29 December 2018

RESEPI PUDING ROTI YEOGURT YEO’S

Dalam kelam kabut membuat persediaan kembali ke sekolah, sempat lah kakak menggeledah dapur untuk sediakan pudding roti yang paling simple tapi sedap !! Hee~ Puji resepi sendiri lah, nak tunggu korang puji lambat.

resepi_puding_roti_mudah

Fuffff—Bukan senang menjadi ibu yang sentiasa memikirkan pengambilan makanan seimbang untuk anak-anak yang sedang membesar. Nak fikirkan jumlah gula lah, fiber lah tu belum lagi masuk bab kalau anak-anak terlebih makan apa yang akan jadi. Dah kalau Namanya ibu, semua benda pun nak diambil kira.


YEOGURT YEO’S


Sempat sambar beberapa kotak Yeogurt Yeo’s Perisa Asli ni masa beli barang dapur sebab baca ingredients dia memang menarik lah kan. Dah la sedap boleh pula membantu sistem penghadaman bekerja dengan lebih baik. Nak harap anak-anak makan buah-buahan segar ataupun sayur-sayuran – memang susah sikit.

Tapi bila hulurkan Yeogurt Yeo’s semua pun berebut.

yeogurt_yeos_drink

Tak seperti yogurt lain, Yeogurt Yeo’s boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti anggur, epal hijau, manga, laici dan oren yang membekalkan sebahagian sumber kalsium untuk penjagaan tulang dan gigi yang lebih sihat.

Turut mengandungi serat yang tinggi dan bakteria baik, Yeogurt Yeo’s berfungsi menghadamkan laktosa ( gula semulajadi ) dan bertindak merangsang sistem pelalian dalam saluran usus yang menjadikan usus berfungsi dengan lebih baik.


RESEPI PUDING ROTI YEOGURT YEO’S


Kakak memang bukan seorang ibu yang rajin ya kawan-kawan. Hahahahah~ Sebab tu seboleh mungkin kakak akan sediakan makanan yang ringkas tetapi berkhasiat dan sudah tentulah SEDAP !!

puding_roti_mudah_Dan_Sedap

Bahan-bahan :

  • 6 keping roti putih
  • setengah sudu gula putih
  • setengah gelas minum susu rendah lemak
  • dua biji telur
  • kismis ( ikut selera nak banyak mana )
  • marjerin / butter
  • Yeogurt Yeo’s Perisa Asli

Tengok bahan-bahan pun tau kan kakak cemana ? Hee~ Masak confirm lah campak – agak dan tak de sukatan khusus. Kalau korang suka manis, letak lah gula sikit dan boleh tambah susu pekat manis. Kalau korang suka letak buah-buahan segar yang lain pun boleh. Tak de masalah.





Cara-cara :

  • sapukan marjerin kat roti ( tak payah tebal sangat nanti muak ) dan potong ikut saiz kegemaran korang lah dan susun dalam tray / dulang pembakar
  • taburkan kismis
  • pukul telur + gula + susu + Yeogurt Yeo’s Perisa Asli sehingga sebati dan tuang ke ke dalam tray / dulang – pastikan roti menyerap ‘jus’ yang dah dipukul tadi dengan baik ya
  • bakar pada suhu 225 degrees selama 30 minit

Senang sangat kan ? Yang penting berkhasiat dan dapat membantu memberi kesihatan yang lebih baik kepada ahli keluarga.

puding_roti_bakar

Kawankan dengan teh o suam ataupun kopi o untuk minum petang. Pehhhhhh—Memang terangakat helok nih. Hee~ Selamat mencuba yah !!

Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai rangkaian produk Yeo’s, korang boleh terus ke :
 

LAMAN WEB : http://www.yeos.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/yeosmalaysia


malaysia_blogger

22 December 2018

TIADA LAGI PEPERIKSAAN UNTUK TAHAP 1 DI SEKOLAH RENDAH MULAI 2019

Antara topik hangat yang menjadi perbualan ibuayah di media sosial dan ada yang bersetuju malah ada juga yang membantah sekeras-kerasnya dengan pemansuhan peperiksaan untuk anak-anak yang berada di tahun 1, 2 dan 3 di sekolah rendah mulai 2019. Ha. Isu kan ?

pemansuhan_peperiksaan_tahap_1

Sepertimana pengumuman Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sebelum ini – tiada lagi peperiksaan samada pertengahan tahun ataupun akhir tahun yang melibatkan pelajar Tahap 1 ( tahun 1, 2 dan 3 ) menjelang sesi persekolahan 2019 yang bakal tiba. Nah !! Bukan anak-anak saja gembira tetapi ibuayah lagi jelas mempamerkan kegembiraan. Hee~ Al maklum lah, pada sesi persekolahan tahun sebelum-sebelumnya kakak sendiri akui setiap subjek yang diajar kepada anak-anak semakin berat dan susah.




