9 + 1 TIPS MERAWAT MASALAH KEPUTIHAN DENGAN KOS MINIMUM

Menjadi wanita dan menghadapi masalah keputihan adalah sesuatu yang normal, namun sekiranya ia tidak menimbulkan kegatalan dan berbau – semua akan okay apabila hormon kembali stabil.

Cara Merawat Masalah Keputihan

Kalau keputihan biasa yang cair dan berwarna putih tu, memang normal dah tapi kalau dah mula berbau, berketul dan menyebabkan kegatalan ia bukan lagi BIASA kerana keputihan tidak normal terjadi apabila berlakunya perubahan pada keseimbangan bakteria normal dalam faraj yang mungkin disebabkan oleh :

  • Pengambilan steroid atau antibiotik
  • Pil perancang
  • Jangkitan penyakit kelamin
  • Kencing manis
  • Jangkitan bakteria vaginosis yang biasa terjadi kepada wanita hamil
  • Kanser serviks
  • Jangkitan kulat
  • Sabun, losyen atau mandian yang berbuih
  • Penipisan dan kekeringan dinding faraj bagi wanita yang sudah menopause
  • Vaginitis – rasa gatal disekitar faraj
  • Jangkitan parasit akibat dari hubungan kelamin yang tidak selamat

CARA SEMULAJADI MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN


1. PISANG

  • Sama ada dimakan mentah atau bersama susu dan madu. Boleh juga dijadikan smoothies dan dijadikan makanan rutin kerana pisang sangat baik untuk kesihatan dalaman wanita.

2. HALIA

  • Rebus dua inci halia bersama 250 ml air dan amalkan setiap hari selama tiga minggu.




3. BENDI

  • Cuci bendi dan dipotong kecil kemudian rebus dengan air selama 20 minit sehingga air mendidih. Tapis dan bahagikan kepada tiga bahagian. Amalkan tiga kali sehari bersama madu.

4. AIR REBUSAN BERAS

  • Ambil air sebusan beras ( masa masak nasi ) yang sedang ditanak dan minum. Ia boleh merawat masalah berkaitan dengan usus.

5. JUS DAUN BUAH DELIMA

  • Ambil 30 helai daun buah delima dan kisar bersama segelas air dan lada hitam. Tapis airnya dan minum setiap pagi selama tiga minggu berturut.

6. JUS DAUN BASIL DAN MADU

  • Rebus daun basil dan ambil jusnya, sebelum minum campurkan sedikit madu dan amalkan setiap pagi dan malam selama dua minggu.

7. CUKA EPAL

  • Cuka epal mengembalikan kestabilan pH dalam badan.

8. TAWAS

  • Bersifat antiseptik semulajadi berupa kristal garam yang merawat semua jangkitan berkaitan kulat dengan cara mencampurkan sedikit air pada tawas dan lalukan pada alat sulit.


“keputihan biasa berlaku disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. keputihan disebabkan 
jangkitan bakteria akan berwarna kuning, berbau hamis dan gatal-gatal pada kemaluan. 
keputihan disebabkan jangkitan kulat pula berwarna putih seperti susu basi atau keju cair, 
ia juga boleh menyebabkan rasa gatal dan kemaluan akan 
membengkak serta menjadi merah.”

- Dr. Nurhazinat Mohamed Yunus ; 
Perunding Perbidanan dan Sakit Puan & Pakar Kesuburan Pusat Perubatan Tropicana



Candiva V1

CANDID V1


Candid V1 merupakan anti-kulat yang berfungsi merawat masalah keputihan yang disebabkan oleh jangkitan kulat pada vagina. Candiva V1 perlu dimasukkan ke dalam vagina dan ia akan cair mengikut suhu badan lalu membebaskan ubat secara perlahan-lahan dan kesan Candiva V1 bergantung kepada individu. Ia bertindak mengurangkan rasa gatal pada kawasan vagina, mengurangkan pertumbuhan kulat dan sekaligus mengelakkan risiko jangkitan.

Masalah Keputihan Wanita Hamil

Pada kakak, penggunaan Candiva V1 sangat efektif dan memberi kesan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah tradisional yang seperti kakak nyatakan di atas kerana Candiva v! bertindakbalas seawal 24 jam dari masa penggunaan. Caranya pun mudah dan selamat sekiranya korang menitik beratkan soal kebersihan.

Merawat Masalah Keputihan Kronik

Candiva V1 didatangkan dengan sebiji tablet ( ubat ) bersama applicator yang HANYA digunakan pada waktu malam – sesuai dengan keadaan badan yang mahu berhat. Dengan menggunakan applicator yang tersedia, masukkan tablet pada ruang yang disediakan sebelum masukkan ke dalam vagina sedalam yang mungkin.

Punca Masalah Keputihan

Nah !!
Semoga masalah keputihan korang sembuh dengan segera ya !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


Share:

3 comments :

  1. Nak kna pi cari balik ah.. tensen tul putih2..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu atas perkongsian bermanfaat ini... Love you too...

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes