MYCELEBRITY PROGRAM HUJUNG MINGGU UNTUK ANAK-ANAK DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL


Memberi pendedahan pelbagai ilmu untuk anak-anak dari usia muda memberi peluang untuk mereka meneroka lebih banyak peluang selari dengan minat mereka, sama seperti program My Celebrity yang dianjurkan oleh RizQ Islamic School.

Kelas Tambahan Hujung Minggu Di Kajang 2019

Tidak hanya menekankan isu pembelajaran, di RizQ Islamic School telah mula menambah baik skop pembelajaran dengan mewujudkan MyCelebrity iaitu program yang berkaitan dengan kreativiti, pemikiran kritis dan juga hiburan. MyCelebrity juga bertujuan memperkasakan kanak-kanak dengan pelbagai kemahiran lain seperti animasi dan kesenian.


MYCELEBRITY, RIZQ ISLAMIC SCHOOL


Menggabungkan teknik bermain sambil belajar, MyCelebrity mendapat sokongan dan kerjasama penuh dari pengurusan RizQ, FDAM, FINAS, Politeknik dan Persatuan Seniman serta beberapa badan NGO lain yang turut mengambil bahagian dalam membentuk keperibadian anak-anak.

Kelas Muzik Profesional Kajang

Memperkenalkan lima program iaitu :

  • Muzik
    • Menurut kajian, instrument yang mengeluarkan bunyi dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak disamping menguatkan daya ingatan dan pelajar turut diajar teknik pengucapan awam dengan betul.


“Menurut kajian dijalankan pakar psikologi klinikal di Amerika Syarikat, Dr Emma Gray, 
pelajar mendengar muzik ketika belajar lebih mudah terima maklumat, 
bijak memahami teori dan cemerlang dalam bidang akademik.” – Harian Metro


  • Animasi
    • Animasi adalah ‘mainan’ sehari-hari untuk kanak-kanak. Bermain dengan warna dan karakter yang bergerak-gerak mencuit hati. Di MyCelebrity, pelajar akan diajar bagaimana untuk menulis skrip ringkas, mencipta karakter animasi tersendiri dan juga rekabentuk suara yang sesuai. Nah !! Jangan pelik lah bila terlahirnya seorang animator tersohor pada usia yang muda kelak.

Kelas Pengaturcaraan Sistem Komputer Di Selangor 2019

  • Bahasa Mandarin
    • Mencari inisiatif dalam memperkembangkan penggunaan Bahasa kepada pelajar membuatkan MyCelebrity unik berbanding kelas hujung minggu yang lain. Melahirkan generasi berdaya saing dengam menguasai Bahasa perniagaan yang sinonim dengan orang Cina. Kenapa tidak ?

  • Pengaturcaraan Sistem Komputer
    • Memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi programmer dengan mengajar mereka cara untuk membaca dan mencipta CODE menggunakan teknik interaktif yang menyeronokkan.

  • Pengambaran Video
    • Melahirkan generasi yang kreatif pada zaman serba maju dengan teknik dan peralatan yang lengkap memang sukar. Di MyCelebrity, pelajar akan menimba pengalaman sebenar sama seperti dalam industry dengan menulis skrip, mengarah, berlakon, operasi kamera dan lighting serta skill bekerjasama dalam kumpulan.

Disamping itu, pelajar turut diberi pendedahan Pengucapan Awam ( Public Speaking ) yang diajar oleh tenaga pengajar EBright untuk setiap kelas. Nah !! Dua dalam satu wakkkkk—Belajar Muzik dan dalam masa yang sama turut diajar Pengucapan Awam.

Kelas Muzik Di Kajang, Selangor
Setiap anak-anak dilahirkan sebagai BINTANG ; bagaimana untuk kita serlahkan ?
Program yang dibimbing oleh tenaga pengajar professional ini sangat sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun yang mana kita tahu mereka lebih mudah menyerap ilmu yang diajar kan dengan baik.

Kalau kalian berminat untuk menghantar anak-anak mengisi masa lapang pada hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat, MyCelebrity mungkin boleh membantu. Disamping belajar, anak-anak juga dapat bermain dan berkawan dengan rakan-rakan luar dari lingkungan harian mereka.

Sekolah Agama Integrasi Di Kajang, Selangor
Fasiliti lengkap untuk setiap program yang disediakan dengan bimbingan dari tenaga pengajar berpengalaman.
Untuk program hujung minggu ini, RizQ Islamic School telah membuka peluang untuk pelajar luar bagi mengimarahkan program tersebut dengan bayaran sebanyak RM 550.00 untuk 10 kelas. Segala butiran lanjut, mungkin link kat bawah ni boleh membantu :




Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan 
sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.


Kalau nak walk-in terus ke Wisma RIZQ pun boleh :

No. 2, Lot 1456,
Jalan Cempaka Off Jalah Teratai,
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Kelas Tambahan Hujung Minggu Untuk Pelajar Sekolah Rendah Di Kajang

Semoga usahasama pihak RIZQ dan ibubapa dapat melahirkan lebih ramai generasi intelektual pelbagai bidang yang diperlukan pasaran pada masa kini.


LOVE ;
ATIE ADNAN

No comments:

Powered by Blogger.