BUY AND SHIP ; BELI DARI MANA-MANA SAHAJA DAN HANTAR KE MALAYSIA

by - September 01, 2018

semakin hari tabiat membeli-belah secara online bukan lagi valid dalam negara sahaja sebaliknya dunia maya yang mempelopori industri pembelian.. nah !! kalau ikut perangai pembeli tegar dan kalau korang rajin buat semakan harga, korang mesti setuju bahawa pembelian barang dari negara luar lebih murah berbanding harga yang ada di sini.. kenapa tak beli dari mana-mana sahaja dan hantar terus ke Malaysia ?

penghantaran_murah_dari_luar_negara_buyandship

terlampau banyak servis yang menawarkan perkhidmatan penghantaran dari luar negara masuk ke Malaysia tapi korang yakin ke servis yang digunakan mampu menjaga kiriman korang dengan baik ? hee~ kalau tak de sertakan dengan jaminan, tak payah la.. baik korang gunakan BuyandShip nih..


BuyandShip MALAYSIA


BuyandShip merupakan yang telah beroperasi pada tahun 2014 ini menyediakan servis penghantaran antarabangsa untuk memudahkan pelanggan membeli-belah dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Korea, China dan Taiwan dengan cara yang mudah dan pantas.. memperkenalkan rangkaian yang mantap dan bebas beroperasi di Amerika Syarikat juga Jepun dan mempunyai gudang khusus di Korea, China, Taiwan dan Hong Kong untuk memastikan servis penghantaran lebih cepat dan efisyen..

servis_penghantaran_murah_dari_korea_china_united_kingdom

jadual penerbangan dari gudang-gudang ke pusat pengagihan di Hong Kong diatur pada setiap minggu dan yuran penghantaran adalah berdasarkan berat sebenar barang dan bukan mengikut saiz ( volumetrik ).. korang juga boleh mendapatkan rebat dari pelbagai jenis mata ganjaran promosi atau mata ganjaran pembelian dengan kadar diskaun yang boleh digunakan semula untuk membayar yuran penghantaran..


CARA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BuyandShip


1 : daftar untuk mendapatkan alamat gudang

  • kena lah ada rekod korang ( klik SINI )
  • lepas mendaftar, korang akan diberi akses kepada alamat-alamat gudang dan ID

buy_and_ship_malaysia

2 : mula shopping !!

  • boleh rujuk SINI untuk mendapatkan alamat gudang di luar negara
  • isi alamat gudang dan maklumat penghantaran korang, nama penuh dan ID BuyandShip semasa checkout
  • korang boleh isi alamat kad kredit korang sendiri ataupun guna jek alamat gudang untuk ‘alamat pembayaran’ kat checkout



3 : declaration

  • dah terima tracking number dan maklumat penghantaran dari lama pembelian pilihan korang, korang kena declare penghantaran kat laman web BuyandShip
  • masukkan tracking number dan maklumat lain yang diperlukan kat tab Pengurusan Hantaran : Deklarasi, Penjejakan dan Penghantaran Pukal dan klik pada butang “click here to add a new shipment”
  • kegagalan korang declare bungkusan akan menyebabkan kegagalan penghantaran bungkusan ke gudang Hong Kong
    • tips : dapat jek tracking number, terus buat declaration SECEPAT MUNGKIN !!

4 : pembayaran

  • bungkusan korang akan dihantar ke gudang di Hong Kong sebelum dihantar ke Malaysia
  • bila sampai jek bungkusan korang kat gudang di Hong Kong, BuyandShip akan menghantar email untuk semakan
  • hubungi BuyandShip JIKA status penghantaran belum lagi bertukar walaupun sudah 48 jam sampai di gudang Hong Kong
  • caj penghantaran akan dikira melalui jumlah berat sebenar penghantaran
  • korang boleh menyatukan semua bungkusan dalam satu penghantaran untu dihantar ke Malaysia dan TIADA caj tambahan untuk servis membalut semua bungkusan tadi
  • caj penghantaran harus dibayar sebelum bungkusan dikeluarkan dari pusat pengagihan di Hong Kong
    • kalau tak bayar, bungkusan korang takkan di hantar lah !! hee~



