang hari.. mereka yang meminati kurta 
boleh menggayakan koleksi jenama Hairul Azreen..”

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel ; Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel


dengan konsep membeli belah di bawah satu bumbung, Jakel mengambil inisiatif mendekatkan diri dengan penduduk setempat dengan membawa duta rasminya untuk bertemu dengan penduduk setempat yang singgah membeli belah untuk menyambut Aidilfitri yang akan datang tidak lama lagi.. datang dengan mengenakan koleksi mereka tersendiri membuatkan kesemuanya nampak manis dan betul-betul dah raya.. hahahaha~


JAKEL BARULAH RAYA !!

ya !!

dari saiz kanak-kanak sehinggalah ke saiz orang dewasa, Jakel mempersembahkan lebih 100 warna untuk setiap rekaan agar memenuhi kehendak dan tema pembeli yang ingin tampil menarik di pagi raya tapi masih menjaga bajet supaya tidak berbelanja secara berlebihan..

baju_melayu_upin_ipin_jakel

selain bertemu pelanggan, Jakel juga membuat sesi lelongan HAPPY HOUR khusus untuk pelanggan di mana koleksi setiap Duta Raya Jakel akan dijual pada harga runtuh.. bayangkan la kalau darga dari RM 2++.++ boleh jadi RM 1++.++, memang jimat banyak tu.. jangan lupa untuk follow Instagram Jakel untuk mengetahui lokasi dan masa sesi happy hour seterusnya.. sempat la kakak sok sek sok sek dengan barisan media yang ada.. katanya memang selalu dorang buat happy hour tu.. jadi.. kalau korang dah kebetulan ada kat Jakel, dengar-dengar la pengumuman ya.. mana tau rezeki korang dapat beli baju raya murah murah..

jualan_mega_hari_raya_jakel

habis semua Duta Raya Jakel turun padang, jual baju raya.. hee~

jakel_barulah_raya_2018

sentiasa menampilkan kelainan, untuk tahun 2018 ni Jakel memperkenalkan SAMPIN TENUN BENANG untuk digayakan bersama baju melayu.. ala.. kalau biasa kita tengok sampin songket kan, dah macam biasa sangat tu.. cuba tukar dengan sampin tenun benang yang berkonsepkan santai dan mudah digayakan disamping mengekalkan ciri-ciri eksklusif yang hanya boleh didapati di Jakel sahaja turut didatangi dengan pelbagai pilihan warna yang boleh disuai padankan bersama koleksi baju melayu..




kakak perasan kalau sampin songket memang encik suami kakak tak berapa nak pakai sangat katanya ada kilat kilat, tapi kalau kain tenun benang ni, memang taste beliau lah.. haa.. nanti kakak tunjuk gambar raya encik suami lengkap berbaju melayu Jakel.. hensem.. hahahaha~

koleksi_baju_melayu_jakel


RAYA SEDONDON


koleksi_baju_raya_hanis_zalika_hairul_azreen

koleksi_baju_raya_sedondon_schawalara

kalau dah berkeluarga atau berpasangan, memang manis kalau dapat sedondon kan ? bagi memeriahkan raya, warna sedondon sudah tentu menjadi pilihan.. serius.. korang masuk la Jakel dan piliha la koleksi mengikut tema raya korang tahun ni dan pasti ianya tidak mengecewakan.. dah kalau dutanya keluarga Hairul Azreen dan Awal Ashaari sudah pastinya ada juga busana lengkap sekeluarga.. kan ?


APLIKASI BOOST


buat pengetahuan korang, sempena musim perayaan tahun ni, Jakel telah bekerjasama dengan pihak Boost untuk memudahkan korang membuat pembayaran sekiranya korang membeli secara online.. hanya melalui aplikasi ni, korang bayar jek.. katanya Boost ni banyak promosi yang best dan korang boleh berjimat dengan mengumpul mata ganjaran ( kemudian dibelanjakan semula lah !! ).. install jek Boost kat telefon canggih korang tu, tak rugi pon..

boost_apps


haa.. kalau korang memang mencari baju raya, inilah masanya.. jangan lupa klik semua link kat bawah ni ya..

LAMAN WEB : http://www.jakel.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/GedungTekstilJakel
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/jakeltextile


3 comments:

Powered by Blogger.