OLD SCHOOL STEAKHOUSE MENGHIDANGKAN STEAK HALAL TERBAIK DI TAMAN TUN DR. ISMAIL

Dah kalau penggemar daging memang tak lari lah keluar – masuk pelbagai jenama steakhouse yang penting HALAL dan sedap tapi kali ni kakak singgah kenyangkan perut di Old School Steakhouse yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail untuk merasai sendiri kualiti daging yang menjadi taruhan. Pehhhhh—Jalan-jalan cari makan plak ha.


Orang kata kalau nak makan steak, persekitaran juga memainkan peranan penting. Tidaklah makan daging yang berkualiti tapi hanya duduk bersidai ditepi jalan. Tak feel wey. Dah lah bukan selalu, tapi sekali kena nak lah semuanya proper dan memberi kenangan. Hee~ Ini pendapat kakak lah sebab kakak kan suka berangan ala-ala diva gittew--


OLD SCHOOL STEAKHOUSE


Sempat kakak berbual dengan pemilik restoran iaitu Encik Pang bersama tukang masak tersohor mereka yang telah berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penyediaan makanan berdaging, Old School Steakhouse yang telah menjengah usia dua tahun menyediakan lebih tujuh jenis daging untuk penggemar daging menikmati setiap potongan pada harga mampu milik. Haa. Kakak tau KEYWORD tu yang korang nak dengar kan ? Hahahaha~

YA !!
MAMPU MILIK !!

Bukan sekadar presentation dan persekitaran yang menarik, Old School Steakhouse memberi peluang kepada penggemar daging berkualiti menikmati setiap hirisan tanpa rasa terbeban. Wah !! Ye ye je kakak kipas kan ? Hahahaha~ Kakak tau lah, kakak dah singgah kottttttt--


Lokasi restoran yang terletak di Jalan Datuk Sulaiman, memberi kelebihan akses jalan dari beberapa lokasi khususnya dari Kota Damansara, Damansara Perdana, Mont Kiara dan juga sekitar Kuala Lumpur memberi BONUS besar !! Tak jauh dari hiruk pikuk bandar, kakak yakin lokasi Old School Steakhouse mudah dicari dan tiada lagi isu pergaduhan NAK MAKAN KAT MANA !!

SALAD UDANG DENGAN MANGGA - Wajib try !!
Duduk dan baca menu sekejap pun kakak dah terliur fikir bukan-bukan. Hahaha~ Ya !! Kakak memang pencinta daging mahal sudah tentunya kakak mengutamakan rasa asli setiap masakan. Berpeluh gak la nak buat pesanan sebab ada lebih 50 jenis makanan yang ntah apa-apa. Ye lah. Selalunya encik suami yang order tapi kali ni kena berdikari sket. Jadi. Kakak order :

  • Mango Shrimp Salad
  • Roast Rack of Lamb
  • Crepe Suzette
  • Set Dinner Special C
    • Lobster Bisque
    • Ribeyesteak
    • Chocolate Brownie With Vanilla Ice Cream
  • Apple Juice
  • Pineapple Juice

BEST STEAK IN KUALA LUMPUR

Hahahahah~ Ya !! Banyak kan ? Tapi bukan kakak sorang lah, ada kawan yang teman kakak makan, kurang sikit lah rasa bersalah kat diri sendiri bila makan benda sedap ni..

ROAST RACK OF LAMB
Sebagai individu yang sangat suka kan daging kambing, kakak sebulat hati mengatakan YES untuk menu ni. Hahahaha~ Tak tau nak cakap sebab rasa daging yang lembut tu blendddddddd sangat dengan sos herba blackpepper dia. Portion yang besar lah bagi kakak tapi kalau encik suami kakak ni tak cukup. Tan tah berebut nanti.


Nampak tak juicy dia cemana ? Okay !! #DONETERLIUR lagi. Haish !! Masalah betul. Hahahaha~


Ribeye ( medium rare ) yang ni memang sedap. Haish !! Daging dia menepati piawaian dan expectation kakak tau. Ye lah. Bila baca pengalaman Old School Steakhouse yang menjengah ke angka DUA, mesti lah tak letak jangkaan terlampau tinggi tapi kalau ini lah hasil dia - minta maaf lah kat jenama besar luar sana.

Kalian dah ada pesaing dalam industri. Hee~

Ni Dinner Set C yang kakak order - Ribeye ni datang dengan Lobster Bisque dan Chocolate Brownies With Vanilla Ice Cream. PERFECT !! Tak payah nak cakap ape lagi dah.


RARE !!
Crepe Suzette tu memang lain dari yang kakak pernah rasa. Tak macam crepe lain lah senang cerita. Lempeng nipis disaluti sos lemon limau manis. Em. Tak manis sangat dan masam-masam yang sempurna. Cemana nak explain eh ? Hahahaha~ Macam tu lah.

Kalau nak tanya rating kat kakak untuk setiap makanan ni, tak adil rasanya sebab setiap dari kita punyai deria rasa yang tak sama. Mungkin pada korang tak sedap tapi pada kakak sangat lah sedap lahaiiiiiii. Cuma korang boleh percaya kat kakak, Old School Steakhouse menjamin kelazatan pada setiap hidangan bagi memastikan pelanggan balik dengan muka tersenyum. Macam kakak lah. Sempat kakak mengusik tukang masak tentang pengalaman beliau selama menjadi CHEF DAGING, ternyata sepanjang tempoh beliau memasak belum pernah ada lagi kenyataan negatif dari pelanggan.
Maksudnya ?