Telah viral beberapa hari kebelakangan ni mengenai Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 – Tahun 2018 tentang Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 ( Tahun 1, 2 dan 3 ) di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 2019 dan kakak turut memainkan peranan untuk sama-sama ambil tahu dan cuba untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh pihak kementerian.

menteri_pendidikan_2019

Secara ringkasnya, pentaksiran yang akan dijalankan merupakan satu sesi pembelajaran yang menyeronokkan dalam membentuk karakter pelajar dengan pembangunan sahsiah yang positif. Menerapkan kemahiran 4M ( membaca – menulis – mengira – menaakul ) adalah kemahiran asas untuk pelajar Tahap 1 yang perlu dibina dan diperkukuhkan sebelum mereka melalui proses pembelajaran pada peringkat seterusnya yang lebih mencabar.




Bagi memastikan proses tersebut berjalan dengan lancar, pentaksiran ini akan dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) dnegan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :

  • Bercerita
  • Projek mudah
  • Permainan
  • Main peranan
  • Kuiz
Menerusi pekeliling untuk tindakan semua pihak berwajib termasuklah pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri, Shaari Osman - Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ( Sektor Operasi Pendidikan ) Kementerian Pendidikan, pelaporan pembelajaran murid oleh guru dan ibubapa perlu dipertimbang untuk menambahbaik proses pembelajaran serta menentukan bentuk sokongan yang boleh diberikan kepada pelajar.


“guru boleh menjalankan PBD dalam bentuk kegiatan lain yang bersesuaian bagi 
memastikan perkembangan potensi, bakat, minat, kemahiran dan 
sahsiah murid dioptimumkan.. ”

- Shaari Osman ; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ( Sektor Operasi Pendidikan ) Kementerian Pendidikan


kedudukan_lencana_pelajar_Sekolah_di_Selangor_kuala_lumpur

Bagi memastikan pelaksanaan PBD berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang, pihak sekolah disarankan merancang jadual waktu bersesuaian disamping guru melaksanakan sesi pengajaran secara kolaboratif supaya pelajaran yang disampaikan lebih menyeronokkan. Selari dengan aktiviti di atas, KPM juga telah memutuskan Program Saringan Literasi dan Numerasi ( LINUS 2.0 ) dihentikan mulai 2019.




Apabila pihak kerajaan telah memainkan peranan sebaik mungkin, tibalah masa untuk kita sebagai ibuayah turut sama mengembleng tenaga dan usaha bersama-sama pihak sekolah dalam membentuk keperibadian dan menjadikan anak-anak kita pelapis golongan intelektual pada masa akan datang. In shaa Allah – apa yang kita usahakan akan dinilai nanti nanti. Hee~

Sebenarnya kakak berdebar nak tunggu sesi persekolahan 2019 ni. Ntah apa rupalah Nur Aina bila satu sekolah dengan Nur Aiman dan apa perasaan Nur Aiman bila tengok Nur Aina bersaing secara sihat dengan abangnya sendiri. Nah !! Seronok sebab anak-anak dah besar tapi sedikit risau bila mengenangkan karakter Nur Aina bukan seorang yang boleh berdikari sepenuhnya. Hahahaha~ Tipikal mak mak kan ?

21 December 2018

TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP MENDIDIK ANAK-ANAK BERZAKAT

Menjadi ibuayah yang turut memainkan peranan dalam membesarkan anak-anak bawah 18 tahun sangat penting supaya apa yang ditunjuk dan diajar tidak bercanggah dari ajaran Islam secara khususnya dan dengan dorongan Pusat Punguran Zakat ( PPZ ) – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ) untuk menyampaikan betapa pentingnya SIMPANAN.

tabung_didik_zakat

Mendidik anak-anak biarlah dari rebung bermaksud membentuk keperibadian anak-anak untuk menjadi insan haruslah bermula dari usia yang muda supaya mereka dapat menyerap segala ajaran dengan lebih baik dan menjadikan ia rutin.

Menyedari hakikat ini, PPZ-MAIWP menyeru orang ramai untuk mengambil inisiatif sama-sama mengalakkan anak yang masih dibawah usia 18 tahun membuka akaun serendah RM 10.00 bagi mendekatkan mereka dengan ibadah zakat secara khususnya. Setiap adari pembukaan akaun tadi akan mendapat tabung secara percuma.

tabung_didik_zakat_MAIWP

Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP iaitu Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan menampilkan barisan artis PU Azman, Amar Bahrin dan Bell Ngasri sekaligus menyeru agar semua umat Islam merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf yang terdapat dalam harta yang diperolehi.


