JOM SAMA-SAMA MAKAN THE CHICKEN RICE SHOP

by - July 03, 2019

Bila dengar je ada promosi The Chicken Rise Shop sempena pembukaan cawangan yang ke-100 ; memang kakak tak lepas kan peluang lah nak turut sibuk beratur. Hee~ Teruja.

Promosi The Chicken Rice Shop

Dengan tawaran 2 SET KOMBO SINGLE MEAL hanya berharga RM 10.00 – serius memang berbaloi gila !! Walaupun beratur panjang tapi dengan servis yang dipertingkatkan, tak terasa langsung waktu menunggu berlalu macam tu saja.

Kedai Nasi Ayam Sedap Kuala Lumpur

Boleh pilih samada ayam kukus ataupun ayam roasted yang turut dihidangkan bersama minuman ringan pilihan. Jimat banyak kan ?

Kedai Nasi Ayam Sedap Taiping

Korang cuma perlu datang berpasangan ( minimum dua orang ) untuk menikmati hidangan makan tengahari bermula dari jam 12.30 tengahari hingga 1.30 petang. SATU JAM SAHAJA tau !! Dan kalau boleh, datanglah awal sikit bagi mengelakkan korang kena beratur panjang.

Promosi ni dijalankan serentak di sepuluh cawangan terpilih :

  • IOI City Mall Putrajaya
  • Mid Valley Megamall
  • Sunway Pyramid
  • Central i-City
  • AEON Mall Shah Alam
  • KL Gateway
  • One Utama
  • Melawati Mall
  • Subang Parade
  • Sunway Putra Mall
Resepi Nasi Ayam Sedap

Masih ada masa kan ?
Apa lagi ?


JOM SAMA-SAMA MAKAN !!


LOVE ; 
ATIE ADNAN


You May Also Like

0 comments