CACING PUNYA PASAL ; SARDIN DAPAT NAMA BUSUK

by - July 03, 2018

sejak dua minggu yang lepas, viral disegenap media sosial tentang sardin yang datang dengan pakej cacing di dalamnya.. hahaha~ pakej gaissssss.. dalam orang dok membincangkan tentang sardin pelbagai jenama, kakak belum jumpa lagi artikel yang berkaitan tentang cacing tersebut..

cacing_filum_nematoda

nama NEMATODA, taknak kalah.. hee~ tapi jahat nye dia ni boleh merosakkan sistem badan kita.. haa.. tak padan yang kecik ni.. sakit plak hati kite bila baca pasal dia ni..


NEMATODA


istilah NEMATODA yang berasal dari bahasa Yunani terdiri dari dua perkataan iaitu NEMA yang bererti berenang dan ODE bermaksud seperti.. Nematoda merupakan haiwan tripoblastik dan pseudoselomata ( berongga ) yang berbentul bulat dan panjang seperti benang.. spesis Nematoda memiliki sistem pencernaan dengan bukaan di kedua-dua hujungnya, tidak seperti jenis filum Cnidaria dan Platyhelminthes ( cacing pipih ) yang lain..



CIRI-CIRI NEMATODA


cacing_dalam_Sardin_Nematoda
  • berbentuk bulat dan panjang sama seperti benang
  • sejenis haiwan tripoblastik dan pseudoselomata
  • hidup dengan memakan sampah organik, sisa kotoran dari haiwan lain, tanaman yang membusuk
  • hidup menumpang pada haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan
  • dapat ditemukan di air tawara, air laut, air payau dan tanah
  • mempunyai organ lengkap seperi anus, usus kecil, pembuluh darah, pembuluh limfa, jantung, paru-paru dan mata
  • berukuran sekitar 1 mm sehingga mencapai 5 cm
  • cacing betina lebih besar berbanding cacing jantan

ASCARIS LUMBRICOIDES


caxing_dalam_usus_ascariasis

  • merupakan parasit usus manusia yang menjadi punya penyakit askariasis yang menyebabkan pesakit mengalami kekurangan gizi.. cacing ascaris lumbricoides mempunyai mulit yang dikelilingi tiga bibir dan gigi-gigi kecil.. ukuran panjang cacing betina sekitar 20 – 49 cm dengan diameter 4 – 6 mm, runcing lurus pada bahagian ekor dan dapat menghasilkan 200 000 telur setiap hari.. cacing jantan pula berukuran sekitar 15 – 31 cm dengan diameter 2 – 4 mm, bahagian ekor runcing melengkung dan terdapat spikula pada habagian anus yang berbentuk kait untuk memasukkan sperma ke tubuh betina..

ANCYLOSTOMA DUODENALE


  • juga dikenali sebagai cacing tambang yang hidup sebagai parasit di usus kecil manusia dan menghisap darah sehingga menyebabkan anemia..

OXYURIS VERMICULARIS


  • berbentuk nipis, berwarna putih berukuran 10 – 15 mm yang hidup menumpang di usus besar dan raktum manusia khususnya pada kanak-kanak.. cacing dewasa betina menguasai dubur pada malam hari untuk bertelur dan mengeluarkan zat yang ada dalam badan.. kebiasaannya pesakit akan menggaru sehingga telur cacing mudah terselit di kuku-kuku.. cacing ini menyebarkan penyakit yang disebut oxyuriasis..

Oxyuriasis_of_the_appendix_vermiformis


WUCHERERIA BANCROFRI


  • sejenis cacing yang hidup pada pembuluh limfa di kaki dan jika terlalu banyak jumlahnya, ia dapat menyumbat aliran limfa sehingga kaki menjadi bengkak.. cacing dewasa menghasilkan telur dan kemudian akan menetas menjadi anak cacing yang berukuran mikrofilaria yang akan merebak ke dalam saluran darah..

penjelasan mengenai parasit yang selalu menumpang di badan manusia ataupun haiwan mamalia menjadikan kita semakin peka terhadap kebersihan dan kesihatan sehari-hari.. tapi !! cemana plak cara untuk kita matikan ataupun menyingkirkan parasit tersebut dari tubuh badan kita ? em..

terdapat beberapa kes penyakit manusia yang disebabkan oleh pengambilan makanan mentah seperti ikan yang mengandungi larva atau cacing anisakis.. larva anisakis boleh dibunuh dalam masa satu minit pada suhu 60 darjah selsius atau lebih.. sebab tu kalau kita memasak makanan berunsur daging, pastikan daging tersebut masak sepenuhnya bagi mematikan parasit yang menumpang tanpa kita sedar.. secara praktikalnya, memasak ikan setebal 3 cm selama 10 minit dengan suhu melebihi 60 darjah selsius dapat membunuh semua cacing yang menumpang..

jadi !!

jagalah kebersihan dan kesihatan dengan lebih baik untuk menjamin kelansungan keluarga yang sihat.. masak makanan dengan sempurna dan guna la pencuci antiseptik setiap kali beraktiviti.. salam sihat selalu !!

blogger_malaysia

You May Also Like

2 comments

  1. jenama yg terkenal n dah sekian lama makan pun kene jugak.. ermm.. geli dah ngan sardin skang ni..

    jemput join segmen ejulz kalau sudi :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  2. Cacing..macam-macam sekarang..

    ReplyDelete