SENARAI KAUNTER PPZ-MAIWP


Terdapat sebelas kaunter yang korang boleh singgah untuk buka akaun Tabung Didik Zakat :

  • Wisma PPZ Taman Shamelin Perkasa Cheras
  • Masjid Negara
  • Wangsa Maju Seksyen 5
  • Putrajaya Presint 9
  • Putrajaya Presint 15 Diplomatik
  • Anjung Niaga, Masjid Taman Tun Dr Ismail
  • Plaza RAH, Jalan Raja Abdullah Kg Baru
  • Masjid Al Imam Al Ghazali Kepong
  • Masjid Abd Rahman Bin Auf Puchong
  • Labuan Times Square
  • UTCKL Pudu Sentral


Nak dapat tabung comel cantik gini ? Hee~ Mesti anak-anak suka dan bersemangat lagi nak menabung kan ? Ibarat slogan PPZ-MAIWP ; SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT.

Untuk pelbagai informasi tentang PPZ-MAIWP korang boleh singgah kat link di bawah ya.

LAMAN WEB : http://www.zakat.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/myzakat
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/pusatpungutanzakat
TWITTER : https://twitter.com/ppzwp
#tabungdidikzakat #sicilikcelikzakat #menabunghinggaberzakat #mulakanzakatdiusiamuda

malaysia_blogger

19 December 2018

RAWATAN HYDRA OXY GLOW C – TREND KECANTIKAN WANITA ASIA

Bila usia dah menginjak ke 30-an sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kesihatan kulit terutamanya pada bahagian terdedah yang mudah menjadi ‘tumpuan’ kerosakan yang paling ketara apatah lagi dengan penggunaan kosmetik yang kerap. Kini, di Dr Medispa & Wellnes – kulit cantik dan sihat bukan sekadar impian.

hydraoxy_glow_vitamin_c

Menyantuni undangan dari Dr Medispa & Wellness yang terletak di Reko Sentral, Kajang membuatkan kakak teruja. Al-maklum lah – remaja purba macam kakak memang suka dilayan semanja-manjanya. Hee~ Lagi-lagi bila dapat tau pusat rawatan kecantikan mesra muslimah ni menjadi tumpuan wanita yang obses cantik disamping merawat pelbagai masalah kesihatan kulit, memang takkan lah kakak nak tolak kan ?


HYDRA OXY GLOW C


Kalau nak semak satu-satu tentang masalah kulit kakak, memang naik sakit hati rasanya apatah lagi nak membelek setiap inci. Tak kuasa lah !! Naik marah bila nampak jerawat halus, parut, pigmentasi belum masuk lagi kes tona kulit tak sekata. Hahahaha~ Sebab tu orang lasak macam kakak ni menutup kebanyakan cela dengan mekap. Tapi sampai bila ?

TAK !! 

Sekali lagi kakak menegaskan rawatan Hydra Oxy Glow C tidak menggunakan kaedah cucuk cucuk ya sebaliknya menggunakan kaedah terkini dengan menggabungkan dua rawatan wajah iaitu hydrafacial dan oxygen-facial. Walaupun susah nak sebut setiap terma yang digunakan cukup korang tau rawatan ini selamat – tidak menyakitkan – efektif kerana menggunakan AIR sebagai bahan utama.


hydra_oxy_glow_c
Ni sebelum mula treatment – Muka kakak tanpa mekap wakkkkk.. Habis dorang kerja kan.. NERVOUS namateyyyyyyyy !!
Kalau dalam pelbagai perawatan pun, elemen air memberi efek lebih cepat berbanding cecair lain dan sebab itulah Dr Medispa & Wellness menggunakan AIR untuk merawat bintik-bintik putih dan hitam disamping mengurangkan garis-garis halus, meratakan warna kulit, melembapkan kulit, memudarkan parut jerawat dan pigmentasi. Rawatan yang memakan masa selama 90 minit ni pun mampu menanggalkan sel kulit mati dan membersihkan liang roma dan meransang pertumbuhan kulit baharu yang lebih bersih dan segar.

E--

Teruja !! Hahahaha~ Sambil menikmati bauan aromaterapi dan muzik lembut mendayu-dayu, pakar kecantikan terlatih Dr Medispa & Wellness mulakan rawatan. Masa ni lah betul-betul dorang kerjakan kakak. Part nak keluarkan blackhead kat hidung tu memang sakit tak terperi.

rawatan_kecantikan_kulit_bangi

Disebabkan kakak percaya kat dorang, kakak biarkan jek la apa yang dorang nak buat. Tapi tak bermakna dorang terlepas dari soalan-soalan kakak ya. Awasssss--