YA !!
Korang pandai. Hahahaah~


Ziz makan sambil membebel okay. Hahahaha~ Baru puas hati.

Kalau korang nak sambut hari-hari bahagia dalam kenangan ataupun meraikan pelbagai majlis, boleh buat tempahan awal pada link dan nombor yang tertera di bawah.


HOTLINE : 03-7732 0336


Adakah kakak akan repeat ?
Kalau korang nak tau, haritu dah ada yang merajuk sebab tak dapat ikut kakak singgah Old School Steakhouse sebab ada meeting saat akhir. Hahahaha~ Disebabkan itu, kakak bersetuju untuk REPEAT !!


LOVE ;
ATIE ADNAN

23 comments:

  1. WOW..... tak tahu pulak ada steak house best dkt TTDI.. nnt leh say hii..

    ReplyDelete
  2. Saya la peminat steak itu. nanti bawak eh

    ReplyDelete
  3. Memang sangat menarik menu yamg ditampilkan. Adehh.. Terliur pulak saat baca cerita kakak ni.. Damm..dumm.. Perut dah menyanyi nak daging steak ni jugak

    ReplyDelete
  4. Geramnya tengok daging tu, tebal betul isi dia.. 😍 😍

    Suasana kedai pun nampak selesa

    ReplyDelete
  5. tgk restoran nya mmg best, lagi2 ngn kerusi merah tuh... cun sgt
    semua menu pun aduhai kecur air liur

    ReplyDelete
  6. Atie ni kan...saje je tau..nau akak dh terliur dan daningin sangat dah ni...kena pi cari la..tunggu Dania habis trial akak kidnap suh dia temankan akak

    ReplyDelete
  7. Saya peminat makan daging tapi lebih kepada yang dimasak sup tulang sahaja...nice review kak..

    ReplyDelete
  8. amboi kemain makan taknak ajak. Merajuk la..lawa kedainya. Nampak simple but elegant..makanan die pun nampak sedap2 je semua..

    ReplyDelete
  9. Harga cam mana? mampu bayaq x? hehe. Melihat suasana pun ok kan nak makan. hehe

    ReplyDelete
  10. sedapnya menu atie makan. portion pun besar. menyelerakan mulut betul. dekorasi cafe pun menarik & ceria. kalu free nanti boleh la BBL datang singgah datang makan sini. yummy!

    ReplyDelete
  11. Cantiknye decoration kedai nih... selesa sangat nak makan dekat situ! menu pulak sangat menarik dah lah fav kita makan steak nak pergilah nanti :)

    ReplyDelete
  12. makanan sedap..tempat selesa..kerusi besar tu..memang boleh feeling diva lah..hihi..btw, nice sharing..tq.

    ReplyDelete
  13. Husband I memang suka makan steak. Dok tercari gak kedai steak. Boleh la try nanti. Thanks for sharing! Hehe

    ReplyDelete
  14. tak perasan kedai steak ni kat mana...selalu makan kat ttdi tapi tak pernah lagi try kedai ni. tengok hidangan yang ditawarkan semua nampak hebat haruslah nak kena cuba seklaikan heheh

    ReplyDelete
  15. Amboi kerusinya bukan main duduk dan macam raja besar dan cantik hehehe bestnya kalau dapat makan sini kenapa tak ajak kita dah dekat tu hehehehe sedap lama tak makan steak wakakaka...

    ReplyDelete
  16. eeeee bencilah makan sedap tak ajak kita. ya Allah terliur saya tengok daging tu tau. nampak tender betul. rasa nak kunyah2 je. mestis edap rasa dia kan. okay boleh lah cuba nanti

    ReplyDelete
  17. Pergh.... Memang sedap.
    Pertama, Mat Drat suka nama restaurant ni, unik dan MAT Drat terbayangkan resepi 'old school' / resepi lama lama.

    Kedua, nampak gambar2 yg atie share dlm ni, memang nampak sedap. Rasa nak try juga ni.

    Ribeye ( medium rare ) yang di share dlm ni memang sedap, rasa di panggil panggil je utk kesini

    ReplyDelete
  18. Sedapnya wak menu dia....fuh memang terliur ni. Nanti kalau ke KL kena cari ni sebab teringin.

    ReplyDelete
  19. sedapp gilerrrrrrrrrrrr..huishh memng akan pergi lagi ni..nak rasa lain pulak..hahaa..tempat pun best je..tennag masa makan..hahaa..

    ReplyDelete
  20. mango shrimp salad tu mengancam. selaku peminat mangga dan udang, nak try sekalilah datang sini rasa. nampak udangnya pun gomok-gomok. hehe

    ReplyDelete
  21. Alahai.. Sedapnya..
    Terliur kita pagi ni..
    Tapi lepas dari operation, kita tak berani nak makan daging..
    Macam mana nak rasa keenakkan steak ni..
    Ruginyaaa.. 😭

    ReplyDelete
  22. Sedap teramat yer sis makan steak. Terkeliur abis kite kat sini. Boleh terjah ni. Suka tengok kedai die konsep manimalis dan cantik. Thanks for share sis.

    ReplyDelete
  23. Omg! I'd do anything to visit this place for some yummy steak!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.