MAJLIS PENYERAHAN HADIAH PAKEJ UMRAH KEPADA 200 PEMENANG CABUTAN BERTUAH BELI & MENANG JAKEL 2017 / 2018

Memang seronok bila menyertai pertandingan dan tersenarai dalam senarai pemenang dan layak memenangi pelbagai hadiah menarik. Tak terungkap dek kata-kata rasanya !! Mungkin itulah perasaan 200 orang pemenang yang telah menyertai Peraduan Beli & Menang Jakel 2017 / 2018 – melayakkan mereka ditaja pakej umrah oleh Jakel.

Print

Penganjuran majlis ini adalah lanjutan daripada Peraduan Beli & Menang 2017 / 208 yang diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia. Dan pada Jualan Akhir Taun 2017 yang lepas, Jakel meneruskan kempen Peraduan Beli & Menang dengan memberi peluang kepada pelanggan setia Jakel memenangi hadiah berupa pakej ibadah Umrah eksklusif selain menawarkan hadiah lain berupa wang tunai pada setiap minggu.


BELI & MENANG JAKEL 2017 / 2018


Penyertaan peraduan yang menggunakan kaedah beli dan menang – dengan pembelian minima sebanyak RM 1,000.00 pembeli layak untuk menyertai dan mengisi maklumat di kupon penyertaan. Kesemua penyertaan dikumpulkan selama 30 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan.

beli_dan_menang_jakel_2018

Majlis yang dijalankan pada 29 November baru-baru ini turut dihadiri oleh pemenang bersama-sama ahli keluarga untuk mendengar taklimat ringkas dan penyerahan tanda penghargaan selain pemberian mock cek kepada Alkhatiri Travel & Tours Sdn. Bhd. sebgai simbolik kepada majlis ini.


Melihat satu persatu riak gembira di wajah pemenang membuatkan kakak rasa teruja ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai perasaan pemenang. Hee~ Sempat juga kakak menemubual pemenang dari Ijok, Selangor yang katanya memang tidak percaya tersenarai di antara 200 pemenang !!



Akak ingatkan suami akak main-main siap update dekat Facebook katanya menang tapi 
akak suruh padam balik sebab tak dapat apa-apa surat lagi dari pihak Jakel. 
Ni dah confirm ni memang kena bagitau semua orang untuk sertai tahun depan. 
Awak pun kena join tau.


Peruntukan sebanyak RM 1.3 juta telah diberikan oleh pihak Jakel Trading Sdn. Bhd. bagi menaja 200 orang pemenang merupakan salah satu tanggungjawab sosial Jakel dalam menyokong jihad ekonomi dan juga penghargaan diatas sokongan daripada pelanggan-pelanggan dari seluruh negara.

Kesemua pemenang akan dibawa secara berperingkat dan apa yang manarik perhatian kakak sebenarnya, buat masa ini - kakak menghadiri majlis seumpama ini, Jakel merupakan satu-satunya penganjur yang menawarkan hadiah berupa pakej Umrah eksklusif dengan jarak hotel ke Tanah Haram cuma 50 meter !!

Fuff--

Dekat sangat tu dan sangat memudahkan para pemenang menunaikan umrah dalam keadaan yang selesa.

jakel_trading_2019

jakel_beli_&_menang_2017_2018

Menurut Datuk Mohamed Feroz, Peraduan Beli & Menang seumpama ini akan diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang kemungkinan jumlah pemenang juga akan bertambah pada setiap tahun. Mengimbau semula pada tahun 2017, untuk peraduan yang sama – Jakel telah membawa 80 orang pemenang sahaja namum dengan penyertaan yang memberansangkan untuk tahun 2017 / 2018 kali ini seramai 200 orang telah dipilih. Mana tahu untuk tahun 2019 jumlah tersebut semakin meningkat.

Nah !! Semakin besar peluang dan semakin ramai yang layak untuk menang.

menyerap aura !! hee~ manatau turn kakak tahun 2019 nih..

Sekali lagi dengan ucapan tahniah untuk 200 pemenang dan berjuta-juta terima kasih kepada Jakel Trading Sdn. Bhd. yang mengambil inisiatif terbaik untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan mereka.


JUALAN AKHIR TAHUN JAKEL 2018


Kakak sempat cuci mata kat Jakel Mall, tengok-tengok apa yang terbaharu dari mereka. Hee~ Memang menempah maut rasanya. Hampir nak terbeli bermacam jenis kain yang bercorak terkini sebab Jakel sedang mempromosikan kempen Beli Awal Tempah Awal dan sudah tentunya harga mampu milik dengan kualiti kain terbaik yang ada dipasaran ketika ini.


jualan_awal_tahun_jakel_2019

Jualan yang telah berlansung pada 23 November 2018 dan akan dilanjutkan sehingga 06 Januari 2019 menawarkan diskaun sehingga 50% untuk kain pasang dan baju yang telah siap termasuklah koleksi terbaharu untuk tahun 2019. Opppppss—Kakak terlajak membeli juga sebenarnya takut nanti tukang jahit tak terima tempahan. Nak bergaya pada Hari Raya sudah tentulah INGAT KAIN INGAT JAKEL. Kan ?

Kalau korang nak dapatkan pelbagai informasi tentang kain dan promosi terkini Jakel, korang boleh layari :


malaysia_blogger


3 comments:

  1. salam kak atie..=)

    wah untungla sape yg dapat pegi umrah tajaan tu.xsia-sia blnje min 1000 kt jakel.. ^o^. berbaloi. moga ade rezki akk pula nti kannn tuu..shopping la kt jakel ye.. <3

    ReplyDelete
  2. Semoga ada rezeki untuk kita pulak akan datang

    ReplyDelete
  3. Wahh tahniah pada pemenang 😍

    ReplyDelete

Powered by Blogger.