LANGKAH-LANGKAH RAWATAN HYDRA OXY GLOW C


Secara telusnya beliau menerangkan satu persatu kepada kakak apa yang digunakan / apa bahan-bahan yang terkandung / apa kesan selepas rawatan. Pendek kata waktu rawatan berlalu sebegitu sahaja dengan perbualan berinformasi. Sebanyak TUJUH langkah yang dilakukan secara tertib untuk mendapatkan hasil yang optima :

1. Kulit dibersihkan dari alat solek dengan menggunakan teknik double eksfoliasi

2. Kemudian wajah dipupur dan diwap selama 15 minit untuk membuka liang pori – selalu kalau WAP orang menggunakan wap panas / suam. Kan ? Di Dr Medispa & Wellness dorang guna wap sejuk dekkkkkk—Nyaman dan bahagia tau perasaan dia. Hahaha~

3. Vakum mini digunakan untuk membersihkan dan melonggarkan liang roma supaya kotoran dan kulit mati mudah disingkirkan ; habis semua kotoran dia sedut wakkkkk. Memang terasa bersih betul kulit ha

4. Prosedur hydrafacial menggunakan alatan khusus bagi memudahkan serapan serum ke dalam kulit – bukan sebarang serum ya dan kuantiti yang digunakan mengikut masalah kulit yang ingin dirawat

tips_menjaga_kecantikan_kulit

5. Rawatan diteruskan dengan teknik gauze dengan menyapu gel campuran cecair daun lidah buaya dan asid hyaluronic yang disapukan di atas lapisan gauze

6. Selepas lapisan gauze ditanggalkan, mula lah proses ultrasonik menggunakan alatan khas untuk meransang sel di bawah kulit dan diteruskan dengan oxygen-facial ( menggunakan oksigen – lah !! ) yang menjadikan kulit lebih bersih dan bersinar

hydrafacial

drmedispa_wellness_reko_sentral_kajang

7. Prosedur diakhiri dengan memasang topeng muka LED yang bertujuan untuk mematikan kuman dan bakteria pada wajah

spa_kecantikan_muslimah_bangi_2019

Korang pernah rasa kulit muka korang RINGAN ? Hee~ Ya !! Itulah perasaannya. Tak tau nak explain cemana tapi memang rasa kulit lebih bersih dan sihat / segar.


RISIKO RAWATAN ?


TIADA !! Hee~ Serius memang tak de risiko melainkan hasil kulit yang semakin sihat dan korang boleh je gunakan mekap seperti biasa tanpa perlu ‘berpantang’ dan sesiapa sahaja boleh mendapatkan rawatan Hydra Oxy Glow C ni termasuklah korang yang kulit muka sensitif bermasalah.

dr_medispa_wellness_bangi

Kalau korang ada masalah kulit ( tak kisah lah masalah ape pun ) yang nak mencuba rawatan Hydra Oxy Glow C ni boleh lah singgah Dr Medispa & Wellness yang terletak di Reko Sentral, Kajang. Waze jek nanti sampai betul-betul kat spa tu. Kakak ? Ada rezeki mungkin kita akan terserempak kat sana !!

Dr Medispa & Wellness
No 6 - 1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor Darul Ehsan

KONSULTASI : 03 8733 1980  /  013 770 6708

malaysia_blogger

10 December 2018

AVILLION CAMERON HIGHLANDS ; PORT INAP BERTARAF LIMA BINTANG

Aduh—Bila sampai hujung tahun dan sekali jalan dengan cuti sekolah, memang tak tau nak menghala ke mana sedangkan kat Malaysia ni banyak je tempat yang menarik. Hee~ Tapi tu lah, hati ni tertarik sangat dengan persekitaran dan suasana di Cameron Highands – kira tempat lain tunggu dulu lah, setiap tahun naik Cameron Highlands pun tak pe.

hotel_murah_cameron_Highlands

Ibarat balik kampung, Cameron Highlands bukan lagi lokasi yang asing pada kami sekeluarga sebaliknya kebanyakan tarikan di sana melekat elok dalam memori kami. Kalau setakat nak cari port makan best pun kami tau tapi untuk entri kali ni tak nak cerita pasal tempat makan. Nak cerita pasal hotel saje. Ye lah ! Sebelum-sebelum ni asyik menginap di homestay ( sebab lebih murah dan boleh memasak ) cuma kali ni ubah angin sikit untuk ‘rasa’ hotel di Cameroh Highlands.




