MENJADI ORANG TUA GENERASI ALPHA DENGAN SEJUTA RASA SERBA SALAH !!

Bila Nur Aiman dan Nur Aina semakin membesar, baru lah kakak tau betapa SUSAH nya menjadi ibu pada zaman milenial yang penuh dengan ujian. Huu~ Bukan lah kata zaman dulu tak de halangan dan cabaran tapi zaman serba moden juga ada 1001 dugaan.


Kalau memang follow kakak kat Facebook, korang akan perasan #parentingisfun dan itulah salah satu medium yang kakak gunakan untuk berkongsi pelbagai kisah Nur Aiman dan Nur Aina sehari-hari.


GENERASI ALPHA


Menurut Lynn Lancaster and David Stillman, When Generation Collide – Setiap generasi mempunyai nilai kepercayaan, perspektif, kegemaran, kemahiran. budaya dan personaliti yang berbeza bagi menyesuaikan diri terhadap kehidupan dan pekerjaan. Don Tapscott dalam bukunya yang bertajuk Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut :

  • Pre Baby Boom ( lahir pada 1945 dan sebelumnya )
  • The Baby Boom ( lahir antara 1946 – 1964 )
  • The Baby Bust ( lahir antara 1965 – 1976 ) – Generasi X
  • The Echo of the Baby Boom ( lahir antara 1977 – 1997 ) – Generasi Y
  • Generation Net ( lahir antara 1998 hingga 2009 ) – Generasi Z
  • Generation Alpha ( lahir pada 2010 ) – Generasi A
Kakak dan suami juga tidak ketinggalan mengalami pelbagai rasa serba salah dan bimbang dengan trend terkini anak-anak kami terutamanya dari aspek betapa obsesnya mereka dengan gadget dan juga ilustrasi berwarna-warni yang bergerak. Em. Kalau ikut kakak, memang taknak langsung anak-anak berkawan rapat dengan teknologi sebab takde keperluan pun untuk mereka.


NAMUN !!

Selari dengan peredaran zaman, anak-anak zaman sekarang perlu juga didedahkan dengan teknologi terkini tapi perlu dikawal supaya tidak ketagih. Perkembangan teknologi tidak dapat dielakkan sekaligus tidak dinafikan penggunaan yang melebihi had penerimaan sepatutnya boleh memberi kesan negatif kepada anak. Hee~ Al-maklum lah, telah bertebaran pelbagai kisah teladan tentang kanak-kanak yang menerima impak negatif terhadap kesihatan dan rutin harian akibat penggunaan gadget yang tidak dikawal.


Satu kajian yang dijalankan oleh Pediatric Academic Societies menunjukkan 30% bayi
berusia satu tahun di Amerika sudah terbiasa menggunakan tablet serta telefon pintar
dan secara keseluruhan, sebanyak 36% bayi usia di bawah lima tahun
mempunyai kebiasaan seperti ini.


Berfikir tentang betapa pentingnya beriadah, kakak tak lupakan aktiviti lain seperti bermain di taman permainan dan juga pelbagai aktiviti luar yang lain untuk memastikan kedua-duanya berpeluh. Hee~ Kakak masih percaya dengan kesihatan fizikal juga dapat membantu mereka membesar dengan baik. Tenaga ? Jangan risau lah !! Pada usia yang sedang membesar, mereka sangat bertenaga sehingga kakak dan encik suami tak dapat nak mengejar.


Bonding ? 

Ini cara kami lah. Walaupun beriadah, kakak tak abaikan kehendak mereka yang mahu mengetahui pelbagai kelebihan mereka sebagai Generasi Alpha ( Gen A ) yang serba laju.


Menurut Business Insider, keadaan pergantungan teknologi pada generasi Alpha
menjadikan generasi ini yang paling transformatif berbanding generasi sebelumnya.


Generasi Alpha merupakan generasi yang cerdas berbanding generasi-generasi yang sebelumnya. Menurut Professor of Demography and Director of the Australian Demographic and Social Research Institute ; Peter McDonalds - "Generasi Alpha akan lebih pintar kerasa akses kereka terhadap informasi sangat luas dibandingkan dengan masa lalu.."




Sebagai ibu ayah yang lebih berpengalaman, jangan sesekali menidakkan naluri kanak-kanak yang sedia ada dalam diri mereka kerana tanpa bimbingan yang betul jiwa mereka akan kosong dan mula memberontak. Strategi khusus dengan menyeimbangkan penggunaan teknologi disamping rutin hakiki mengikut naluri anak-anak sangat penting supaya mereka membesar menjadi anak-anak yang mahir teknologi namun masih mempunyai kasih dan sayang.

Ibarat kain putih, sebegitu jugalah peranan kita dalam membentuk mereka menjadi insan yang berguna ; KELAK.


LOVE ;
ATIE ADNAN



2 comments:

  1. nice entry sis, salam kenal dari saya, jemput singgah blog

    ReplyDelete
  2. Iya, akses kepada informasi sangat mudah. Secara tidak langsung, generasi sebelum alpha juga mendapat kemudahan akses kepada pengetahuan.

    sisadiq.wordpress.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.