CONTACT LENS NIPIS BERKUALITI DARI BARBIE EYESLAND

by - March 10, 2019

Menjadi seorang yang rabun tak mudah ya, apatah lagi bila kena bekerja lasak yang memerlukan kakak bergerak lancar dari masa ke semasa – nasib kakak gunakan kanta lekap yang nipis dan berkualiti dari Barbie Eyesland sekaligus memudahkan pergerakan kakak.

Contact Lens Nipis Dan Berkualiti

Sehari suntuk bekerja menggunakan gadget dalam tempoh yang terlampau lama membuatkan kualiti mata kakak semakin menurun, lagi-lagi bila usia semakin menginjak membuatkan masalah rabun kakak bukan lagi pada tahap yang sama macam sebelum ini. Rasanya orang rabun jek faham perasaan bergerak dengan HAD. Hee~ Walaupun tak best tapi kena hadap jugak lah.


CONTACT LENS NIPIS


Cuba mencari kelainan yang sebelum ini kakak hanya memakai kanta lekap transparent ( jernih ) kononnya tak nak lah nampak terlalu berubah. Hee~ Risau nanti orang tak kenal ataupun orang kata mula mengubah penampilan segala. Tapi mesti korang tak tau kan yang kanta lekap dari Barbie Eyesland mudah untuk disuaipadankan warna nya dengan penampilan. Haa. Sebab awalnya kakak pun tak percaya tapi bila dah mula pakai baru tau kualiti dorang cemana.

Dropship Contact Lens Murah

Setiap pasang didatangkan dengan harga serendah RM 25.00 dengan tawaran power dari 0 – 800 dan berdiameter 14mm hingga 16.5mm mengikut kesesuaian pengguna. Kalau macam kakak memang power bukan main-main ( 450 ) sudah tentulah kakak akan amik power sedikit rendah dari yang asal bagi memastikan keserasian kanta lekap pada mata. Ya !! Untuk permulaan memang itu lah yang diajar oleh optemetris pada kakak.

Apa yang membuatkan kakak suka sangat dengan jenama Barbie Eyesland ni sebab dorang membekalkan kanta lekap :

  • 100% asli menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi
  • harga termurah dipasaran
  • mempunyai lebih 20 warna pilihan
  • tekstur yang nipis dan tahan lasak
  • kepelbagaian power mengikut kesesuaian pengguna
  • respon yang cepat dari seller
  • FREE GIFT !!!!!!!!!

Cara Pakai Contact Lens Dengan Cara Yang Betul

Jadi !!

Kakak sempat menghabiskan duit untuk tiga pasang kanta lekap dari Barbie Eyesland nih. Hee~ Bagi mempelbagaikan dan perasaan nak tau samada kualiti dorang ni sama macam produk lain, kakak try lah EVELYN RING CHOHO 15mm, NATURAL BLACK 14.5mm dan ICY PINK 16mm.

Kalau korang perasan dengan pilihan kakak, YA !! Tepat. Kakak memang tak suka pakai kanta lekap yang berwarna dan lebih selesa menggunakan warna natural. Al maklum lah, mudah nak padankan dengan baju dan tudung. Hee~ Secara personal nya kakak memang berkenan dengan packaging dorang ni sampai kakak rasa boleh dijadikan sebagai hadiah. Mana tak nya dengan warna pink – putih yang sangat sinonim dengan karakter Barbie membuatkan Barbie Eyesland memberi sentuhan keunikan disetiap parcel. Buntu memilih hadiah untuk yang tersayang ? Nah !! Barbie Eyesland boleh tolong korang ha.

Promosi Kanta Lekap Murah
EVELYN RING CHOCO 15MM
Quality Barbie Contact Lens
NATURAL BLACK 14.5MM
Sejenis yang kedekut nak keluarkan duit untuk postage ? Hah ! Jangan risau sebab Barbie Eyesland menyediakan pengeposan percuma dengan jumlah pembelian yang minima. Bukan sahaja di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak malah, mereka turut menerima pesanan dari orang Singapura !!!


FREE POSTAGE
( seluruh Malaysia )

RM 25.00
( ke Singapura )

**tertakluk pada terma & syarat


Mana-mana kanta lekap yang ada dipasaran pun boleh digunakan maksima 8 jam sehari dan jangka hayat sekitar 3 bulan. Jangan memandai nak pakai lebih dari waktu yang disarankan walaupun kanta lekap korang SELESA. Tau !!

Nah !!
Kakak tau korang terhasut. Hahahahah~ Mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang.



Jana Pendapatan Dari Rumah 2019

Kalau korang yang baru berjinak-jinak nak pakai kanta lekap sebab rasa cermin mata sangat leceh dan membataskan pergerakan, mungkin korang boleh dapatkan khidmat nasihat dari optometris dan peka dengan setiap perubahan power mata korang. Jika ada ketidakselesaan pada mata korang semasa menggunakan kanta lekap, sebaiknya korang STOP dan dapatkan rawatan dengan kadar segera ya.


LOVE ;
ATIE ADNAN

You May Also Like

7 comments

  1. lama betul tak berkanta lekap ni..kalau kita, suka dengan color brown dan grey.. nak try la barbie eyes land ni..

    ReplyDelete
  2. comey tgk org pakai kanta... tp nk pakai sndiri x tercuba lg hehe

    ReplyDelete
  3. terbaek.. teringin nak pakai contact lens ni.. tapi x reti. hehe

    ReplyDelete
  4. PM lipstick..ehhh..tiberr out of topic..hahaha..cantik pulak ring choco tu...tapi kita tak berani la pakai...sejenis gerun nak sentuh mata sendiri..ahahah

    ReplyDelete
  5. Mrs. A pun suka color natural.
    Wah! murah la macam tu. Bila contact lense Mrs. A dah habis stok nanti nak cubalah yang ni.
    Ok nak pi follow IG depa sekarang.

    ReplyDelete
  6. cantik packaging dia... suka tgk

    ReplyDelete
  7. Tudung cantik..pakai contact lens lagi.. Eh tercabar plak kita.. Hehe..

    ReplyDelete