AVILLION CAMERON HIGHLANDS


Menarik perhatian kakak adalah deretan kedai yang ada di bangunan hotel ni sebenarnya ( berdasarkan pengalaman !! memang serik kalau kedai jauh.. ), Avillion Cameron Highlands yang terletak di tengah-tengah pekan Tanah Rata mempunyai 7 tingkat termasuklah kawasan parkir, pusat membeli-belah, kedai makan, dobi, kedai serbaneka, lobi, kafeteria, taman permainan, gym, beberapa buah dewan dan mempunyai empat jenis bilik iaitu :

  • Studio Deluxe
  • Studio Superior
  • Suite 2 Bilik Tidur
  • Suite Premium 2 Bilik Tidur

hotel_avillion_cameron_highlands

Bila dah beranak pinak ni kena lah ambil bilik yang sesuai dengan kami, jadi yang paling sesuai adalah Suite 2 Bilik Tidur yang berkeluasan 72 m²– sap sap soi bak kata nya. Hee~ Masuk je bilik memang teruja lah sebab semua ada kot !! Set kopi dan teh, air mineral, cerek air, peti sejuk dan keadaan perabot yang sangat minimalis. Cun habis lahhhhhh..

best_hotel_in_cameron_highlands

Ruang tamu yang luas memang bonus besar buat kami sekeluarga mana tak nya bila semua suka berlongok satu tempat dan menonton televisyen bersama-sama. Ya !! Cuti sekolah kan banyak cerita kartun, memang layan lah budak dua orang ni.

Kalau ikut pemandangan dari bilik kami ni, memang nampak hampir keseluruhan pekan Tanah Rata. Boleh la track kat mana kopitiam, kat mana bank, kat mana agensi pelancongan, kat mana dobi semua. Mudah nak merancang perjalanan dan percutian kalau tau lokasi-lokasi tempat tumpuan ni.

suite_2_bedroom_avillion_cameron_highlands
Bilik Utama – Katil king

hotel_murah_tanah_rata_cameron_highlands
Bilik Kedua – Dua katil single

Kelengkapan lain seperti seterika dan papan penggosok pun ada gais—Jadi berpesan-pesan lah kepada ahli keluarga korang, jangan dirisaukan tudung atau baju berkedut sebab boleh gosok jek nanti. Hahahah~ Kakak pun risaukan perkara yang sama sebenarnya.

hotel_cameron_highlands
Tandas di Bilik Tidur Utama

Design tandas pun sama jadi kakak tak letak lah gambar tandas sampai dua keping yah. Korang tengok ni dan bayangkan lah sendiri rupa / design / bersihnya tandas dorang yang dilengkapi dengan air pansa ha.

avillion_hotel_cameron_highlands
Kalau hobi korang mengumpul kenangan – boleh lah ni.

Yang memang sejenis kakak menghangkut kerja semasa bercuti dan korang memang memerlukan Wifi ? Hahahaha~ Ibarat nyawa tertinggal di rumah kalau keluar tanpa Wifi ? Ya !! Kat Avillion Cameron Highlands ni Wifi nya macam kereta lumba – laju tak mengenal masa ha.




HOTEL MESRA KANAK-KANAK


Kalau dah pergi bercuti, tumpuan emosi yang nak kena jaga adalah anak-anak. Ya ! Jangan biarkan mood percutian korang tersekat sebab anak-anak tak de aktiviti dan memerap kat bilik je. Tak syok lah kan sebab hak bermain kan hak dorang. Hee~ Di Avillion Cameron Highlands ada taman permainan yang selamat tau.. boleh lah anak-anak melasak mandi peluh sekejap sementara menunggu korang berkira-kira nak ke ladang teh yang mana satu.

childrens_friendly_holidays
Pemandangan taman permainan dari tingkat 7..

family_holiday_cameron_Highlands

Walaupun Avillion Cameron Highlands lebih kurang sama dengan hotel-hotel yang ada di Malaysia tetapi sangat berbeza berbanding hotel yang ada di Cameron Highlands tau. Dengan fesiliti lengkap dan persekitaran yang kondusif sudah pastinya hotel ini menjadi salah satu hotel kegemaran korang. Hee~ Sebab Avillion Cameron Highlands adalah hotel kegemaran kakak sekeluarga juga !!


malaysia_blogger

9 December 2018

ANCASA JUNIOR CHEF 2018 ; LAPANGAN CUNGKIL BAKAT SI CILIK

Bila musim cuti sekolah je, mesti ibuayah pening nak susun aktiviti terbaik untuk anak-anak mengisi masa lapang. Sekali lagi pada kiraan tahun yang keempat ; AnCasa Residences Port Dickson telah menganjurkan AnCasa Junior Chef 2018 bagi mencungkil bakat-bakat baharu disamping mengisi masa lapang anak-anak yang sedang bercuti.

ancasa_hotel_junior_chef_2018

Sempat kakak berborak dengan beberapa orang ibuayah yang menghantar penyertaan untuk anak-anak mereka mengakui buntu dan tidak tahu apa aktiviti terbaik bagi mengisi masa lapang anak-anak zaman milenial yang kebanyakan dari mereka sedia terdedah dengan pelbagai peranti yang lebih menghiburkan. Em. Mesti ada yang berfikiran sama macam kakak kan ? Hee~ Tak pe.

Sempena cuti sekolah, sekali lagi AnCasa Residences Port Dickson menjadi penganjur AnCasa Junior Chef untuk musim keempat yang telah menerima 43 penyertaan ( melebihi sasaran ) dari peserta cilik yang berusia enam hingga 12 tahun. Dengan kerjasama dari ADABI, program seumpama pencarian tukang masak tersohor bukan lagi sekadar dalam televisyen tetapi seawal usia kanak-kanak boleh diberi pendedahan tentang nilai-nilai kemahiran sejajar dengan perkembangan mereka.

ancasa_junior_chef

Pada pendapat kakak, pepatah MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNG merupakan pepatah lama yang boleh digunapakai sehingga ke hari ini dan masih relevan dalam usaha mendidik anak-anak menjadi manusia yang lebih berdaya saing serta mampu berdikari.


ANCASA JUNIOR CHEF 2018


Setiap peserta perlu menyediakan masakan ringkas dan berkhasiat iaitu :

  • Salad Kekacang dan Sayuran beserta Sos Bijan dan Roti Pita
  • Papilotte Ayam, Sayuran dan Kentang
  • Triffle Buah-buahan Segar bersama Aiskrim

aktiviti_cuti_sekolah_2019
Guideline juga diberikan.


‘AnCasa Junior Chef merupakan wadah terbaik buat anak-anak memanfaatkan cuti 
penggal persekolahan dengan mengikuti aktiviti memasak dalam suasana yang santai 
dan paling penting ia juga menyeronokkan. Daripada program ini, ibubapa dan 
anak-anak secara tidak lansung dapat mewujudkan family bonding yang berkualiti..’


- Puan Hazlina ; Pengurus AnCasa Residences



TAK !!

Peserta tidak dibiarkan sebegitu sahaja sebaliknya program diketuai oleh Ketua Chef Yohanis Jalaludin dan turut dibantu oleh 25 orang kakitangan bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Bukan peserta je teruja tapi kakak dan barisan media yang lain juga sama-sama ikut sibuk mempelajari resepi baharu. Al-maklum lah, ibu yang sangat mementingkan pengambilan makanan sihat untuk anak-anak perlu juga menyelit supaya tidak ketinggalan. Mana boleh kalah dengan peserta cilik kan. Hee~

aktiviti_cuti_sekolah_negeri_sembilan
Demo dari yang pakar untuk bakal pakar. Wah ! Semua tekun.

school_holiday_negeri_Sembilan
Alahai !! Comel nye awak !!

READYYYYYYYYYY--

Sebagai penghargaan kepada peserta, pihak penganjur juga telah menyediakan lampiran resepi, apron dan topi chef serta cenderahati dari pihak ADABI. Paling best dan bermakna bila setiap dari mereka juga turut menerima sijil penyertaan dan makanan yang mereka sediakan boleh dibawa pulang untuk dinikmati bersama keluarga.

junior_chef_port_dickson_2018

Seronok tengok setiap dari mereka mempelajari perkara baharu disamping mengutip serba sedikit pengalaman bagaimana mengendalikan peralatan dan ‘bermain’ dengan makanan secara tertib. Ya ! Kakak sebagai ibu ( dan mewakili ibu-ibu lain di luar sana. Hee~ ) bersetuju program seperti ini perlu mendapat liputan dengan lebih meluas untuk sama-sama melahirkan ganerasi yang lebih memahami erti tanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga orang sekeliling.

junior_cef_ancasa_hotel_port_dickson


“Didiklah anakmu, karena sesungguhnya engkau akan dimintai pertanggungjawaban 
mengenai pendidikan dan pengajaran yang telah engkau berikan kepadanya. 
Dan dia juga akan ditanya mengenai kebaikan dirimu kepadanya serta ketaatannya 
kepada dirimu.”

Tuhfah al Maudud hal. 123



Bagaimana kita mengisi masa lapang anak-anak pada musim cuti sekolah adalah bagaimana kita membentu keperibadian mereka. In Shaa Allah – jumpa lagi untuk musim kelima dengan cabaran yang lebih PADU untuk chef-chef cilik kita ! Hee~

Untuk maklumat lanjut dan pelbagai informasi mengenai aktiviti yang akan dianjurkan oleh Kumpulan AnCasa Hotel ; mungkin pautan di bawah boleh membantu korang :


malaysia_blogger

8 December 2018

AVILLION CAMERON HIGHLANDS GRAND LAUNCH ; NEW CHIC AND CONTEMPORARY HOTEL

Avillion Hotel Group proudly announces the grand launch of their fifth hotel - the chic and contemporary hotel nestled in Tanah Rata, the largest township in the highlands and located only a few hundred metres from Cameron Highlands’ main public transportation hub.

avillion_cameron_highlands

The 5 - storey hotel sits on top of Cameron Fair, a new commercial and lifestyle development in Tanah Rata developed by Ascendvest Sdn. Bhd. - hotel guests can enjoy the convenience of experiencing shopping and restaurants within a stone throw from the hotel. Designed with modern facilities, Avillion Cameron Highlands fuses contemporary luxuries with local attractions giving guests a taste of what Cameron has to offer. The hotel is the perfect getaway to escape the bustle of city life.


