SENSASI SEOULNAMI KOREAN BBQ DI THE GARDENS MALL, KUALA LUMPUR

by - April 10, 2019

Skeptikal dengan makanan luar yang bukan kegemaran kakak seperti meletak pisau tajam ditengkuk menunggu masa untuk dihunus dan memuntahkan darah ; risiko yang sama kakak ambil untuk merasai sensasi viral Seoulnami resepi terus dari Korea.


Masuk je memang kakak dah rasa TAK BEST dah sebab konsep makan-makan dia jam tu masak, jam tu makan depan periuk / kuali / pan segala. Hahahaha~ Tak keruan sekejap tapi tak pe lah, dah alang-alang kan. Terus kan je lah. Menyambil tunggu makanan kakak siap dihidangkan, sempatlah kakak study sikit tentang restoran ni.


SEOULNAMI, THE GARDENS MALL


Menyajikan makanan berkonsepkan BBQ dengan menggunakan arang terus di atas meja ; sama seperti orang Korea menikmati BBQ di negara mereka dan di Seoulnami, mereka menawarkan perasaan yang sama seperti di sana. Dengan kepakaran hidangan asli Korea, Seoulnami berjaya menambat hati kakak. Hahahaha~ Manakan tidaknya, barisan hidangan tidak lah seteruk bayangan anak tekak Malaysian kakak sebaliknya rasa asli Korea dapat di blend dengan baik sebaik sahaja makanan pertama masuk ke mulut.

Walaupun masak terus dari atas meja, sedikit pun kakak tak rasa terganggu dek haba dan juga asap dari masakan. YA !!

Menitik beratkan soal pemakanan yang kakak ambil sudah pastinya kakak yakin Seoulnami adalah restoran halal, namun mereka masih menunggu Sijil Pengesahan HALAL dari pihak JAKIM untuk dipampang terang bagi tatapan pelanggan. Tepat ! Pelanggan macam kakak lah tu. Hee~

Diinspirasi dari makanan terkenal di Chuncheon ( 좘천 ) yang popular dengan ayam BBQ yang dibakar pada arang panas bersuhu tinggi untuk nikmat rasa perapan ayam beraroma, Seoulnami benar-benar membawa Korea kepada kakak di Kuala Lumpur.


NAK MAKAN APA DULU NI ?


Sampai je hidangan, kakak cuma duduk diam dan perhati satu persatu tangan laju bekerja didepan kakak. Nak EAT LIKE KOREAN tapi tak pandai maka kita belajar lah supaya tertib dan susunannya tersusun. Hee~ Mula-mula staff Seoulnami akan mula memasak ( lebih kepada mengukus sebenarnya ) telur betul-betul depan korang dan menyajikan beberapa jenis salad dan kimchi.

Ada nasi kepal ( fist rice ) + salad + empat jenis sos + raddish + steamed egg ; Ya !! Semuanya side dish gais.
Sambil-sambil mencuit sana sini side dish tadi, staff Seoulnami akan bantu untuk panaskan dapur arang untuk korang mulakan ritual melantak. Hahahaha~ 

TRIO KIMCHI yang sebelum ni hanya ada di Korea Selatan. Kini dah ada kat Malaysia !!!!
Belum habis teruja, kena pilih nak daging atau ayam plak. Tak tau nak pilih ? Boleh je pilih kedua-duanya sekali. Jangan segan. Dan untuk peminat daging macam kakak sudah tentulah pilihan kakak – daging. Memang tak mengecewakan lansung sebab dorang menghidangkan daging premium – wagyu, beef belly dan short rib bone yang terkenal di Korea Selatan. Ya !! Sila jejesan air liur.

Seoulnami hanya menghidangkan daging premium ya !!
Takkan nak makan daging - ayam - sotong -kimchi semata ? Nak nasiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. Haish !! Tekak ni kalau tak dapat makan nasi memang meragam satu hal.

Fist Rice ni nanti dikepal kepal kan lepas tu makan lah. Nak makan macam tu saja pun boleh sebab dia dah ada ayam dengan seaweed.
Sotong pun ada !! Bakar jugak. Hee~
Dia lagi fun bila sambil korang menyalai segala daging - ayam - sotong tu, korang boleh sediakan kek jugak. Hahahaha~ Tak percaya kan ?

Kat atas tu korang salai menyalai lah, kat bawah boleh bakar kek dan keledek. Fufff-- Fresh dari dapur arang betul-betul depan mata.

Ada empat signature drink yang korang patut cuba iaitu :

  • Out Of This World Lemonade
  • Binggrae Banana Uyu Colada
  • Sparkling Orange Cream Soda
  • Fizzy Sour Plum Cooler
Tak minum air manis ? Tak payah risau sebab dorang juga ada sediakan air kosong secara percuma !!


Banyak sangat menu dorang weyh dan setiap satunya pun didatangkan dengan portion yang besar. Kalau makan sorang mungkin korang boleh minta staff Seoulnami rekomen single menu lah. TAPI !! Kalau korang datang satu keluarga atau dengan kawan-kawan boleh lah oder set yang macam kakak ni.

Makan sambil berborak dan manfaatkan kuliti masa yang ada mesti BEST. Kan ? Hee~ Tek cukup terliur ? Mungkin link kat bawah ni buat korang hilang sabar dan mengucap panjang.


Kot nak buat tempahan awal, korang boleh hubungi 03 2202 3336 ya !!

LOVE ;
ATIE ADNAN

You May Also Like

7 comments

  1. Menariknye kedai ni. Semua nampak sedap2. Akan masuk dalam checklist kedai ni.

    ReplyDelete
  2. Tengok la masa grill, guna arang ya bukan guna elektrik...meleleh air liur nak tunggu masak...dapat pulak salad segar, dip pula dalam sos Ssamjjang yang dibuat sendiri oleh pihak restoran, wrap kan daging...fuhhhh...mmg penuh mulut nak kunyah tapi puas hati~

    ReplyDelete
  3. sedapnya.... awa ngan menu korean mmg nyangkut!! tak tau sebab apa.. kenan sungguh!! :D

    ReplyDelete
  4. first time blohwalking dekat sini!! Okay kita nak repeat dia punya cheese cake!

    ReplyDelete
  5. mak aiii daging dia...mak ai lagi komen kita...hahahah...saja la kakak ni tunjuk makanan sedap2..mencikkk

    ReplyDelete