5 : masa penghantaran

  • jangkaan penghantaran ke gudang Hong Kong
    • UK dan US dalam masa 4 – 6 hari bekerja
    • Jepun / Korea / Taiwan / China dalam masa 2 – 4 hari bekerja
  • BuyandShip  akan menghantar bungkusan korang dalam masa 1 – 2 hari dari tarikh penerimaan untuk bungkusan sekali gus dan juga bayaran
  • penghantaran ke alamat rumah korang akan mengambil masa kira-kira 3 – 4 hari bekerja tapi kalau kena pemeriksaan Kastam, mungkin masa akan drag sikit lah

buyandship_malaysia


kakak tertarik dengan servis pengumpulan ke semua bungkusan di gudang BuyandShip sebenarnya.. hahaha~ belum lagi jumpa servis macam ni.. sebab kat BuyandShip, korang boleh simpan selamat 30 hari untuk membolehkan korang shopping lagi dan kumpulkan semua bungkusan untuk di hantar ke alamat korang.. tak kisah la dari mana-mana pun ( rujuk senarai laman web yang bekerjasama dengan BuyandShip ), kumpul semua dan hantar sekali jalan..

mempunyai gudang operasi sendiri membolehkan BuyandShip meningkatkan kecekapan dan ketelusan servis untuk pengguna menyemak status terkini melalui laman web seperti bila barang akan sampai ke gudang, bila nak sampai Malaysia ataupun betul ke penghantaran sedang dilakukan.. semua dalam satu laman web..

polisi_insurans_buy_and_ship

insurans penghantaran BuyandShip TIDAK akan melindungi :

  • penghantaran yang tidak mempunyai declaration, laporan palsu atau tidak dapat memberikan tracking number
  • penghantaran salah daripada penjual
  • laman web yang disyaki atau tidak dapat menghubungi penjual
  • tiada perakuan penghantaran dari syarikat penghantaran yang mengesahkan bahawa pakej telah dihantar ke gudang
  • sebarang kerosakan / kerugian disebabkan oleh perubahan suhu atau kelembapan
  • barang-barang yang bahaya dan barang-barang yang dilarang ( klik SINI untuk buat semakan )
  • penghantar asal telah menghilangkan hantaran semasa penghantaran atau dokumen palsu disediakan oleh penghantar
  • bungkusan sudah mempunyai kualiti yang kurang baik atau kuantiti tidak betul sebelum sampai ke gudang
  • barangan rapuh ( seperti kaca seramik, LCD, buku-buku dan kertas ) tidak layak untuk mendapatkan pampasan kerosakan
  • kerosakan yang disebabkan oleh cara pembungkusan yang tidak betul atau kekurangan perlindungan yang sesuai untuk proses penghantaran
  • pampasan kerosakan adalah tidak sah jika pembungkusan masih utuh
  • pampasan kerosakan adalah tidak sah jika pembungkusan luar rosak tanpa kerosakan terhadap produk itu sendiri
  • BuyandShip tidak akan menerima apa-apa bentuk pampasan kerosakan untuk hantaran pembungkusan kotak bukan kadbod atau kotak kayu
  • telah tamat jangka hayat dan tempoh jaminan dan faktor-faktor lain yang tidak dapat dielakkan kerana pelepasan kastam
  • kerosakan atau kerugian disebabkan oleh bencana alam, kecacatan sifat dan disebabkan naik atau turun harga pasaran
  • kerosakan / kerugian akibat cuaca buruk, kilat, tsunami, gempa bumi, banjir dan bencana alam semasa pengangkutan
  • kerosakan / kerugian sekiranya berlaku kemalangan di udara, serangan musuh awam, pemberontakan, mogok atau pertikaian serantau yang lain, kekacauan awam atau perang dalam transit
  • kerosakan / Kerugian disebabkan oleh mana-mana kastam, kecuaian syarikat penerbangan, lapangan terbang atau pegawai kerajaan, seperti pulangan kastam, kelewatan penerbangan


penghantaran_murah_dari_luar_negara

dengan jaminan bahawa setiap bungkusan akan disampaikan dengan selamat membuatkan BuyandShip menjadi pilihan pembeli barangan online tegar kerana dengan meminimumkan kos penghantaran, nikmat membeli-belah adalah satu TERAPI yang sangat berbaloi.. hee~ kenapa nak sekat rutin membeli kalau boleh meminumumkan kos-kos tersembunyi yang lain.. kan ?



You May Also Like

2 comments

  1. Cam best je jugak even dari luar terus ke pintu. ehh.. hai kak atie :D

    ReplyDelete
  2. Kalau yg jenis buat perniagaan ambik barang dari china tu boleh ler guna servis ni kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...