“The opening of this hotel is another step forward for Avillion in paving our way to 
become the premier home-grown hotel management services company, where service and 
hospitality standards will become THE industry gold standard for Malaysian hotels, 
and in the region.  We believe we have something genuine to offer, and we are always 
looking for opportunities to manage more hotels in the country, in the region and beyond..”

- Puan Yulina Baharuddin ; Avillion Berhad’s Director


avillion_cameron_highlands_grand_launching

Anticipating an increase in the number of tourist arrivals in 2019, Cameron Highlands District Council Secretary - Mazlan Mohamed Isa welcomed the addition of a new hotel in Cameron Highlands. With regard to traffic congestion during peak holiday period, Mazlan said the district council is working to mitigate the problem.


“We are working with the police and relevant agencies to ensure that we can 
tackle the main issue that causes congestion, which is roadside parking..” 

- Mazlan Mohamed Isa


hotel_cameron_highlands

The hotel features 100 stylish and spacious studios and suites ranging from superior studio to 2 - bedroom premium suite suitable for business and leisure. The hotel facilities include 4 meeting and function rooms, a shared courtyard playground, an in - house restaurant and a gymnasium. The largest township there, Tanah Rata serves as the main public transport hub for the highlands.

Cameron Highlands is very popular amongst locals and foreigners for its scenic tea plantations, strawberry, vegetable farms and jungle trails that lead to scenic spots, waterfalls and aboriginal villages. The mean annual temperature of about 18 °C makes it a popular weekend escapade for Malaysians who want to enjoy the cool crisp air and lush green hills.

avillion_cameron_highlands

The Hotel business is an extremely demanding one where customer satisfaction is of paramount importance and where customers can make or break your business.  Realizing this, Avillion Group are committed to gaining the trust and earning the loyalty of our guests by offering them the Avillion Experience because we believe an amazing hotel stay starts from offering genuine and attentive services.


As part of ongoing promotion during the school holiday, Avillion Cameron Highlands is offering a 30% discount for the rooms.

For more information :
HOTLINE : +605 5000 333
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/AvillionHotelGroup



LOVE ;
ATIE HILMI

6 December 2018

MILK PEEL CREAM MASK DARI ALTHEA ; MELEMBAP DAN MENGUATKAN TEKSTUR KULIT

Cheh—Produk Althea lagik. Hee~ Tiap kali Althea mengeluarkan produk baharu – kakak antara yang pertama akan cuba dan bagi feedback samada BEST ke IDOK produk dorang nih. Tipikal wanita Malaysia yang memang mengagumi produk kecantikan dari Korea, kakak tak lepaskan peluang untuk mencuba Milk Peel Cream Mask nih.

milk_peel_cream_mask_althea_malaysia

Botol dia pun comelkan ? Hee~ Kalau produk Althea memang packaging gini lah – comel – kaler lembut – praktikal sebab boleh selit-selit bawak pergi mana-mana dan sebab tu lah kakak masih setia dengan Althea. Untuk Milk Peel Cream Mask ni dia datang dalam bentuk botol.


MILK PEEL CREAM MASK


Didatangkan dalam botol yang boleh pam ( pump ) kiranya kalau korang nak pakai boleh lah control amount yang korang nak guna – tak de lah terlajak pakai sampai membazir dan paling penting jimat. Zaman serba mahal ni menyambil korang jaga kecantikan kena lah pandai berjimat jugak. Tapi itu bukan point nya. Hahahaha~

IMG_4036

Bukan mask biashe biashe sebab Milk Peel Cream Mask boleh berubah tekstur dari pekat ke lembut dan hujungnya macam likat sikit.




Mengandungi kedua-dua ekstrak AHA dan BHA yang berfungsi secara menyeluruh untuk memberi kesan pengelupasan yang lembut, menyingkirkan sel-sel kulit mati dan meransang semula kulit baharu yang lebih sihat dan segar. Dirumuskan dengan bahan-bahan seperti :

  • EKSTRAK PROTEIN SUSU
    • menguatkan tekstur kulit
  • AHA dan BHA
    • menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan lembut dan menggalakkan pertumbuhan kulit yang lebih sihat
  • KAOLIN
    • menyingkirkan kotoran degil yang tersumbat pada liang-liang pori

CARA PENGGUNAAN


Senang jekkkkkkkk—Cuma pam sedikit dan sapu ke seluruh kulit muka korang sampailah terhasilnya buih-buih halus yang likat. Lepak kejap sampai dia kering sket dalam seminit dua dan bilas dengan air suam.

