SARINGAN KESIHATAN YANG TEPAT SEMASA SIHAT DI UMBI WELLNESS

kalau sihat apa yang nak dirisaukan ? kan ? dah nama pun sihat sudah tentulah tak de pape penyakit yang mengganggu kesihatan.. eh !! ye ke ? confident – nye lahai kan ? hahahah~ sesungguhnya, saringan kesihatan semasa sihat adalah sangat penting..

ujian_kesihatan_di_umbi_wellness_ukm_cheras

memang kakak tak de sakit apa pun tapi ada sedikit masa lapang dan mempunyai kesedaran untuk menjadi lebih sihat, tak pe lah.. kakak serah diri jek la kat UMBI Wellness ( Institut Biologi Molekular UKM ) yang terletak di Cheras beberapa minggu yang lepas.. nervous ??? hahahah~ kakak tak suka jumpa doktor dan rakan seangkatan dengan mereka..


UMBI WELLNESS


ditubuhkan untuk memenuhi permintaan masyarakat bagi melengkapi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti pada harga berpatutan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak di Cheras telah mengambil inisiatif untuk membina UMBI Wellness untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan pelanggan..

semak_berat_dan_ketinggian_normal_untuk_wanita_malaysia

komited untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan perubatan yang berkualiti disamping harga yang berpatutan dengan tenaga kerja yang berwibawa, UMBI Wellness menawarkan banyak ujian yang personal.. dari awal penyediaan perkhidmatan pemeriksaan bagi menangani masalah kesihatan yang kronik, UMBI Wellness juga menggalakkan pelanggan menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh tetapi mereka juga akan memastikan pelanggan menjalani kehidupan yang lebih baik..

antara pemeriksaan yang boleh dilakukan di UMBI Wellness :

pakej_ujian_kesihatan_UMBI_wellness

ya !! sebab tu kakak tekankan tentang pemeriksaan awal.. sebab ? melalui pemeriksaan awal kita dapat lah mengesan penyakit-penyakit yang mungkin kita tak tau dah lama ada dalam badan kita dan kalau ADA, dapatlah kita mencari inisiatif rawatan yang sesuai lagi-lagi bila kita memang ada sejarah keluarga yang menghidapi pelbagai masalah kesihatan.. bukan mendoakan tapi mungkin selepas buat saringan kita lebih berhati-hati..

kakak sempat berbual dengan pegawai perubatan kat sana.. maklum lah.. wartawan pencen.. hee~ kakak tanya la peratusan orang Melayu yang buat saringan kesihatan nih sebab sepanjang kakak kat UMBI Wellness haritu memang ke semua pelanggan sebelum dan selepas kakak adalah mereka yang berbangsa Cina..


"ye puan.. memang orang Melayu kita tak ramai nak buat ujian kesihatan ni..
takut kot.. kalau bangsa Cina memang ramai.."




SARINGAN AWAL KESIHATAN


macam haritu, kakak amik pakej RM 150.00 tu jek.. hee~ nak tau apa lah nasib organ dalaman kakak haa lepas tu baru lah amik tindakan untuk rawatan berkala plak.. dan alhamdulillah.. semuanya smooth dan berfungsi dengan baik.. cuma tu la tu.. tekanan darah kakak masih dibawah aras normal ( ni memang dah lama sangat ) dan kakak kurang pengambilan protein.. adoiiiiii.. segan rasa.. diet beriya tapi ada je yang kakak tak tahu..

kat sana juga kakak diberi penjelasan tentang kesihatan dan bagaimana untuk kakak kekal sihat dan menjaga kesihatan organ dalaman.. well.. kadang-kadang kita rasa kita tahu tapi bila pegawai perubatan bagi info baharu, dan dan masa tu lah tercengang.. ye lah.. organ tersorok kottttt, kita tak tau apa nasib dorang kat dalam tu haa.. baik korang buat semakan cepat.. hahahaha~

ujian_darah_di_umbi_wellness_cheras

untuk korang yang memang tak pernah buat ujian saringan kesihatan, kakak cadangkan SEKARANG ni lah masa yang sesuai untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang kesihatan korang.. bukan nak menakut-nakutkan tapi setidaknya korang boleh peka dan berhati-hati dalam pengambilan makanan / minuman / supplement.. kalau boleh cegah, kita dapat lah cegah dengan lebih awal.. tak de lah dah kronik baru nak bertindak..

kan ?

nah !! mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang mendapatkan maklumat lanjut tentang UMBI Wellness nih..

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/umbi.wellness

ALAMAT :

  • UKM Medical Molecular Biology Institute ( UMBI )
    UKM Medical Centre,
    Jalan Ya'acob Latiff, Bandar Tun Razak,
    56000 Cheras, Kuala Lumpur
  • 03 9145 9040 / 6321

mungkin saringan awal boleh menyelamatkan nyawa.. mungkin.. kan ?



blogger_malaysia

1 comment:

  1. sebaiknya kita buat saringan kesihatan seawal usia 30an kan..akak buat waktu usia 40 hehe..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.