Hasil yang pasti membuatkan korang tersenyum sepanjang hari dengan keyakinan diri keluar dari rumah tanpa mekap ? Ya !! Serius tak tipu - kulit lembut yakmattttttt..




Kalau dari segi harga memang kakak rasa berbaloi habis lah sebab Milk Peel Cream Mask ni datang terus dari Korea dengan kandungan 50ml untuk RM 36.00 !! Yang bestnya korang boleh dapat FREE shipping tau.




Nah !! Mana tau kot korang nak study sket pasal produk-produk dari Korea yang best-best dan yang penting halal ni, boleh la klik semua link yang kakak bagi kat bawah :


LAMAN WEB : https://my.althea.kr


Ingat !! Setiap produk yang digunakan memberi kesan yang berbeza mengikut jenis kulit dan bagaimana korang jaga kulit korang tau. Sila semak jenis kulit muka korang sebelum mencuba mana-mana produk kecantikan yah !!

malaysia_blogger


5 December 2018

HARGA PAKEJ PENGIKLANAN DI ATIEHILMI.COM

Fuff—Walaupun www.atiehilmi.com baru mencecah usia empat tahun ( menjengah ke lima tahun dah boleh masuk tadika ) susah sebenarnya kakak nak buat keputusan. Hahahaha~ Disebabkan ada permintaan dari beberapa jenama yang mahu beriklan di blog kakak.. Nah !! Untuk kalian lah ni. Semoga sama-sama mendapat manafaat.

harga_iklan_di_blog_2019

Statistik www.atiehilmi.com telah melebihi 1 juta pageview dengan purata pelawat yang singgah adalah 70,000 sebulan dengan purata lebih 2,000 pelawat sehari dan kakak menawarkan beberapa pakej pengiklanan mengikut jenis, kedudukan dan bajet korang. Kira semua boleh bincang sampai jadi lah. Gitttttoooooooohhh--

1. IKLAN BANNER LEADERBOARD

harga_iklan_di_blog_2019

  • bersaiz 728 x 90 diletakkan pada bahagian atas web antara logo dan artikel
  • berpotensi tinggi menarik perhatian bakal pelanggan
  • iklan akan muncul di setiap halaman
  • harga : RM 150.00 / dua bulan

2. IKLAN BANNER MEDIUM RECTANGLE

harga_iklan_blog_2019

  • bersaiz 300 x 250 diletakkan pada bahagian sidebar kanan
  • iklan akan muncul di setiap halaman
  • harga : RM 150.00 / dua bulan

Siapa nak design setiap banner ni ? Hee~ Kalau korang dah ada design sendiri, boleh je nak gunapakai tapi kalau tak de – kakak awak serba boleh !! Jangan risau yah.




3. IKLAN TEKS BARIS

  • link pengiklanan akan berada di bawah setiap artikel terbitan kakak dan tidak akan dipadam ( iklan kekal )
  • hanya dua slot iklan disediakan
  • korang kena lah sediakan ayat iklan yang best-best ya !!
  • harga : RM 100.00 / dua bulan

4. IKLAN MEDIA SOSIAL ( INSTAGRAM + FACEBOOK + TWITTER )

  • Okay—Ini kakak tak boleh sesuka hati nak publish lah kan ( atas isu-isu berbangkit yang dah jadi sebelum ni ) Hahahaha~ Tapi kalau korang nak kan perkhidmatan kakak boleh email terus ke atiehilmi2u@gmail.com dan kat sana nanti kakak akan berikan Advertising Rate Card.

sewa_iklan_atiehilmi.com

5. PENULISAN REVIEW KREATIF

  • artikel tentang produk atau perkhidmatan ditulis dan disiarkan dalam blog ini secara kreatif ( mengikut spesifikasi isi yang diberikan oleh pelanggan ) dan sudah tentunya mesra SEO
  • SEO dengan kata kunci akan dimasukkan dalam artikel bagi memastikan artikel dapat menguasai enjin carian seperti Bing ataupun Google
  • artikel yang ditulis akan berada dalam blog selagi blog masih ‘bernyawa’
  • artikel yang ditulis akan di – post juga ke sosial media ( Google+ / Facebook / Instagram / Twitter / LinkedIn – jika perlu )
  • setakat ini, kakak dah menulis untuk lebih 70 jenama dalam dan luar negara !!

Hey !! 
 

Jangan malu dan segan bertanya tau sebab kakak tak makan orang. Hee~ Selagi boleh win-win ; kakak okay sahaja !!

malaysia_blogger